Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 11 Oktober 2010

Kemanapun ku pergi...mintalah rahmatMu..

         السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
      
      Menerusi pengamatanku pada roda hidup yang ku pandu, ternyata banyak waktu aku terlena dan terbuai oleh kelalaian. Sedangkan ku tahu apa yang ku buat selama ini tidak mendatangkan kebaikan dan tidak mengarah banyak kebaikan dalam dalam pola hidupku.

        Ku menangisi masa yang terbuang tersisa tanpa pengisian yang terbaik untukku di dunia ini, padahal amal2an yang baik itu perlu ku laksanakan pada masa kesempatan ini.  Sungguh ku tertipu dengan tipu daya bisikan duniawi. Ku terbuai oleh keseronokan yang melekakan , menghanyutkan keimanan hingga tersasar.

         Ku teliti  tiap apa yang ku buat, rupanya bukan untuk menambahkan iman dan taqwa, tetapi menyarung titik noda dalam jiwaku nubariku yang bersandar pada lelaki ini. Ayuhai masa ku yang telah berlalu, engkau bagai tertawa membuai ku hingga alpa. Astagfirullahialazim..ampunilah ku ya Allah, ampunilah dosa2ku ini. Ku sedar kini bahawa ada damai, tenang dan Kau bersamaku kala pengisian masaku berilah rahmatMu kemana2 ku seru namaMu kerana Engkaulah yang Satu seru sekalian alam.

"Budi pekerti Rasulullah s.a.w adalah al-quran" ( Rawahu Muslim)
     

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

5 Pesona Kata Hati Mereka:

ainhany berkata...

salam etuza,

insyaALLAH selepas kita mengetahui silap semalam, masih ade waktu utk bertaubat dan mnghargai nikmat yang ada tika ini.

seringkali kita terleka,
masih adakah esok
yang belum pasti
milik siapa

seringlah kita ingt mngingat.semuga berada di landasn Ilahi. AMIN

Kamsiah yusoff berkata...

jgn terus terlalai hingga kita dipanggil pulang...bertaubat,bermuhasabah diri...sekerap mungkin...agar segera tersedar dari kealpaan..

pusat sumber sekolah skpk berkata...

Wasalam ainhany..
Betul ...kita kekadang ada masa terleka, hingga yg wajib tertangguh. lepas itu kepada yg dapat melihat padahnya melalaikan diri akan terus bertaubat dan akan terus merapikan masa demi kerana Allah. hanya 1 alangkah pedihnya siksa api jahanam. Wallahualam..
Syukran trmasi ...semoga kita tidak tergolong di kalangan yg lalai. amin

pusat sumber sekolah skpk berkata...

Iya ..terima kasih ingatan dari sahabat blogg saya kamsiah.
betul bila2 masa akan menjemput. Sebab itu ada rasa terlalu rendah diri di hadapanNya ..kita lah yang wajib membesarkan Allah. Syukran..moga keluarga kamsiah sihat dan selamat dunia akhirat. Amin

Unknown berkata...

Salam kamsiah & ainhany..
Syukurlah kita semua masih dalam peliharaanNya. amin