ETUZA WARNA-WARNA KEHIDUPAN
Saudaraku..Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman & belajarlah memaafkan walau dirimu terluka...
السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Aduh! sekali lagi EWWk berubah rumah, ruang dan segenap kunci rahsianya. Ini disebabkan oleh Tuan Rumah EWWk keliru dan inginkan perubahan agar laman EWWK di arena maya tidak menyusahkan kawan-kawan blogger memasuki beberapa ruang rahsiah EWWK. Rupanya rumah maya ni yang dinamakan tamplate dan kod-kod xtml agak sensitif dan mudah hilang jika kita cuba memasuki ruang kod pada tamplate tertentu. Silap tekan semua musnah oleh sentuhan jejari.
Sejak dua hari yang lalu, hati EWWK merasa sedih dan bagaikan nak keluar air mata, sebab rumah atau tamlate jenis SKIN CORNER EWWK hilang dalam sekelip mata apabila EWWK mencuba memperbaiki ruang drop ulasan agar teman-teman blogger merasa senang dan happy memberikan sumbangan komen membina dalam menyokong laman maya EWWK ini. EWWK sesungguhnya amat gembira dengan kehadiran teman blogger, yang jauh dan dekat adalah sama dilayan oleh EWWK. Tamplate yang bertema kan gambar Masjid di Mekah menjadi pilihan EWWK lenyap bagaikan ditiup badai, bagaikan dihempas oleh ledakan banjir berlumpur. Hilang tanpa kesan, malah banyak info di laman EWWK yang hilang tanpa kesan. Pastilah amat-amat sedih jika kehilangan tamplate dan paparan laman blog yang sejak 2009 EWWK kendalikan hingga kini. Tamplate Skin Corner menjadi pilihan kerana mempunyai tiga ruang colum. 3 colum tamplate merupakan laman kegemaran ku, dan percaya atau tidak bahawa laman EWWK itu bagaikan rumah ku diangin lalu. Jika tidak berjaya memasuki pintu rumah mayaku dalam sehari pasti kerinduan menerpa jiwa EWWK.
EWWK punyai teman blogger yang sangat menyokong dan kreatif. Maka kerana itu EWWK tidak akan ketingglan menjenguk laman maya EWWK setiap hari tetapi haruslah melihat kesesuaian masa. Sayang seribu kali sayang, kerana jejak laman lama EWWK sukar dikesan kerana tidak di save terlebih dahulu. Inilah kelemahanku sebagai manusia yang lemah. Sungguh kini EWWK sangat merindui tamplate tiga colum itu. Hanya bayangan laman itu menjadi pengubat kesedihan ini. EWWK telah mendapatkan semula tamplate tiga colum skin corner tetapi apabila edit html ada ralat dan mesej bahawa blog saya tidak sesuai untuk tiga colum. Sehingga inilah paparan baru wajah EWWK, berbentuk dua colum serba putih dan berlatar belakangkan awan yang biru. Semoga EWWK dapat mencintai wajah laman baru ini, walau hakikatnya EWWK kurang menyukainya, tetapi apabila difikirkan kembali EWWK bersyukur sangat kepadaNya, kerana memberi ingat kepadaku agar lain kali berhati-hati.
Semoga teman blogger dapat menyenangi laman EWWK yang baru dan bersabar agar dapat menunggu EWWK linkkan laman kawan-kawan blogger Etuza yang sudah setia bersama EWWK di alam maya sejak 2009.Kepada kawan-kawan blogger yang tinggi pengalaman EWWK memohon agar ajarkan Etuza dalam memperbaiki mutu sebagai pemblogger secara suka rela dan sambilan ini. Kongsikan kepada EWWK apa -apa yang baik sebagai penggiat blogger peribadi.
Salam kasih sayang.
0 Pesona Kata Hati Mereka:
Catat Ulasan