Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 22 April 2012

1989 Dia lukiskan wajahku - Cintamu mekar di hatiku.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات


     Layan lagi satu kenangan terindah dalam kamus hidupku. Inilah kenangan sukar dilupakan, harap para remaja di luar sana jangan pula muak dan meluat ya melihat satu lagi persembahan update maya laman Pesona EWWK. Ini berharga bagi ku, kenangan ini, kini menjadi tatapan genarasiku. Sebuah potret melakar wajahku. Lukisan ini dilukis oleh insan yang kini bergelar isteriku dan ibu kepada anak-anakku pada tahun 1989. Woi....sudah lama sangat, tapi percaya kah masih saya simpan dalam buku catatan saya. Di dalam lukisan ini saya letak satu lagu yang juga mendawasakan saya dan kala melihat dan membaca lagu kumpulan May " CINTAMU MEKAR DI HATIKU " terasa terpanggil untuk dizahirkan kembali kegemilangan cinta dan kasih sayang di laman Pesona EWWK. Adakah manfaatnya? Mungkin ada manfaat juga suatu masa bagi anak-anak kami. Untuk umum....terserahlah mesej apa nak di fahami ya.

Cintamu Mekar Di Hatiku
*
*
Kau umpama bunga yang mekar...
Di hatiku...
Ku harap kau mekarlah 
Selama-lamanya...
Kau umpama bintang menyinari hidupku...
Ku harap kau terus bersinar...

Diketika kau ..
Perlukan aku...
Sentiasa aku ada di sisimu..
Diketika ku rindu padamu..
Terasa cinta semakin dalam...
Sayang...

Kasihku abadi...
Cintamu mekar di hati ini..
Kau dalam ingatan..
Di sepanjang hayatku..
Demi teguhnya cinta..
Selama-lamanya..


Suara hati etuza.
Versi kenangan lalu.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

15 Pesona Kata Hati Mereka:

JR berkata...

Saya masih simpan surat2 cinta isteri ketika masih belum kawin dulu (ada 132 surat). Bila kadang2 antara kami ada sedikit pertelingkahan, bagi menghilang marah saya akan baca balik surat2 itu. Bila teringat nostalgia masa dulu2 itu, rasa lucu pula dan sekelip mata marah pun hilang...

Unknown berkata...

Wow!..JR juga romatik dulu2 ya..ada tak sajak .kongsikan lah nak baca, sama lah kita, kami berutus surat jg dulu, maklumlah dulu2 kan. Cuma saya memang banyk tulis sajak cinta kami, ada beberapa lagu kenangan tertulis juga dalam dairi catatan saya tu JR .Tq ya..

Ayuni berkata...

romantiknye, skang nie guna sms je...

~Cik Sweety~ berkata...

ewah ewah cikgu..romantik juga ya cikgu ne..hihi.. suka baca(^_^).. moga romantik tu kekal smpai sekarang ya..jgn romantik tuk tmbah 1 lagi iya cikgu..hihihi

Unknown berkata...

SweetH..paling sweet tu komen tau!, tq ya drop jg komen ..moga sweetH bahagia

Tinta Lana berkata...

Salam uncle..

Ya Allah..saya tersenyum2 baca entry uncle yg ni,hehe.

Jelez pun ada, sebab bagi saya, percintaan org lama, lebih romantik berbanding org skrg.. hehe. Zaman skrg takda dah nak melukis2 ni, semua pakat SMS,E-mel, lukis doodle pakai photoshop..hihi. Boring,hehehe.

Saya sendiri, pernah curi2 baca surat cinta yang ayah sy bagi pd mak sya..romantik giler. hahaha. Kdg2, sy terpikir, perkahwinan org dulu, mmpu bertahan lama, sebab adanya sesuatu yg membantu mereka mengingati, mengimbau kenangan lalu bersama psgn mreka. Sesuatu seperti catatan uncle, dan lukisan yg uncle simpankan ini..

Org skrg?bagi sms pnjg berjela pun, tpi senang hantar, seng juga untuk men'delete'nya..perkahwinn pun jdi seperti, senang kahwin, senang juga bercerainya..

pandangan saya semata.. :)
semoga cikgu berbahagia bersama isteri dan anak2 tercinta.. :)

nasir hamzah berkata...

dah lama gak tersimpan gambar tu? wah untung ler cikgu etuza kita.. kenangan yg tak mungkin dilupakan..

lagu tu memang top satu tika dulu, sekarang kalau dengar boleh kembang kempis hidung dibuatnya, memang best..hehe

Chic Na berkata...

wah sweetnya cikgu. sampai sekarang simpan lg ye. sentimental value tu. :)

dieyna berkata...

hehe romantik juga cikgu etuza ni.. hehe sentimental value tu.. jangan buang hehe

Romy Tanggar berkata...

cantik tu lukisan....wah...romantik pula ni ckgu saya time dulu2.....
teladan yg baik......

Unknown berkata...

hello romy segar ja komen dah tengah malam..biasa2 saja. tapi mahal buku catatan saya ni tetap dalam simpanan..tq ya

Unknown berkata...

wow! tahun 1989!!! deqla masa tu tadika..hihi...euwww.. cikgu sgt romantik...untung wife cikgu eh..smpai skng msh simpan, bererti cikgu sgt2 menghargai...

9n0L4 berkata...

so sweet lah. hee. kenangan lalu pasti jadi kekuatan kita arini. ;)

Abang Karu berkata...

waahh....! nostalgia ni...

Kancil 8349 berkata...

romantiknya..