Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 26 Februari 2012

Variasi Program NILAM Peringkat Daerah & Peringkat Pedalaman Sabah..( seharian vs sabar )

Suasana ceria ruang utama BTP-PKG Keningau.
Guru pengiring menunggu dengan gaya / style
masing2. Paling pun Etuza membeca surat khabar.


السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Inilah antara guru pengiring peserta Program NILAM di peringkat Daerah serta di peringkat Bahagian Pedalaman Sabah pada 20bh Feb dan pada 22hb Feb 2012 minggu lalu. Julung kalinya sekolah Etuza mengikuti program NILAM ini, yang dianjurkan oleh BTP serta merupakan Program Tahunan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada 2011, sekolah Etuza mencatat sejarah apabila peserta unggul kami iaitu peserta perempuan mara ke peringkat negeri Sabah dan dinobatkan sebagai pemenang tempat ke 3. Pelajar itu kini telah melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah dan berjaya mendapat 5 A UPSR.

Tahun 2012 menampilkan adik Leon Alexy Likon, pelajar berusia 12 tahun dan muid tahun 6. Bercita-cita untuk menjadi seorang guru, berjaya dinobatkan sebagai naib johan Program NILAM peringkat Daerah Keningau, dan dinobatkan sekali lagi tempat ke 3 Program NILAM peringkat Bahagian Pedalaman Sabah.  Bagaimanapun Leon Alexy Likon telah berjaya melepasi rintangan untuk mara ke peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung di Sandakan Sabah seawal 5hb Mac 2012. Tahniah kepada Leon Alexy Likon kerana turut mengangkat sekolah Etuza bertugas, pastinya ada yang membanggai SK. Penagatan, Keningau.

Suasana gambar di atas itu, menggambarkan semua guru pengiring dari Daerah Tenom, Tambunan, Nabawan dan Keningau sabar dalam seharian menunggu program NILAM tamat pada hari itu. Antara guru pengiring ialah, Cg. Hardyanti Jubilek, Cg. Samuel Lantou, Cg. Innun Esit, Cg. Maryline Kamilus, Cg. Suhaila Madzin, Cg. Siti Rudziah Jukim dan Etuza sendiri. Ketua hakim yang dilantik ialah En. Abdul Wahip dari BTP-PKG Tenom.

Versi Program NILAM kali ini ada penambahan aktiviti yang dipertandingkan iaitu, peserta diuji dalam komunikasi dan penulisan Bahasa Inggeris serta Bahasa Malaysia. Ujian komunikasi berbentuk temubual secara satu persatu ( individual serta diuji kali yang terakhir dalam bentuk kumpulan, seperti ala-ala temuduga kemasukan ke Institut Perguruan Guru Malaysia. Maka inilah isi yang sangat penting dalam Program NILAM, pengalaman peserta diuji secantik ini pastinya akan menjadi panduan kepada kejayaan mereka dalam bersaing diarena pekerjaan nanti. Pengalaman seumpama ini akan dapat dimanfaatkan semasa temuduga mencari kerja nanti. Secara ringkas Program NILAM diuji:-
                 1. Bahasa Inggeris ( penulisan ) SK dan SM
                 2. Bahasa Malaysia ( Penulisan ) SK dan SM
                 3. Temuduga BI & BM ( individu)
                 4. temuduga berkumpulan ( 4 orang tiap kumpulan)
( Nah inilah aktiviti / cabaran kepada peserta )

Program NILAM,akhirnya selesai pada tepat jam 5 petang hari itu. Mujurlah ada disediakan makan minum kami. terima kasih BTP-PKG Keningau. Sebarang kesulitan dimasa-masa akan datang harap dapat dipertingkatkan agar kelancaran Program NILAM ini bertambah lancar dan berkesan.


Inilah peserta dar sekolah Etuza. Tahniah.
Cik Syamsiah Sikin Angkupus menyampaikan
sijil kemenagan adik Leon A L.
Etuza melaporkan.Tq


                                                             


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

11 Pesona Kata Hati Mereka: