Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 23 November 2012

ADD AUTHORS & INVITE AUTHORS


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Syukran Alhamdulilah & Amat2 Berterima kasih
kepada LYA, Deqla, Sweet & Kamsiah dan others.
Kerana klik Tutorial mengenai teknik
nak tambah album web etuza.
Akhirnya muncul lah gambar anak buah etuza.


Gambar 1
Nama sebenar Nur Syaherah Zahra
silap ejaan pula ye nama eja ni..
Umur 3 tahun anak adik perempuan etuza
yang ke 4.

Gambar 2
Ha ni pula baru lahir hari ke 18 hari
dia di rumah mak di kampung.
Nurmadiha Umairah..cantik nama ni.
Yang bestnya tu nama Madiha tu
hasil cadangan etuza kepada adik
etuza tu. Comel tak!

"op!!! baca harap baca ya..".
23hb Nov 2012, hari Jumaat. Hari penghulu segala hari serta hari yang mewajibkan umat Islam yakni para lelaki muslim ke Masjid menunaikan solat fardhu Jumaat. Hari khamis, etuza menemui jalan buntu dalam meneruskan blog apabila gambar comel anak buah tidak berjaya diupload akibat album picasa di laman etuza dah full.

Inilah hikmah bila kita bertanya kepada rakan blogger di arena maya. Mereka sesungguhnya amat membantu dan ikhlas berkongsikan infor atau ilmu dalam berblog. Oh! Blog? penting ke tu? Ikkkk!!!! peduli apa etuza jika ada yang kata blog bukannya dapat apa2pun. Yang kita dapat " Buang Masa" " lalai" "leka" "taksub" dan seumpamanya. Jika ada yang kata macam tu tak apa, sebab ada benarnya cuma itu bukan 100% benar. Etuza yakin dan percaya bahawa teman2 blogger etuza sangat2 memahami cara berblog yang lebih berhemah, kerana mereka selalunya memberi nasihat, memberi motivasi, beri ilmu pengetahuan hal agama, memberi ilmu dalam pelbagai ilmu dalam kehidupan kita. Ada tak dapat resipi istemewa? ada tak!...klik ja blog Kamsiah dan blog masakan serta apa sahaja blog kita akan dapat ilmu dan pengalaman. Terlebih2 lagi kepada " Pencari Kerja" hakikatnya bahawa semua klik papar online JOBS adalah di wal blog para blogger terkenal. Tak  percaya ke?  Ha tu hal kamulah ya. 

Etuza nak kata ada blog Wow!! Best!! ..inilah simponi kita, kenangan kita, sosial maya kita, di rumah kita bagaikan menerokai dunia. Taklah dikatakan ": Katak di bawah tempurung" boleh juga kita tahu bahawa Negara Plastine dalam tenat dibom pengganas Israel, hemmm!! penjaga gol tersohor Bola Sepak "Apek" kan tak lama lagilah nak kahwin. Maka yang tak ada blog, yang tak online ada tak tahu ini, mybe tahu juga tapi dah basi...dah berlalu baru juga tahu hari ini.

Sebab itu, etuza berjuang hari ini, hari Jumaat yang indah. Selapas solat jumaat hingga siap ( dalam masa sama ada buat kerja lain ) selain online dan semasa mengurus blog. Etuza dah alami dah op! full klik ADD AUTHORS & INVITE AUTHORS dah diuji lepas tu etuza apply dari laman LYA, klik juga tutorial serupa dai Sweet dan dari laman indah Kamsiah. Sementara teman blog  lain memberi galakan semangat agar berusaha pertingkatkan GB album picasa laman Pesona. " Minat sangat upload gambar" etuza mengaku ya, memang tak sedap rasanya jika tak ada gambar. Boleh juga buat entry tanpa gambar, boleh tak ada salahnya. Lagi pantas cepat kemudian goyang kaki sambil membaca dari blog ke blog kawan2. 

Sebenarnya agak sukar juga nak ikut tutorial dari Lya, ini disebabkan etuza belum ada blog lain selain Pesona. Akaun gmail juga hanya 1, lepas tu dashboard baru, terbiasa yang lama, cuba buat blog baru aduhai payahnya, banyak kena belajar lah kat GOOGLE lepas ni. Apapun syukran ada dah etuza buat blog baru tajuk " BINGKISAN NURANI" saya ambil nama anak ke 6 anak lelaki. So kalau sempat menyempat akan muncullah nanti laman baru etuza. Tengah fikir2 apa yang molek2 etuza nak entrykan kat situ. Cuma etuza nak hadkan upload gambar ja lan nanti.  Siap dah enty ni. Salam 1 blogger.

hai awak!
problem etuza settle dah!

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

21 Pesona Kata Hati Mereka:

Muttallif berkata...

Usaha membuahkan kejayaan. Walaupun sesusah mana, tapi Etuza tetap berusaha, itu yang penting.

dieyna berkata...

Bertanya itu penting.. tak bertanya sesat jalan..

Abang Karu berkata...

alhamdulillah selesai sudah satu masalah :)

Miss N™ berkata...

legakan bila keadaan dah pulih seperti sedia kala.. :)

sweetie berkata...

Alhamdulillah Etuza! walaupun antara kita cuma rakan-rakan alam maya, tp kita semua masih boleh tolong menolong antara satu sama lain kan. Itu juga salah satu keindahan dan kelebihan berblog.

Cik Ai berkata...

alhamdulillah
akhirnya berjaya jugak selesai masalah :)

Arina Shamsul berkata...

alhamdulillah..akhirnya membuahkan hasil usaha cikgu :) tahniah cikgu :)

Tinta Lana berkata...

Assalammualaikum.

Jadi, kiranya uncle ada dua blog la skrg kan? :)

Satu yg pesona ini, satu lagi bingkisan nurani tu ya? :)

Si Matatajam berkata...

M pun Ada baca kat blog Lya pasal ni..Alhamdulillah selesai sudah masalah cikgu yea..

Si Matatajam berkata...

Pasal BE tu M tak la pandai sgt tp M ikut petua member blog yang selalu buat tutor Pasal BE ni contohnya blog Shida dan Ina intan berlian.. Apa yg M buat hantar tiket kat Nuffnang dan Update survey kat blog manager tu..lepas tu rajin blogwalking sb BE ni penaja yg akan pilih blog mana yg mereka nak bergantung la pada unique visitor blog tu..lg tinggi UV blog lagi besar la peluang nak dapat BE., Wallahualam ^_^

lelamaisara berkata...

lega la masalah dah selesai kan...:)

Solehah Shamsuddin berkata...

alhamdulillah.akhirnya dah ok :)

THE AUTHOR berkata...

Dalam dunia blogging ..kit amendapat banyak maklumat yang berguna.
Dan saya sendiri pun banyak belajar dari sini

Cik Ai berkata...

as salam cikgu,

ni info lebih lanjut kalo cikgu nk baca ttg hukum gantung gmbr di dinding..sama2 kita berkongsi ilmu :)

http://www.ustaznoramin.com/2010/04/hukum-meletakkan-gambar-bernyawa-di.html

JR berkata...

Itulah untungnya ada kawan, sedia membantu walau cuma mengenali di alam maya...

H.A berkata...

uhrmmm rindunya blogger2...sebab dh setahun tak berblog... dan skang dh tukar nama blog baru pon dan bnyk entry lama dh buang.. :) anyway, itula guna rakan2 blogger kan ... walaupun kenal d alam maya, tapi ukhuwah tetap tersimpul...

salam kenal semua ^.^

Nurul Says berkata...

membaca x semestinya baca buku..dah zaman IT mcm ni boleh je baca dari internet kan cikgu kaan?

Mrs Velentine berkata...

syukur masalah sdh selesai..bah nnt bg link blog yg baru...

dya nasir berkata...

alhamdulillah..selesai juga masala cikgu

kinara kinatara berkata...

alhamdulillah cikgu selesai sudah..:)
huhu..lepas nyh dah boleh upload gambar banyak2...huhu:)

Unknown berkata...

salam kenal bro etuza...mmg syok berblogging ni...pasal kita dapat mengenali kawan2 baru sekaligus dapat belajar byk benda...