Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 24 April 2012

Tidur Yang Mencukupi & Jambangan Ros Putih Merah Untuk Pelawat PEWWK

السلام عليكم ورحمة الله وبركات


     Penting sangat ke tidur ni? Terasa terpanggil untuk memuatkan mesej tidur di laman Pesona EWWK. Sedar atau tidak, ramai di antara kita yang sentiasa berjaga sehingga larut malam dan mengorbankan waktu tidur yang sebenarnya untuk menyiapkan kerja, bersembang hingga larut malam, bersosial dan sebagainya. Bolehlah di kelaskan pernah juga hingga larut malam pemilik laman ini. 

Badan yang sihat memerlukan masa tidur yang mencukupi untuk membolehkan kita meneruskan kerja pada esok hari. Dikatakan bahawa tidur yang tersekat atau tidak mencukupi akan menyebabkan badan kita tidak memperolehi rehat yang menckukupi dan berkualiti, yang jika berlaku pastinya akan mengundang masalah kesihatan yang kita tidak sangkakan oleh kita sendiri.

Nah! rupanya tidur yang cukup rupanya amat kita perlukan dalam kehidupan ini. Tidur adalah rehat, kerana itu marilah dari sekarang kita berusaha dengan mengorbankan masa-masa lain seperti masa melayari facebook, chatting, bersembang dan sebagainya, bagi mempastikan masa tidur kita mencukupi. Sesungguhnya Allah telah menjadikan malam untuk tidur dan berehat, jadi ikutlah sunnatullah ini. Wallahualam dan alhamdulillah updated Pesona. Jam 10.10. 

Updated Pesona EWWK.
etuza.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

13 Pesona Kata Hati Mereka:

nasir hamzah berkata...

betul tu Etuza, kalau tak cukup tidur memang badan rasa tak bermaya.. nasir elalu tidur lewat malam entah knp susuah sangat nak dapat tidur, mungkin sibuk tengok blog jek..huhu

Unknown berkata...

Nasir, entry ni lebih kepada muhasabah saya sediri. jika ada kebaikan syukran..

Abang Karu berkata...

terbiasa tido lambat...adakalanya pening kepala huhuhuuu

Chic Na berkata...

masa tidur yg optimum 6 jam kan. hihi.. sy xpernah cukup, dh jd habit tidur lewat. :)

~Cik Sweety~ berkata...

terima kasih atas jambangan tu cikgu..cikgu,kadang2 tidur berlebihan mengundang rasa letih..mcm saya ne..saya suka tidur..smpai kadang2 terover pla tidur..smpai sekolah mata pun msh mengantuk lagi..

Unknown berkata...

betul tu.. tp deqla kdg2 kurang tdo juga...pegi opis mmg rasa ngantok dan lesu yg amat..

Kamsiah yusoff berkata...

salam
waktu tido saya anatra jam 10.30 hingga 11.30...kalau terlewat...sukar utk lelapkan mata...dah jadi tak ngantuk pulak...biarlah org kata takde 'kehidupan malam'...
lagipun setiap hari saya bgn jam 5..

Miss N™ berkata...

memang tak di nafikan, tidur yg cukup amat penting untuk kesihatan.

kalau tak cukup, tentu byk pkara akn tjejas dek kerana tidak cukup tidur.

nur sedang berusaha tidor seawal mungkin skarang ni.. :)

JR berkata...

Saya sering cuba tidur cukup, tapi macam susah sangat nak tidur awal. Bila anak dekat test atau exam lagi lah tak dpt tidur awal, saya menemani mereka studi hingga jam 2 atau 3 pagi. Jam 5.15 pagi esok dah kena bangun, macam mana nak cukup??

Tanpa Nama berkata...

Salam Etuza,

Tidorlah awal supaya kita dapat bangun bermunajat kepada awal di malam yang sunyi.

Cik Ai berkata...

nice entry =p
mmg tdur tu sgt pnting wpun kdg2 kita sbgai manusia ni lbh byk "skip tidur" hanya tuk melakukan aktiviti2 yg lain.
haishh rsnya lps ni nk dptkan tdur yg cukup tuk otak & minda yg cergas =p

Tinta Lana berkata...

Salam uncle! Pa kabar?uncle skuarga sihat ke? Kat sana macamana? panas tak? sini cuaca panas la, baru hrini hujan..tu pun kejap je..pa pun, bersyukur apa adanya.. :)

# urmm..lana sejak mula berblogging kembali, memang salu gak tido lewat ni,hehe. memg tak cukup tido..tpi mujur lah lana jenis mudah tido. Jadi, tuk cover balik tido yg tidak cukup tu, bila ada peluang, lana terus pejam mata..dan..kroohhh krohhh..hehehe

9n0L4 berkata...

Allah jadikan malam untuk beristirehat. gunelah sebaiknya kan. ;)