Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 16 Mac 2011

Terima kasih hanya kata ini mampu diucapkan.. kepada laman Detik Indah Dalam Hidupku & The epic of life's journey..



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Tidak dinafikan lagi bahawa, saya memang tidak boleh jika tidak membaca di blog saya sendiri apabila melayari internet. Banyak info atau berita yang saya akan dapat ketahui apabila melayari internet. Betul! saya kurang menulis dan publish gambar-gambar namun sesungguhnya saya tetap seorang yang dahagakan ilmu baru dan paling tidak saya akan membaca artikel kawan-kawan sesama blogger. 
Sebab itu, saya hendak ucapkan ucapan TERIMA KASIH kepada pemilik laman Detik indah dalam hidupku & dan  The epic of life's journey. Mereka menyedarkan saya tentang kelemahan saya dalam bidang komputer. Memang saya tahu awal-awal benda yang menggangu paparan laman saya Etuza warna kehidupan iaitu sejenis Virus dari akibat saya memasuki satu laman yang hemm! tidak payahlah saya nyatakan. Rupanya saya yang silap hingga gangguan itu berlarutan. Kepada kawan-kawan saya memohon maaf jika ada gangguan selepas memasuki laman saya. 

Saya sudah format pc saya, keluarkan wang kos semua perbelanjaan pembaikan ( service ) tetapi gangguan itu masih wujud. Alamak! rupanya saya telah silap besar dengan  menambah laman itu ke ruang list blog kegemaran saya, padahal laman itu memang tidak boleh dilayari, mungkin kerana mempunyai virus. Harap- harap selepas membuang laman itu kawan-kawan dapat membaca mana-mana info penting di dalam blog Etuza ini. 

TERIMA KASIH istemewa untuk KAMSIAH blog 
& TERIMA KASIH istemewa untuk CHOY blog.
Anda tetap dalam ingatanku...
*kawan yang baik adalah kawan yang sudi memberitahu...



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

Banyak2 terima kasih ..Choy sangat baik ya..