Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 22 April 2012

1989 Dia lukiskan wajahku - Cintamu mekar di hatiku.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات


     Layan lagi satu kenangan terindah dalam kamus hidupku. Inilah kenangan sukar dilupakan, harap para remaja di luar sana jangan pula muak dan meluat ya melihat satu lagi persembahan update maya laman Pesona EWWK. Ini berharga bagi ku, kenangan ini, kini menjadi tatapan genarasiku. Sebuah potret melakar wajahku. Lukisan ini dilukis oleh insan yang kini bergelar isteriku dan ibu kepada anak-anakku pada tahun 1989. Woi....sudah lama sangat, tapi percaya kah masih saya simpan dalam buku catatan saya. Di dalam lukisan ini saya letak satu lagu yang juga mendawasakan saya dan kala melihat dan membaca lagu kumpulan May " CINTAMU MEKAR DI HATIKU " terasa terpanggil untuk dizahirkan kembali kegemilangan cinta dan kasih sayang di laman Pesona EWWK. Adakah manfaatnya? Mungkin ada manfaat juga suatu masa bagi anak-anak kami. Untuk umum....terserahlah mesej apa nak di fahami ya.

Cintamu Mekar Di Hatiku
*
*
Kau umpama bunga yang mekar...
Di hatiku...
Ku harap kau mekarlah 
Selama-lamanya...
Kau umpama bintang menyinari hidupku...
Ku harap kau terus bersinar...

Diketika kau ..
Perlukan aku...
Sentiasa aku ada di sisimu..
Diketika ku rindu padamu..
Terasa cinta semakin dalam...
Sayang...

Kasihku abadi...
Cintamu mekar di hati ini..
Kau dalam ingatan..
Di sepanjang hayatku..
Demi teguhnya cinta..
Selama-lamanya..


Suara hati etuza.
Versi kenangan lalu.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

15 Pesona Kata Hati Mereka: