Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 10 Mac 2011

Kerana Ikhlas - Bersangka baiklah..





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Sebagai kakitangan kerajaan dan sebagai pekerja dalam sesebuah organisasi, maka seseorang yang telah dilantik dengan tidak mengira lelaki dan wanita perlu bekerja dengan ikhlas hati. Sebagai imbalan imbuhan yang telah termaktub bahawa selepas sebulan kita membuat khidmat kita akan dibayar sewajarnya dan seadilnya sebagaimana yang kita persetujui bahawa kita akur keraian gaji yang terdahulu kita telah ketahui semasa kita membuat permohonan terhadap kerja dibidang yang kita ceburi.

Bila kita bekerja lalu kita mendapat imbuhan itu tepat masanya, kita wajib bersyukur  kepadaNya  dan berterima kasih kepada kerajaan, mengapa tidak? Kerana kita telah mendapat habuan yang kita nantikan setiap hujung bulan iaitu "GAJI". Berapa sangat gaji itu juga wajib kita syukuri, sekecil manapun wajib kita syukuri, kerana dengan nilai gaji kita, kita akan mampu mendapatkan bahan keperluan yang kita kehendaki. Maka dari itu kita sewajarnya sentiasa ikhlas dalam menyelesaikananya.

Bekerjalah dengan penuh tanggungjawab kerana memang kerja - kerja yang kita lakukan seharian di dalam sesebuah organisasi dan di mana juga organisasi itu, adalah wajib dilakukan kerana melibatkan ekonomi kita. Bekerjalah dengan cara yang relex dan membuang perasaan tertekan di dalam  organisasi itu. Bekerjalah dengan IKHLAS, kerana jika tidak ikhlas apa sahaja yang kita lakukan akan kelihatan tidak sempurna dan kita akan merasa kurang berpuashati. Adalah menjadi satu kesilapan besar jika kita melayani hati, dengan meninggalkan kerja - kerja rutin kita di sesebuah sektor. Percayalah bahawa dengan ketidak ikhlasan itu maka sedikit sebanyak organisasi kita akan goyah dan terdapat individu lain yang akan rugi dan tidak mendapat manfaat.

Orang yang ikhlas akan bekerja tanpa diarah khasnya pada bidang tugasnya. Buatlah kerja-kerja dengan penuh hemah dan didikasi. Insyaallah kerja yang kita lakukan itu akan selesai walaupun mungkin orang lain tidan berpuas hati. Ikhlas di hati  akan menzahirkan hasil kerja yang baik. Ikhlas di hati akan menjadikan diri kita sentiasa berwaspada menjauhkan diri dari pelbagai perkara yang merugikan.  Maka sebagai kesimpulannya marilah sentiasa ikhlas dalam apa juga amal dan perbuatan kita.
                                                                                      




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

3 Pesona Kata Hati Mereka:

apdm berkata...

salam

elok jika semua fikir macam ni, ini tidak,asik fikir bonus je.

Unknown berkata...

iya..inilah yg patut kita pertahankan keikhlasan...dalam berpada dan tidak terlalu over....relax..

Unknown berkata...

sis syira tq ..