Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 6 Mac 2012

Lima hari menjadi pengiring peserta PROGRAM NILAM di SMKA Sandakan, Sabah

Leon A. Likon bersama guru pengiring.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ada saja kesilapan bila kita membuat edit pada ruang catatan kita. Tanpa disedari ada pula catatan kita hilang dan hanya terpapar tajuk atau tema catatan itu. Rasa pening kepala juga bila hal ini berlaku jika berkali-kali alamatlah wujud rasa malas hendak mencatat semula catatan itu, kerana catatan yang asli tidak sama dengan catatan yang kedua.

Bercerita lagi tentang tanggunjawab menjadi pengiring ke Program Nilam Peringkat Negeri Sabah yang bertempat di Sandakan pada 5hb Mac hingga 9hb Mac 2012. BTP - PKG Keningau mencadangkan agar saya mengiringi 8 peserta ke karnival Realiti itu bersama seorang lagi guru wanita di SM. Keningau, Sabah. Saya mengiringi peserta ekoran seorang murid kami Leon Alexy Likon berjaya menjadi wakil penulis muda di dalam karnival itu. Leon A. Likon merupakan murid tahun 6 peserta lelaki sekolah rendah bersama 3 murid perempuan dari SK. Ulu Liawan, SK. Bariawa dan dari SK. Pekan Nabawan. Manakala peserta dari sekolah menengah adalah dari SFX Keningau, SM. Keningau 2 dan dari SM. St Martin, Tambunan, Sabah.
Sesi mendaftarkan  nama pada 5hb Mac 2012

Sekitar jam 3.00 petang team kami sampai di SMK Aagama Sandakan, dengan manaiki bas sewa yang ditaja oleh PPD. Lebih kurang 6 jam lebih perjalanan kami hingga ke tempat yang dituju. Alhamdulillah selamat sampai dan berpeluang melihat bandar Sandakan walaupun tidak semua tempat dilawati. Ramai peserta dari pelusuk Negeri Sabah datang bertanding dalam acara gilang gemilang ini. Kelihatan dalam gambar guru wanita yang terdapat dalam gambar ini adalah guru pengirig dari SMK Agama Ranau, Sabah. Nampaknya saya dan guru dari SMK 2 akan menjadi pemerhati sepanjang bertugas sebagai pengiring yang bermula dari 5hb Mac 2012 hingga 9hb Mac 2012. Semoga ada kejayaan yang dirai oleh peserta Daerah Keningau.

Inilah kemenengan team kami. Tempat ke 3 saja.

Nampaknya team Keningau hanya berpuas hati dengan kejayaan di tempat ke 3 tokoh Nilam sekolah rendah Luar Bandar yang di jayakan oleh adik Essy Essyln Syazwana Andrew dari SK. Bariawa Ulu, Keningau. Dan tempat ke 3 dalam acara Jejak Maklumat oleh peserta sekolah rendah yang dijayakan oleh Leon Alexy Likon ( SK. Penagatan) Jessie Joseph dari SK. Ulu Liawan, Keningau serta adik Essy E Syazwana Andrew. Peserta dari sekolah menengah hanya berpuas hati di tempat saguhati dalam dua acara ini. Apapun team Keningau tetap membawa piala dan sijil kemenangan. Tahniah & Syabas. Harap masyarakat Keningau gembira dengan khabar ini.

  

                                                             


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka:

Flower Haziqah berkata...

Tahniah ..leon anda hebat.