السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya :-
"Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawap, aku mahu mencari lima orang:-
1. Orang yang meninggalkan sembahyang.
2. Orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
3. Orang yang derhaka kepada ibubapanya.
4. Orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
5. Orang yang suka minum arak.
Kepada semua marilah merenungi hakikat sebenar ini bahawa jika kita meninggalkan perkara wajib kita akan dimurkai Allah. Sesungguhnya Dialah yang wajib kita sembah, tiada tuhan melainkan Allah seru sekalian alam dan tiada nabi akhir zaman selain nabi Junjungan Muhammad rasulullah. Marilah menambah iman dan taqwa. Lenyapkan kegiatan yang merosakkan akidah. Saya ucapkan terima kasih kepada saudara Alif syukran kepadaMu ya Allah memberi ruang waktuku untuk membaca dan mendapat manfaat.
2 Pesona Kata Hati Mereka:
Salam...
Moga cikgu sihat hendaknya..
Peliharalah solat kerana sesungguhnya solat itu menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat..
wasalam Araz.
Terima kasih nasihat, sokongan yg ikhlas. Insyaallah..
Catat Ulasan