السلام عليكم ورحمة الله وبركات
11hb Mac, seharian mewarnakan blog saya ( Pesona Etuza warna-Warna Kehidupan), sesuai dengan tema warna-warna hidup maka pengatas laman saya telah saya sesuaikan dengan unsur bunga, corak dan warna-warna alam semulajadi. Tema ini membawa maksud luas bahawa hidup kita di maya pada ini sesungguhnya penuh dengan pelbagai bentuk kehidupan, cabaran dan suka duka.
Seharian berdepan dengan emosi berkeinginan hendakkan yang terbaik, ekoran dari hilangnya kod tamplate lama saya yang lebih kepada pengatas ISLAMIK iaitu saya meletakkan gambar mesjid di Mekah. Kepada rakan-rakan blog yang selalu menjenguk blog saya pastinya masih ingat tema pengatas blog saya itu, nampaknya kerana masalah yang tidak dapat dielakkan maka dikesempatan cuti ini saya membuat pengatas baru maka anda semua dapat melihat paparan pengatas blog Pesona EWWK ini pada masa ini. Harapan agar inilah yang terbaik bagi saya dan mencuba akan mempertahankan tema pengatas ini, kerana sesungguhnya agak memenatkan untuk menukar serta membuat ilustrasi baru.
Kadangkala kita boleh lupa bagaimana sebenar cara mudah dan cepat untuk updated dan hiaskan blog kita. Saya mengalami kesulitan mengingat kerana sejak tiga tahun yang lalu saya tidak mengubah tema pengatas blog saya kerana saya amat menyukai hasilan tema pengatas blos saya yang hilang itu. Untuk mengatasi masalah saya, saya ada menghubungi kawan blog saya menggunakan handphone yang berada di Daerah Keningau, bertanyakan bagaimana cara menukar blog dari 2 kolum ke 3 kolum. Tamplate 3 kolum adalah kegemaran saya maka hasrat hati berkobar-kobar hendak percepatkan perubahan itu. Alhamdulillah dengan tunjuk ajar kawan itu serta ingatan lalu bagaimana membuat blog yang lebih indah dan bernilai maka inilah blog 3 kolum saya. Syukran kepadaNya atas kesempatan membina laman sesawang ini.
Untuk merai kejayaan saya ini maka saya dengan ikhlas dari hati memberikan AWARD SPECIAL karya saya ini kepada sahabat blog saya, mereka adalah antara yang sering ke blog saya. Ketika ini saya sedang mengesan beberapa blog lain yang masih belum saya link ke blog saya, saya harap selepas ini saya akan dapat menjejaki blog mereka. Inilah 17 blog yang bertuah untuk saya beri, mohon maaf kepada blog lain yang saya masih belum link ya.
************ Blog Persinggahan Sehening Senja ( ROMMY)
************ Blog Bicara Musafir ( MASTINAH)
************ Blog Detik-Detik Indah ( KAMSIAH )
************ Blog Aksara Cinta Ilahi ( AZRAI )
************ Blog Aksara Cinta Ilahi ( AZRAI )
************ Blog Deru OMBAK
************ Blog EDU4U ( MUSTAFA)
************ Blog Alimaz Kembara Terasing ( ALIMAZ)
************ Blog P @ P ( ADMIN)
************ Blog Single Dot ( TCR AIN)
************ Blog LadyBird's Life
************ Blog Asam Garam Kehidupan
************ Blog Abu Miftah ( U. Sallehuddin)
************ Blog Satu Permulaan
************ Blog Era Kita ( HJ. Ahadin )
************ Blog Mementom Kami
************ Blog Di Sini Ruangku Berkongsi (Dieyna)
************ Blog Warna Kehidupan ( Jalifah )
************ Blog Abu Miftah ( U. Sallehuddin)
************ Blog Satu Permulaan
************ Blog Era Kita ( HJ. Ahadin )
************ Blog Mementom Kami
************ Blog Di Sini Ruangku Berkongsi (Dieyna)
************ Blog Warna Kehidupan ( Jalifah )
17 blog menjadi pilihan utama Pesona EWWK telah saya linkkan dan mohon agar mereka menghargai pemberian Special Award dari saya ini. Semoga jalinan ukuhuwa antara kita semakin erat di maya ini. Saya juga memohon agar dikesempatan petang ini, dapat kiranya memaafkan dan menghalalkan semua kata bicara saya di ruangan ulasan dan ruangan komen pada tiap blog yang saya lawati. Mohon agar tiada kata mengguris hati, sesungguhnya tiada niat hendak menyakiti saudara dan saudari sekalian. Dengan ini terimalah sebuah karya SPECIAL AWARD dari PESONA EWWK. Ikhlas dariku untuk sahabat blog terbaikku.
Kepada sesiapa rakan blog yang berminat untuk ambil AWARD dari Pesona EWWK saya persilakan dengan ikhlas ya. Salam Ukuhuwa..
Kepada sesiapa rakan blog yang berminat untuk ambil AWARD dari Pesona EWWK saya persilakan dengan ikhlas ya. Salam Ukuhuwa..
20 Pesona Kata Hati Mereka:
Siapakah blog yang FIRST melihat award s-dari saya ini, saya akan begitu menghargai dia hingga akhir hayatku, kerana bagiku dialah yang punya kesempatan melihat karyaku dan berkongsi denganku sesuatu yang ku gubah di maya ini.
Siapakah dia, pasti mencoret kata untuk blog Pesona EWWK.
Tahniah sebelumnya. Dan Syukran atasNya.
terima kasih banyak... dah baca entri ni awal2 dipostkan tadi.. blog dieyna masih belum tersenarai.. terharu sangat sebab dapat award ni.. Insya Allah akan ada entri khas atas pemberian award ni.. Salam perkenalan daripada saya.. Mungkin juga kita ni rakan sejawatan yer...??
salam
datang nak amik award ni cikgu...terima kasih tak terhingga keran abegitu menghargai persahabatan maya ini...
Wasalam..
Alhamdulillah baru solat mghrib. Syukran.
Rupanya dia ( Kamsiah ) yang terdahulu. Tahniah.
"Ya Allah berilah keluarga Kamsiah kesihatan, murah rezeki, kebahagiaan dan kelapangan masa serta jauhi mereka dari kerumitan hidup, himpunkan kami semua di akhirat serta tergolong sebagai hambaMu yang mendapat syafaat Nabi "
Amin ya rabbal alamin.
Terima kasih menerima award saya ya.
Rupanya dia ( Dieyna ) yang lebih terdahulu dari Kamsiah. Tahniah.
"Ya Allah berilah keluarga Dieyna dan keluarganya kesihatan, murah rezeki, kebahagiaan dan kelapangan masa serta jauhi mereka dari kerumitan hidup, himpunkan kami semua di akhirat serta tergolong sebagai hambaMu yang mendapat syafaat Nabi "
Amin ya rabbal alamin.
Saya dalam dunia pendidikan, saya & keluarga tak akan lupa anda berdua hingga bila2.Insyaallah
Terima kasih menerima award saya ya.
Terima kasih atas doa ini.. Setiap yang membacanya pasti turut sama mendoakan saya.. Terima kasih yer..
p/s : Kenapa pakai word verification yer..>??? Macam rumit skit nak komen hehe.. Sekadar teguran biasa...
Dieyna.
Inilah yg saya kurang faham, nak sangat buang, masih lemah dalam banyak perkara. Boleh tunjuk ajar..
Insyaallah saya akan cuba buangkan. kalau tak keberatan.mana satu yg nak klik tu agar hilang V tu
Assalamualaikum Cikgu..
Terima kasih atas pemberian award, sgt terharu Dan terima kasih. Cikgu benar2 telah menceriakan hari saya.
Moga persahabatan Maya ini bisa berkekalan . :)
Wasalam..DO
Sama2, ikhlas dari saya dan keluarga.
Semoga hasrat berbicara ilmu di maya global berterusan.
saya dah buat entri khas untuk soalan ini, jemput datang ke blog yer.. saya harap ianya membantu...
ada apa2 vtau saya yer.. kalau dapat dibantu insya Allah saya akan bantu..:)
Terima kasih atas pemberian award ni dan sudi memilih AGK...sangat gembira - saya telah buat N3 untuk nya...silalah berkunjung ke AGK
kalau dah berjaya buat, bagitau yer.. hehehe
Terima kasih awardnya uncle...sy sgt menghargainya... :)
Wah! tahniah pa, moga ada yang menghargainya..cantik award
Terima kasih Cikgu Zali...semoga ukhwah yg telah sekian lama terjalin bertambah kukuh dan diberkati...
Terima kasih... Saya sudah ambil award ni...
pounsikou cikgu, saya mungkin yang terakhir melihat award ini, saya akan menyimpan dan menghargainya di sepanjang hayatku...terima kasih banyak2...
Selamat petang Rommy..
Ya..kita antara blog kena saling berinteraksi ..belajar sesuatu yang baik. teruskan simpan kalau suka di blog ya..
Baru link ...baru buat rumah blog. ada yg tolong ..tahniah
Catat Ulasan