Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 22 April 2012

Tolonglah berhati-hati & Malang tidak berbau.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Ayah : Assalamualaikum, sihatkah?
Anak : Waalaikumsalam, ya saya sihat..ada selesma tapi semakin sembuh.
Ayah : Banyakkan minum air ya, makan buah2an.
Anak : Iyalah..ada berita sedih di kolej kami!
Ayah : Kenapa ?
Anak : Ada pelajar lelaki, last semester macam saya juga, terjatuh semasa di  di tandas minggu lalu.
Ayah : Macamana boleh jatuh tu? jadi apa yang berlaku?
Anak  : Kepalanya terhempas ke lantai kemudian berlaku pendarahan di 
kepala. Dia di  hantar di hospital, kemudian kepala dia di bedah.
Ayah : Kesihan budak ni, harap dia sembuh.
Anak : Masa dia di hospital kami warga kolej doa, baca yasin untuk dia, dengan harapan dia sembuh masa operasi bedah.
Ayah : Syukurlah..itulah amalan yang patut dan kena mendoakan kawan yang
di timpah malang.
Anak : Tapi jam 4.00 pagi rabu pelajar tu di sahkan telah meninggal dunia.
Ayah : Iya, ya Tuhan..innlillahiwainahirajiun...sudah takdir dia, al fatiha 
Anak : Teringat petang isnin dia lambai tangan di padang bola, masa tu kami 
geng melalui kawasan tu, ada dia main bola dan usik2 kami.Tak sangka itu lambaian terakhir dia kepada kami. Sedih ni pa..
Ayah : Tak apalah Allah sayangkan dia. Doakan semoga dia di tempatkan
di sisi orang2 yang beriman.


Inilah cerita anak saya pagi sabtu minggu ini. Tolonglah berhati-hati semasa pergi ke tandas. Tandas tu berair, licin tambah2 lagi jika tandas awam memang tak pernah kering ada saja lantai basah. Jangan guna selipar jepun yang sudah tidak ada tapak bunga, licin tak mencengkam lantai. Usah berlari di dalam tandas semata-mata nak kejar masa. Nanti lain pula jadinya. Sungguh saya nak tegaskan bahawa ' MALANG MEMAANG TAK BERBAU' di mana2 saja harus berhati-hati.

dari kalbu etuza.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

20 Pesona Kata Hati Mereka:

Tinta Lana berkata...

Salam..

Saya teringat arwah jiran saya..seorang pakcik..usianya 10 thn lebih muda dri ayah saya.. kalau dah ajal, tidak pernah terawal hatta terlewat barang sesaat..

Arwah juga menghembuskn nfs terakhir..akibat tergelincir dibilik air dirumahnya..sungguh, berita tu sgt mengejutkn kami,jirn2nya. apatah lagi dia kelihatan sgt sihat. Jiran kami yg sorg lgi, dah lama sakit..tpi Alhamdulillah masih dipnjgkn nyawa hingga kini. Tapi..dia yg sihat pergi dulu..

Bila post-mortem, barulah kami tahu, dia ada penyakit jntg, dan gabungan penykt tiga serangkai tu..tp tu penyebab saja kan uncle..sudah tertulis ajalnya begitu..saya takut sebenrnya..

Unknown berkata...

Tylana..doakan kesejahteraan hidup tiap2 hari, banyakkan ingat Dia.Pasti Allah bantu mempermudahkan urusan dgn selamat ya. Adapun hal ajal itu memang di tentukan, tetapi kita wajib berhati2 sekalipun ke tandas,..
inilah cerita anak saya sabtu lalu, sedih..tapi apa kan daya kita tak kuasa menahan.

-eim- berkata...

malang xberbau..

ajal dtg bila2 masa ja..
b'ingat2 la..^^

Khai_Sol berkata...

ya,malang memang tak berbau.. Sebab tu kalau tak nak berbau,tukar nama jadi malang<hehe,gurau^^

nasir hamzah berkata...

kolu innalilla hiwainna ilaihirujiun

kesiannya, sampai macam tu sekali, yelah dah sampai masa dia, jatuh tu buat asbab saja.. tapi kita perlu juga berhati- hati.. mudah2han rohnya dicucuri rahmat... amin..

~Cik Sweety~ berkata...

inallillah..kalau saja malang itu dapat dihidu..pasti kita akan lebih berhati-hati..

Unknown berkata...

Al-Fatihah buat arwah kawan anak cikgu....mmg malang tidak berbau...

Kancil 8349 berkata...

peringatan yang bagus...minggu lalu kami kehilangan seorang murid akibat yang sama. ia berlaku di rumahnya sendiri...kesian baru 7 tahun...

Kamsiah yusoff berkata...

Alfatihah...sedihnya saya membaca cerita ini...
tentu kawan2nya turut truma dgn peristiwa tersebut...

saya sendiri pernah dua kali terjatuh di bilik air
semasa pregnant dulu...lantai licin dek air sabun dari mesin basuh..

lelamaisara berkata...

Memang malang tidak berbau!!

9n0L4 berkata...

al fatihah buat arwah. teringat suami kepada PK KO di sekolah ni rebah dlm bilik air. meninggal jugak.

Miss N™ berkata...

alfatihah..!
betul malang mmg xberbau.. kita kena lebih barhati2 walaupun di dalm rumah sendiri..

JR berkata...

Allah lebih menyayanginya, sebab tu dia pergi dulu...
Teringat anak saya yang kini MC kerana jatuh dlm tandas sekolah dua minggu lepas. Kini anak saya masih MC tiga minggu kerana tulang kakinya patah lepas tersangkut di celah pintu tandas. Syukurlah kepalanya tak tercedera...Tuhan itu Maha Penyayang...

Arina Shamsul berkata...

innaliliwainnaillahirojiun..mudah2an rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yang beriman ..amin~

sedih cerita ini.

terima kasih atas peringatan itu cikgu :)

Abang Karu berkata...

al-fatihah buat yang telah pergi...
mmg betul kata cekgu...
malang tak berbau...perlu berhati hati di mana saja berada.

intanrh berkata...

Salam ziarah. Org kata kalau jatuh di bilik air mmg susah nak baik. Allahualam.

dieyna berkata...

Alfatihah untuk pelajar tersebut. Malang tak berbau. Semoga keluarganya menerima dengan tabah.

hamzah ian berkata...

alahai..

rakan saya mati lemas kat kolam renang hostel..

masih lagi terbayang dlm kepala saat2 akhir arwah..

Unknown berkata...

slm.. singgah sini utk bgtau, cikgu ditag oleh sy...kalo xnk join pun xpe..tiada paksaan.. :)

Unknown berkata...

ya Tuhan, Kancil - tak sangka sama keadaan jatuh.
dan Jr, marilah mendoakan moga anak JR cepat sembuh ya..
Kepada yg drop komen, sungguh amat berterima kasih. andalah pemanis dan pemberi rasa dalam Pesona EWWK.
Maaf selalu x menyempat ke blog anda.