Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 8 Oktober 2010

Ku memohon ampun kepadaMu ya Allah..sesungguhnya aku tidak sempurna.

    
  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

      Syukur ku pohonkan kepadaMu ya Allah, Engkau masih mengurniakan kehidupan yang indah ini kepada diriku, dan kehidupan yang indah ini sedang kami kongsikan dengan anak-anak, saudara mara dan teman-teman di sekelilingku. Usia ku yang kini mencecah angka 4 di hadapannya juga merupakan amanahMu, peluang yang engkau beri padaku. Kemudian pelbagai lagi anugerahMu, Engkau hadirkan teman-teman dekat dan jauh ke arah dekatku...semuanya bisa melakar warna dalam kalbu ini.

       Tetapi pada masa ini ya Allah hu alam, aku merasa hasutan membisik ini amat menggangu emosiku. Mungkin ada benda yang menyakiti hati lelaki ini, tetapi kenapa aku melayannya hingga aku sendiri merasakan aku tega merosakkan jiwaku, hatiku dan keperibadianku. Memang aku pernah di sakiti selama ini, kadang tanpa disedari juga aku menyakiti orang lain tanpa aku sedar. Aku tahu benar keadaan ini. Ya Allah tolonglah ya Allah sirnakan keegoan ini, aku sudah berusia, saya harap orang-orang di sekelilingku memahami bahawa di usia seperti aku banyak perkara yang di rasa berbentuk tenaga yang tidak lagi se gah dahulu, berbanding dengan orang muda belia. Tetapi semangat bekerja kuat itu tetap mengisi ruang jiwa ini. Mungkin kerana rezeki dan periuk nasiku berada dalam arena ini, maka semangat yang ku pegang sejak dulu tidak pernah sirna oleh usia ini.

     Wahai Allah..binasakan tipu daya syaitan membisik ini, hapuskan ya Allah. Ya Allah ampuni dosaku, tolongi daku ya Allah. Sesungguhnya aku manusia yang tidak sempurna, maka ampunkan dosa-dosaku padaMu. Hanya kepadaMu tempatku mengadu dan memohon. Amin ya rabbal alamin.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

3 Pesona Kata Hati Mereka: