Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 11 Mac 2012

Pesona Award Karya ETUZA WWK Untukmu Sahabat Blogku..



السلام عليكم ورحمة الله وبركات



11hb Mac, seharian mewarnakan blog saya ( Pesona Etuza warna-Warna Kehidupan), sesuai dengan tema warna-warna hidup maka pengatas laman saya telah saya sesuaikan dengan unsur bunga, corak dan warna-warna alam semulajadi. Tema ini membawa maksud luas bahawa hidup kita di maya pada ini sesungguhnya penuh dengan pelbagai bentuk kehidupan, cabaran dan suka duka.

Seharian berdepan dengan emosi berkeinginan hendakkan yang terbaik, ekoran dari hilangnya kod tamplate lama saya yang lebih kepada pengatas ISLAMIK iaitu saya meletakkan gambar mesjid di Mekah. Kepada rakan-rakan blog yang selalu menjenguk blog saya pastinya masih ingat tema pengatas blog saya itu, nampaknya kerana masalah yang tidak dapat dielakkan maka dikesempatan cuti ini saya membuat pengatas baru maka anda semua dapat melihat paparan pengatas blog Pesona EWWK ini pada masa ini. Harapan agar inilah yang terbaik bagi saya dan mencuba akan mempertahankan tema pengatas ini, kerana sesungguhnya agak memenatkan untuk menukar serta membuat ilustrasi baru. 

Kadangkala kita boleh lupa bagaimana sebenar cara mudah dan cepat untuk updated dan hiaskan blog kita. Saya mengalami kesulitan mengingat kerana sejak tiga tahun yang lalu saya tidak mengubah tema pengatas blog saya kerana saya amat menyukai hasilan tema pengatas blos saya yang hilang itu. Untuk mengatasi masalah saya, saya ada menghubungi kawan blog saya menggunakan handphone yang berada di Daerah Keningau, bertanyakan bagaimana cara menukar blog dari 2 kolum ke 3 kolum. Tamplate 3 kolum adalah kegemaran saya maka hasrat hati berkobar-kobar hendak percepatkan perubahan itu. Alhamdulillah dengan tunjuk ajar kawan itu serta ingatan lalu bagaimana membuat blog yang lebih indah dan bernilai maka inilah blog 3 kolum saya. Syukran kepadaNya atas kesempatan membina laman sesawang ini. 

Untuk merai kejayaan saya ini maka saya dengan ikhlas dari hati memberikan AWARD SPECIAL karya saya ini kepada sahabat blog saya, mereka adalah antara yang sering ke blog saya. Ketika ini saya sedang mengesan beberapa blog lain yang masih belum saya link ke blog saya, saya harap selepas ini saya akan dapat menjejaki blog mereka. Inilah 17 blog yang bertuah untuk saya beri, mohon maaf kepada blog lain yang saya masih belum link ya.

************ Blog Persinggahan Sehening Senja ( ROMMY)
************ Blog Bicara Musafir ( MASTINAH)
************ Blog Detik-Detik Indah ( KAMSIAH )
************ Blog Aksara Cinta Ilahi ( AZRAI )
************ Blog Deru OMBAK 
************ Blog EDU4U ( MUSTAFA)
************ Blog Alimaz Kembara Terasing ( ALIMAZ)
************ Blog P @ P ( ADMIN)
************ Blog Single Dot ( TCR AIN)
************ Blog LadyBird's Life
************ Blog Asam Garam Kehidupan
************ Blog Abu Miftah ( U. Sallehuddin)
************ Blog Satu Permulaan 
************ Blog Era Kita ( HJ. Ahadin )
************ Blog Mementom Kami
************ Blog Di Sini Ruangku Berkongsi (Dieyna)
************ Blog Warna Kehidupan ( Jalifah )

17 blog menjadi  pilihan utama  Pesona EWWK telah saya linkkan dan mohon agar mereka menghargai pemberian Special Award dari saya ini. Semoga jalinan ukuhuwa antara kita semakin erat di maya ini. Saya juga memohon agar dikesempatan petang ini, dapat kiranya memaafkan dan menghalalkan semua kata bicara saya di ruangan ulasan dan ruangan komen pada tiap blog yang saya lawati. Mohon agar tiada kata mengguris hati, sesungguhnya tiada niat hendak menyakiti saudara dan saudari sekalian. Dengan ini terimalah sebuah karya SPECIAL AWARD dari PESONA EWWK. Ikhlas dariku untuk sahabat blog terbaikku. 


Kepada sesiapa rakan blog yang berminat untuk ambil AWARD dari Pesona EWWK saya persilakan dengan ikhlas ya. Salam Ukuhuwa..





                                                          


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

20 Pesona Kata Hati Mereka: