Bagaimana lagi hendak mengelak...batu kecil mengena kepala
sudah sakit bukan kepalang..inikan pula bangunan dan runtuhan
batu-bata..Maha besar Allah..
Punah ranah..lihatlah, marilah merenungi siapa yang
melaksanakan fenomena alam ini, Ya Allah..segalanya
Engkaulah yang maha tahu..
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Berita Terkini Gempa Bumi dan Tsunami, Jepun 11 Mac 2011 l Hotline Bilik Operasi Wisma Putra Diaktifkan.
Pada hari Jumaat, 11 Mac 2011 satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala richter telah berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun dan kemudiannya mencetuskan tsunami setinggi 10 meter. Gempa bumi tersebut berlaku kira-kira pada pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian.
Dan berita pada awal malam menyatakan bahawa pada hari ke 6 atau pada 16.03.2011 masih berlaku gempa bumi di Bumi Jepun. Laut bergelora dan kematian semakin meningkat. Bagaimana hendak melawan takdir Allah ini, bagaikan satu kuasa yang mahu membuka mata manusia di seluruh Dunia bahawa bayangan hari akhir zaman adalah seumpama ini, malah lebih dahyasat lagi dengan sekelip mata Bumi kita punah ranah dan hangus. Bayangkan...lihat ini baru di Jepun, jika seluruh alam semesta...di manakah hendak kita melarikan diri. Sudah pasti kita hanya mampu berserah diri kepadaNya. Kerdil sungguh diri ini wahai Allah, tidak berdaya rasanya mengalaminya, namun kami datang dengan kuasaMu maka kami akan diambil dengan kuasaMu juga.
1 Pesona Kata Hati Mereka:
salam uncle Etuza..
lame btol x usha blog uncle..
aftershock quakes mmg ambil masa skit nk btol2 kurng..
mugkin dlm 3,4 bulan jgak.
pg td pon ade lg earthquakes, kt Honshu, 6.2 skala richter..
details-->http://earthquake.usgs.gov/earthquakes/recenteqsww/Quakes/usc0002fj4.php
mehmed pon baru je post
http://mehmedia.blogspot.com/2011/03/gempa-bumi-berlaku-ratusan-kali-dlm.html
Catat Ulasan