Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 8 Oktober 2010

Ku memohon ampun kepadaMu ya Allah..sesungguhnya aku tidak sempurna.

    
  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

      Syukur ku pohonkan kepadaMu ya Allah, Engkau masih mengurniakan kehidupan yang indah ini kepada diriku, dan kehidupan yang indah ini sedang kami kongsikan dengan anak-anak, saudara mara dan teman-teman di sekelilingku. Usia ku yang kini mencecah angka 4 di hadapannya juga merupakan amanahMu, peluang yang engkau beri padaku. Kemudian pelbagai lagi anugerahMu, Engkau hadirkan teman-teman dekat dan jauh ke arah dekatku...semuanya bisa melakar warna dalam kalbu ini.

       Tetapi pada masa ini ya Allah hu alam, aku merasa hasutan membisik ini amat menggangu emosiku. Mungkin ada benda yang menyakiti hati lelaki ini, tetapi kenapa aku melayannya hingga aku sendiri merasakan aku tega merosakkan jiwaku, hatiku dan keperibadianku. Memang aku pernah di sakiti selama ini, kadang tanpa disedari juga aku menyakiti orang lain tanpa aku sedar. Aku tahu benar keadaan ini. Ya Allah tolonglah ya Allah sirnakan keegoan ini, aku sudah berusia, saya harap orang-orang di sekelilingku memahami bahawa di usia seperti aku banyak perkara yang di rasa berbentuk tenaga yang tidak lagi se gah dahulu, berbanding dengan orang muda belia. Tetapi semangat bekerja kuat itu tetap mengisi ruang jiwa ini. Mungkin kerana rezeki dan periuk nasiku berada dalam arena ini, maka semangat yang ku pegang sejak dulu tidak pernah sirna oleh usia ini.

     Wahai Allah..binasakan tipu daya syaitan membisik ini, hapuskan ya Allah. Ya Allah ampuni dosaku, tolongi daku ya Allah. Sesungguhnya aku manusia yang tidak sempurna, maka ampunkan dosa-dosaku padaMu. Hanya kepadaMu tempatku mengadu dan memohon. Amin ya rabbal alamin.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

3 Pesona Kata Hati Mereka:

mastinah berkata...

salam uncle.. tersentuh saya membaca entry uncle kali ni. Em,kita tidak perlu menjadi sempurna kerana sempurna itu hanya milik Allah YAng Esa. Cukup sekadar kita menjadi yang terbaik sebagai hambaNya. Fitrah manusia memiliki perasaan macam tu. Itu adalah ujian dari Allah s.w.t menguji sejauh mana kebergantungan kita padaNya tatkala kita menghadapi situasi macam ni.
Ingat Allah banyak2..
Firman Allah: "Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu." (al-Baqarah:152. La Tahzan. Inna ALLAH ma'ak.

sama2 kita muhasabah diri.

Unknown berkata...

Wasalam..Mas
Syukran termasi sangat2 dtg menyokong dan memberi khabaran ini. Benar apa yang mas katakan.
Entahlah mas...kadang2 kita buat yg terbaik tetapi ada yg tidak memandang,seolah menutup mata dan minda yg akhirnya yg terbaik menjadi buangan dan di nista. hal ini mematahkan semangatku.

Aku tewas dan akhirnya bermonolog sebegitu. Pcik yakin Dia denagr doaku tu Mas. Ya Allah kuatkan imanku.
Terima kasih kata2 azimat. Ya Allah berilah kebahagiaan pada insan bernama Mastina. amin

Unknown berkata...

Entry ni worth reading:

http://fdausamad.blogspot.com/2010/10/maher-zain-ni-sunni-ke-syiah.html

http://fdausamad.blogspot.com/2010/10/metafora-sarcacsm-sound-derek-dan.html

Serious!