Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 18 Oktober 2010

Pesaing yang sihat & Pelapis tahun hadapan


Baner & Alat Kebudayaan Etnik Sabah
Peserta SKPK ke karnival Bahasa Kadazandusun
pada 14hb Okt 2010
Nazmi Gitol, Falvian Hendry & Mohd Ismat Afif
mencuba bakat dalam Bahasa kadazandusun
Etuza mendaftarkan peserta karnival BKD gerak
saga peringkat Daerah Keningau.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Pada 14hb Oktober 2010 Program Karnival Bahasa kadazandusun peringkat Daerah Keningau telah dilangsungkan di SM Gunsanad 2 Keningau, Sabah. Program ini merupakan Program Gerak Saga Pendidikan Bahasa kadazandusun Jabatan Pendidikan Daerah Keningau pada tahun 2010 yang telah dipengerusikan oleh Pn Satunia Daiman seorang guru wanita di SM Keningau 1.

Bahasa Kadazandusun sejak tahun yang lalu telah diserapkan ke dalam sukatan pelajaran oleh KPM, maka sewajarnya ini merupakan kebanggaan rakyat negeri di bawah bayu yakni orang-orang Sabahan. Untuk mendukung hasrat KPM agar BKD sebagai satu bahasa tempatan di Sabah tidak pupus maka bahasa ini wajib dipelajari dan merupakan bahasa pilihan di setiap sekolah. Dengan itu juga PPD daerah Keningau merancang program Gerak Saga BKD yang telah berlangsung gilang gemilang di SM Gunsanad 2 baru-baru ini.

Antara aktiviti yang dipertandingkan di peringkat sekolah rendah menengah ialah pertandingan sisindiron ( bersajak ) tukadan ( teka teki) manangon ( bercerita) mambasa abal ( membaca akhbar) sundait ( perumpamaan). Peserta di setiap sekolah nampak begitu bersaing termasuk peserta SKPK yang memberikan saingan hebat, cuma peserta dari SKPK tewas dari segi cerita yang terlalu pendek dan kekurangan gaya ketika di pentas. Penyertaan terunggul SKPK ternyata membuahkan hasil apabila Nuranis Suraya Deikin muncul Naib Johan dalam acara mambasa abal (membaca akhbar). Manakala Mohd Ismat Afif putera penulis ( etuza ) hanya berpuas hati sebagai penerima saguhati dan mendapat sijil penyertaan.

Sebagai murid seharusnya bijak merebut peluang agar dapat mengharumkan nama sekolah dan dapat mengasah bakat. Seorang murid SKPK iaitu Falvian Hendry murid tahun 4 Bijak  yang pertama kalinya menyertai acara dalam bentuk pertandingan seperti bercerita berjaya menyampaikan cerita dalam BKD dengan baik tanpa tersekat. Inilah satu bukti bahawa sesiapapun sebenarnya BOLEH jika kita gilap bakat terpendam murid serta guru tidak menyandarkan kepada murid yang punya pengalaman banyak ke sesuatu pertandingan. Syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan peserta pesaing pertandingan di karnival BKD Gerak Saga SKPK iaitu Anis, Afif, Nazmi, Falvian & Loreeta. Inilah satu memori SKPK tahun 2010. Dan pastinya pada tahun 2011 mereka akan menjadi pelapis ke acara ini lagi. semoga dipanjangkan usia dan berkesempatan untuk tujuan itu.

Tahniah & syukran.




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

5 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

wah! mcm2 aktiviti! bestnyer... msa sy sekola dlu xde plak aktiviti2 mcm ni?

Unknown berkata...

Salam..
Nick..aktiviti yang ada kaitan dengan kebudayaan orang Sabah.Ini mengenai bahasa kadazandusun. Hehe bagus ni seronok nampak beberapa alat tradisional. Dpt kongsi aktiviti kami ya..

Abd Razak berkata...

Salam cikgu...

Tahniah kepada semua yang terlibat..

Unknown berkata...

Wasalam Araz..
Syukran dan terima kasih ya..adalah sedikit info budaya kami orang2 kadazandusun di Sabah ni..

Akhwan Afandi Zulkifli berkata...

Salam Perkenalan...Isai ngaran nuh/ Obuleh berkanalan?
Osonong oku id hitti, Nunuh khabar nuh... osonong-sonong?... Oku id Kuantan, Pahang, Kudik-kudik oku opandai memboros dusun..