Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 22 April 2012

Tolonglah berhati-hati & Malang tidak berbau.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Ayah : Assalamualaikum, sihatkah?
Anak : Waalaikumsalam, ya saya sihat..ada selesma tapi semakin sembuh.
Ayah : Banyakkan minum air ya, makan buah2an.
Anak : Iyalah..ada berita sedih di kolej kami!
Ayah : Kenapa ?
Anak : Ada pelajar lelaki, last semester macam saya juga, terjatuh semasa di  di tandas minggu lalu.
Ayah : Macamana boleh jatuh tu? jadi apa yang berlaku?
Anak  : Kepalanya terhempas ke lantai kemudian berlaku pendarahan di 
kepala. Dia di  hantar di hospital, kemudian kepala dia di bedah.
Ayah : Kesihan budak ni, harap dia sembuh.
Anak : Masa dia di hospital kami warga kolej doa, baca yasin untuk dia, dengan harapan dia sembuh masa operasi bedah.
Ayah : Syukurlah..itulah amalan yang patut dan kena mendoakan kawan yang
di timpah malang.
Anak : Tapi jam 4.00 pagi rabu pelajar tu di sahkan telah meninggal dunia.
Ayah : Iya, ya Tuhan..innlillahiwainahirajiun...sudah takdir dia, al fatiha 
Anak : Teringat petang isnin dia lambai tangan di padang bola, masa tu kami 
geng melalui kawasan tu, ada dia main bola dan usik2 kami.Tak sangka itu lambaian terakhir dia kepada kami. Sedih ni pa..
Ayah : Tak apalah Allah sayangkan dia. Doakan semoga dia di tempatkan
di sisi orang2 yang beriman.


Inilah cerita anak saya pagi sabtu minggu ini. Tolonglah berhati-hati semasa pergi ke tandas. Tandas tu berair, licin tambah2 lagi jika tandas awam memang tak pernah kering ada saja lantai basah. Jangan guna selipar jepun yang sudah tidak ada tapak bunga, licin tak mencengkam lantai. Usah berlari di dalam tandas semata-mata nak kejar masa. Nanti lain pula jadinya. Sungguh saya nak tegaskan bahawa ' MALANG MEMAANG TAK BERBAU' di mana2 saja harus berhati-hati.

dari kalbu etuza.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

20 Pesona Kata Hati Mereka: