السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Mac 2012, melakar lagi warna kehidupan ini apabila memijak di Bandar Sandakan pada 3hb Mac hingga 9hb Mac 2012. Inilah putaran kehidupan kita, kadang kita tidak menjangkakan apakah akan berlaku pada hidup kita dihari esok, walau kita merencanakan suatu perkara sebagai pengisian hari-hari kita. Tanpa diduga ada hal lain pula yang kita kena lakukan dan kena hadapi. Begitulah yang berlaku pada Etuza, tanpa terduga akhirnya kaki ini memijak juga bandar Sandakan, yang begitu ingin ku lawati kerana ada saudara kandung di Sandakan dan berkali-kali menjemput kami ke Sandakan. Etuza katakan bahawa niat itu dipercepatkan olehNya apabila Etuza menumpang tuah seorang murid dalam Program Realiti Nilam peringkat Negeri Sabah, apabila murid itu dinobatkan sebagai seorang peserta dari sekolah Etuza yang menjadi pengiring peserta itu ke SMK agama Sandakan. tertunailah hasrat hendak berkunjung di rumah adik saya di Taman Anggerek Sandakan baru-baru ini.
Dalam kesempatan itu, Etuza adan melawat ke beberapa tempat di Sandakan dengan menumpang kereta milik adik. Kawasan Sandakan rata, luas dan bersih dengan sampah sarap di sepanjang jalan raya, ini kemungkinan ekoran dari lawatan rasmi sultan Berunai tempoh hari. Kerana Etuza nampak terpampang banner wajah sultan Berunai di sana-sini. Menurut sumber baru sahaja sultan Berunai melawat bandar Sandakan. Bandar Sandakan berserak atau saling berjauhan dengan dihubungkan oleh jalanraya yang berturap. Terdapat satu kawasan dimana jalanraya tersebut seperti bentuk S iaitu jalanraya yang selekohnya tajam maka membentuk huruf S, di jalan ini benar-benar tidak dibenarkan laju kerana selekoh tajam dan merbahaya.
Masih terdapat bangunan-bangunan model lama dan berdinding papan. nampak unik sesetengah bangunan, deretan bangunan di tepi laut. Pasar umum di bandar Sandakan besar dan ramai pengunjung walaupun waktu petang. Di bandar utama pastilah sesak dengan kenderaan di jalanraya, orang lalu lalang tanpa henti, dan lebih menarik ada sesetengah supermarket menjual kain baju dengan harga murah. Pastilah tidak lepaskan peluang membeli. Etuza dapat melihat model haiwan seperti Orang Utan, buaya, burung helang dan kura-kura di kawasan bulatan, bermakna inilah satu tanda untuk membolehkan kita tidak sesat di Sandakan. Pada masa itu juga SMK Agama Sandakan sedang giat menjalankan latihan sukan peringkat sekolah mereka. Gambar di bawah adalah pondok rumah mereka mengikut 4 warna rumah sukan, kreatifkan..
Etuza juga berkesempatan pergi bersama rombongan ke Dewan Libaran Sandakan, salah satu dewan terbesar di Sandakan. Dewan ini lengkap dengan ekon dan pentas yang cukup besar. Tandas juga cukup besar dan mempunyai ruang rehat yang selesa. Menyentuh tentang budaya dan panorama di Sandakan, nampak ramai individu yang ramah dan sangat mesra. Mereka layan tetamu dengan penuh hormat serta menghidangkan makanan yang lazat-lazat sambil disajikan dengan tarian budaya mereka seperti tarian darling-darling. Dan yang paling bersejarah ialah majlis penutupan rasmi Program Nilam peringkat Negeri Sabah 2012 telah dilakukan oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Musa Hj Aman. Etuza mengambil kesempatan bersalam dengan YB Datuk Musa Hj Aman pada masa ketibaannya. semoga suatu masa Etuza akan mendapat peluang untuk melawat di bandar Sandakan bersama keluargaku.
12 Pesona Kata Hati Mereka:
Assalamualaikum Cikgu .
Saya belum pernah sampai Sandakan lagi, hanya pernah ke KK..
Selamat bercuti Cikgu.
Wasalam..
Iya ka, tak apa ada rezeki dan niat nak melihat keindahan bumi Allah bila2 akan tertunai, tengoklah saya, memang besar niat nak ke Sandakan..orang kata hingga 6 atau 7 jam baru sampai.lastly ke Sandakan jg seperti dalam entry saya ya..tq..
tak sampai lagi ke sini - KK - Twu - Semporna dah sampai...insyaAllah jika ada rezeki berpeluang ke sana akan sampai jua - saya suka tempat2 Negeri Bawah Bayu ni -tk
FOLLOW BALAS
2009 - pi Sabah pi KK, Inap di hotel Kings.. Makanan banyak mahal laa huhu
Welcome ke Sabah.
To : SAK blog..it's ok
to: Dieyna - Tq banyak2 like blog saya ya. Moga ada ilmu.
Alhamdulillah, rezeki cikgu :)
Syukran..bumiNya amat mengkagumkan..
apapun Dunia ini akan punah suatu masa.Marilah mencari redhaNya. amin
assalamualaikum uncle. Saya pernah smpi ke sini masa umur 7tahun. Yang paling sy ingat masa jalan-jalan di tepi laut. Ambik gmbr dkt laut di sandakan. :)
Kakak keja di Telupid dlu. So, bnyk masa di Telupid jak. Sandakan sekali jak p. Sekarang kakak keja di Tambunan. :)
Wasalam..
Banyak perubahan Sandakan ..Bandar maju dan tempat tumpuan pelancong selain dari sebuah bandar pelabuhan. Jauh beza masa tu dan kini .Tq Mas.
Tahniah menjadi pengiring ke Sandakan..best la tu
tahniah
Hmmm... Sandakan memang besar bandarnya. Bandar Sandakan yang asli tu nampak very old... Bangunan2 lama masih kekal... Rasa ada perasaan lain yang susah difahami apabila berada di sana... Mungkin kerana aura sejarahnya yang kuat...
Catat Ulasan