Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 27 November 2012

Ceriakan Seisi Keluarga Dengan Resipi Pilihan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Antara Resipi Pesona Etuza ( November )


27hb Nov 2012 ~ Masak kuih ( Kuih lapis Pesona Etuza)
~ Mama sediakan buah-buahan( buah nenas dan hirisan jambu batu)
26hb Nov 2012 ~ Masak rendang ayam ( versi Pesona Etuza)
~ Mama masak sup tarap muda ( versi Pesoan Etuza)
~ Kuih Lengggang dan kuih lapis 
25hb Nov 2012 ~ Mama masak bubur kacang hijau bersagu
~Kuih onde-onde 

Kadang2 kita terfikir hendak beri anak2 kegembiraan bersama sempena pengisian cuti sekolah yang mencecah hampir 60 hari.Satu jangka masa yang agak panjang.Sebelum bermulanya cuti sekolah hujung tahunini memang ramai keluarga khasnya ibubapa yang rancang percutian yang indah bersama anak-anak.

Tidak ketinggalan etuza juga memang dah rancang untuk membuat kejutan percutian untuk anak-anak, namun belum masa mengizinkan memandangkan SPM belum berakhir. Biarlah bercuti tu bersama semua anak-anak yang ada,meskipun sebenarnya ada anak etuza yang berada di kejauhan. 

Dalam rumah sebenarnya kita boleh buat kejutan kepada anak-anak kala cuti sekolah ini. Fikirkan dari segi juadah makanan, apa nak masak, masak apa yang special ke atau tak. Setiap hari jika dapat etuza terfikir beri anak-anak makanan yang berkhasiat, yang lazat dan bergizi, agar mereka membesar dengan sihat dan ceria. Sebab itu etuza abadikan beberapa menu resipi juadah istemewa untuk anak-anak etuza. 

Kepada ibubapa yang memasak untuk anak2 marilah amalkan agar kita mulakan awal bismillah dan selawat ke atas nabi junjungan, kemudian niatkan agar anak-anak memakan masakan kita mereka diberi rahmat dan menjadi anak-anak yang soleh dan berguna serta menurut kata nasihat ibubapa dan guru-guru. Amalan ini kita teruskan setiap kali kita memasak. Kalau memasak tu tidak boleh lah dalam keadaan stress, kita masak dengan tenang dan ceria.

Akhirnya etuza nak share kan resipi KUIH LAPIS PESONA ETUZA.
Bahan2nya ialah
2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
1 cawan gula yg sederhana
1 sudu teh garam
Air santan kelapa ( secukupnya)
Kelapa parut digoreng bersama gula melaka.
Pewarna hijau & merah
Sedikit minyak disapu ke loyang.

Cara2nya pula ialah
~ Masukkan satu persatu bahan
~ gaul dan kacau selepas diletakkan air santan kelapa
~ Masukkan ke loyang dan kukus denga api sederhana.
~ Siap masak letakkan kelapa parut digoreng.
~ Hidangkan.
..........
Hak cipta
Resipi etuza.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

24 Pesona Kata Hati Mereka:

Nyue berkata...

sedapp nye menu tuu..tgk gambar je..kalu dpt makan..ag sedapp kot...

hehehe..bg resipi jugakkk...hehhehhehee

Bunda_nora berkata...

cuti2 sekolah ni berkumpul anak beranak masak apa pun pasti berselera..

kinara kinatara berkata...

wah pandai cikgu masak..huhu:)

Unknown berkata...

bahagia jek family cikgu..nnti kalo ada ank, nk mcm ni jugak...hihi..menu smua nmpk menyelerakan...rajin cikgu bantu masak yer.. :)

Kamsiah yusoff berkata...

berbeza dgn kuih lapis semenanjung ya cikgu...kat sini takde kelapa parut grg kat atas tu

Abang Karu berkata...

Saya x pandai buat kuih.....kalau ada nk tumpang makan je hehee

Solehah Shamsuddin berkata...

wah da kuih nama sendiri tu.terbaikla cikgu.solehah mmg ske kuih lapis jugak

Unknown berkata...

Kpda Kamsiah..sebenarnya x perlu letak, oleh kerana nak lebih rasa sedap etuza buat macam tu, lain rasa, mak dan adik2 etuza yg tengah bercuti di kampung...suka makan so jadilah namanya Kuih lapis Pesona Etuza, konon2 kelapa digoreng tu yang ada pesona..kerana rasa enak ja kelapa tu dengan gula melaka.hehehe

RIZZNA berkata...

Wah cikgu, mcm sedap je..nk tempah boleh?

Hermanbagus berkata...

wah sedapnya

Miss N™ berkata...

Tarap tu apa ye cikgu..?

ummiross berkata...

bestnya menu, tentu isteri etuza pandai memasak ni, air tangan ibu terbaik buat anak-anak. Terima kasih berkongsi resepi.

dieyna berkata...

Suka anak anak bila makan air tangan ibu ayahnya yer.. hehe

JR berkata...

Semuanya resepi Etuza..hebatnya! JR tak pandai cipta resepi sendiri, boleh masak sikit2 tu pun pakai ciplak resepi org...ihik..

Arina Shamsul berkata...

wah cikgu, teguk air liur saya..hehehe.

beruntung anak2 cikgu dapat ibu dan bapa yang penyayang :)

THE AUTHOR berkata...

Pandai cikgu memasak bersama isteri!!

Si Matatajam berkata...

Bertuahnya keluarga cikgu etuza...resepi tu nnt M nak try bila teringin nak makan.hi hi,..

boni kacak berkata...

kuih lapis..bestnya..lama tak makan..

Mrs Velentine berkata...

sedap tue sup tarap..pandai cikgu masak..untung ada suami & ayah mcm cikgu..tq utk resepi nnt sya try

LYAfrina berkata...

menu simple y sedap2...

Nurul Says berkata...

tarap muda masak sup tu paling sadaaappp...mau balik ranau dulu tu baru lah dpt rasa T___T

Busyra Takiyudin berkata...

rajin cikgu... btw sedap je tengok.. :)

Tinta Lana berkata...

Assalammualaikum.

Minta maaf ya uncle..saya tak tahu tentang sup tarap muda tu.. apa bahan2 nya ya? :)

9n0L4 berkata...

wahhhhh cekgu. pasti sedap ni. boleh masuk masterchef. ;)