Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 13 Mac 2011

Akan tiba juga saat yang dinanti...tunggu sajalah...


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam ikhlas dari saya kepada semua yang masih sudi berkunjung ke laman etuza warna kehidupan. Laman yang tidak seindah ini. Namun saya amat-amat bangga dan gembira kerana nampaknya masih ada yang sudi menjengah melihat taman ilmu di laman ini.

Sejak beberapa hari ini, jiwa ini merasakan getar perasaan risau dan bimbang. Risau dan bimbang ini tidak akan pergi dari jiwa ini selagi masa dan saat yang dinanti belum tiba didepan mata. Bukan saya saja merasakan ini tetapi semua ibubapa di mana-mana juga. Namun kepada ibubapa yang sibuk hingga melupakan tanggungjawab terhadap anak-anak, sehingga lupa bahawa anaknya mengambil peperiksaan SPM tahun ini..itu amat-amat menyedihkan sekali.Pada saya menanti keputusan SPM 2010 itu wajib bagiku. Inilah masa depan anak untuk melangkah ke hadapan selepas melihat keputusan SPM.

Akan tiba juga saat yang dinantikan itu. Pasti...dan semoga Allah mendengar tiap lafaz doaku dan doa anak-anak memohon keberkatan ilmu dan memberikan kejayaan kepada anak-anak yang mengambil SPM. Tiada daya kami ya Allah selain mengharap restu dan kasih sayangMu agar kami sentiasa diberi kesabaran dan keimanan kepadaMu. Apapun keputusan yang anak kami dapat kami terima dengan hati yang rela. Namun dalam hati ini mengharap agar berilah yang terbaik kepada anak kami. Berilah peluang baginya mengecapi kejayaan. Berilah ketabahan dan rasa keakuran ke jiwa kami semua agar mampu menerima hakikat.Semoga anak kami berjaya dengan cemerlang SPM 2010.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

2 Pesona Kata Hati Mereka:

mohdrusli berkata...

semoga berjaya dunia akhirat

Unknown berkata...

Salam Ustaz..terima kasih doa..sebagai ibubapa..anak adalah amanah..