Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 22 Februari 2012

Keabadian cinta dan seri warna hidupku..



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Dialah yang mengisi kekosongan hatiku,dialah yang mencuri nilai cinta dan kasih sayang dari lubuk hatiku, dialah yang menjerat kerinduan yang dalam bermakna dijiwaku dan dialah yang menjadikan aku seorang perindu dan wajahnya menganggu tiap hari-hariku.

Kadangkala aku berfikir, siapa aku untuk merinduinya, kerana aku tahu dia bak bunga merekah di sebuah taman yang indah, dan aku tahu sangat-sangat bahawa jangan cuba mendekati bunga yang sedang kembang jika hanya berniat merosakkan seri warna bunga itu. Bunga yang seindah itu ditambah pula dengan serinya yang menawan, maka siapapun tertawan untuk melihatnya. Sungguh berat rasa hati menanggung semua rasa aneh dalam jiwaku kala terpanah oleh rasa cinta dan menyayangi yang sukarku padam untuknya suatu waktu.

Inilah yang dikatakan cinta sudah memanah hati, cinta dan sayang yang menjerat rasa kalbu seorang lelaki seperti aku. Aku bertanya mengapa dia yang mengisi seluruh ruang rasaku, mengapa wajah dia yang menyelinap mewarnai nilai cinta ke sukma jiwaku. Semakin lama terasa semakin berat kurasakan dan bagaikan pedih dan menyakitkan jika tidak terluah detik itu jua. Aku gagahi diri, mengutip seluruh keyakinan, melihat susuk tubuhku dan menilai diri mana yang ada bahawa benar-benarkah aku layak untuknya, kerana aku sudah nekad untuk mencuba menghampiri bunga di taman itu. Aku cuba jua menyatakan bahawa inilah rasa yang dihembus oleh hawa nafsu atau kah dari bisikan kejahatan, tetapi aku tidak berdaya membuang rasa ini, aku gagal dalam mempertahankan keangkuhan seorang lelaki. Bermakna aku tewas oleh panahan cinta yang mengejut memetik kesukma ini.

Dialah, dialah dan dialah...meskipun aku bukan banyak kekurangan diri, jauh sekali tentang kemewahan hidup, tetapi kerana dia aku berubah menjadi seorang yang berani. Aku sudah tahu bahawa ilham rasa cinta dan ingin menyayangi dan disayangi ini adalah dariNya, justeru aku tidak akan bersalah jika aku bawa rasa beraniku menyatakan segalanya rahsia hatiku padanya.Arh!! leganya detik itu, tetapi masa demi masa berlalu, ungkapan kata "Aku menerimamu dan aku juga jatuh cinta" belum terukir dibibirnya akhirnya menjerat aku lagi ke ruang kegelisahan yang tidak menentu. Aduh!!! hebatnya panahan cinta ini. Iss!!! mengapa sekarang dalam usia semuda aku, aku terjerat oleh cinta ini.
Saban waktu aku menunggu, aku tidak pernah lupa detik pertemuan yang indah secara tidak sengaja di pagi sore. Mataku dan matanya bertembung di arena pandangan yang dipisahkan oleh maya udara dan sinar mentari pagi. Sejak itu, jiwa lelaki ini bergelora tanpa henti, sehinggalah pada suatu detik terungkaplah sebuah madah katanya "aku jua sudah lama mengintai wajahmu, aku cinta padamu sebagai cinta pandang pertama, matamu yang menawan dan menarik amat menusuk ke sukmaku". Ya Allah..alhamdulillah rupanya dia sudah lama menunggu cintaku, menunggu sayangku dan rinduku ini. Ya Tuhan seru sekalian alam..sirnalah derita, teranglah duniaku, gagahlah aku sebagai lelaki yang telah dicintai oleh dia wanita dari tulang rusukku yakni kaum Adam dan hambaMu. Rupanya aku yang engkau takdirkan menjaga bunga itu, menjaga pagar berduri itu agar bunga yang kembang di taman mengharum apabila hadirnya kumbang mewarnai dunianya. Dan aku ingat bahawa detik itu usiaku baru mencecah di usia 20 tahun. Heh!! pandai dah bercinta....hehe. Dilah rusuk tulang yang kini bergelar permainsuri hati ku untuk selamanya. InsyaAllah..
Dialah kini juitaku, mawarku dan mama kepada zuriatku. Aku menyayanginya setulus hati,kehadrian cinta ini segar mekar dan kian berseri apabila adanya tiga puteri cahaya hatiku dan empat putera perkasa memayng bersama seri warna cintaku. Syukran dan alhamdulillah abadilah cinta ini atas restuMu dan redhaMu jua. Kepada yang membaca wadahku ini...inilah cerita ku dan percaya dialah cintaku pandang pertama. Hiduplah cinta ini, mekarlah bunga kasih dan abadilah cinta dua hati menyatulah rasa ikhlas selama-lamanya.

                                                             


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

18 Pesona Kata Hati Mereka: