Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 4 Oktober 2010

Puasa boleh mengubati gejala penyakit dan meningkatkan kesihatan badan.

          
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

      Penuaan ialah pertumbuhan semula jadi bagi seseorang. Tubuh manusia bergantung pada pembaharuan sel-selnya secara semula daripada bentuk asalnya. Namun, hasil proses ini langsung tidak sama dengan bentuk asalnya. Ada dua faktor utama mempengaruhi terjadinya penuaan. Faktor pertama adalah sesuatu yang tidak dapat di hindari oleh sesiappun kerana hal itu berkait dengan susunan genetik manusia. Faktor pertama boleh dilihat pada berhentinya putaran haid bagi wanita dan terjadinya gugur rambut hingga banyak kepada lelaki. Perubahan-perubahan seperti itu adalah diluar kemampuan manusia.

         Faktor kedua berpunca daripada berbagai-bagai penyakit yang membunuh seperti kanser., serangan sakit jantung dan strok. Semua penyakit ini bermula daripada pengumpulan lemak yang diistilahkan sebagai kalori yang berbahaya atau kolestrol. Faktor inilah yang diusahakan oleh para bijak pandai bagi dikuasai ataupun dikendalikan. Pendapat umum berkaitan dengan hal ini adalah eksperimen terapi melalui puasa menjadi bidang pengkajian para pengkaji pada masa akan datang. Alasannya perawatan cara berpuasa sudah menjadi salah satu metodologi terpenting dalam usaha mencegah penyakit yang disebutkan di atas.

         Tidak dapat di sangkal lagi bahawa dengan berpuasa akan membantu seseorang meningkatkan tahap kesihatan, apabila pelbagai penyakit yang merbahaya jauh daripada kita hanya dengan cara berpuasa sahaja. Usus kita yang tidak pernah berhenti memproses pelbagai makanan kita akan dapat berehat dan dibersihkan apabila kita berpuasa. Sebagai impak yang lain ialah kita akan mendapat keredaan dari Allah apabila kita merasakan kesakita ketika berlapar dahaga. Kita dapat mendekatkan diri dengan Allah apabila kita ikhlas melakukan ibadah puasa.  Justru itu, kita juga akan mampu mengurangkan kadar cepatnya penuaan kita. Kita memang tidak lari dari kelaziman bahawa manusia siapapun akan mengalami hari tua. Tetapi setidak-tidaknya kita dapat menahan hari-hari itu atas kurnia Allah apabila kita melakukan puasa yakni mengurangkan memakan makanan, kerana di nyatakan bahawa berpuasa dapat merehatkan usus bekerja secara langsung kita telah berjaya membuang toksik dan lelamak kita itu hingga menimbulkan rasa selesa dan sihat walafiat.

Wallahualam. Puasa 6 dibulan Syawal semakin melabuhkan tirainya.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

6 Pesona Kata Hati Mereka:

mastinah berkata...

salam uncle,
artikel yg baik untuk santapan rohani.. puasa ni banyak fadilatnya. So, sahabat2 yg belum berpuasa sunat syawal tu, jom puasa....=)

Kamsiah yusoff berkata...

salam sahabatku
tak dinafikan,berpuasa amat baik utk kesihatan..tak perlu berdiet...tp jgn terlebih makan semasa berbuka pulak...

Unknown berkata...

Wasalam mas..
alhamdulillah kemarin genap 6 berturut2 puasa saya..berbanding tahun lalu selang seli..tahun ini tiap2 hari 6 kali. Pcik nampak cobaannya besar, derita lapar lain. Hari ini agak panas badan ni, rasa macam demam tapi tak juga.Semoga puasa sya x sia2. betul imbalannya besar..

Unknown berkata...

Wasalam.
kamsiah..iya tq nasihatnya, semakin kecil saiz pula saya makan. Alhmadulillah.Tq masih menjalinkan persahabatan islamia..

Abd Razak berkata...

Salam...

Moga cikgu sihat hendaknya..

Sungguh berpuasa itu ada kebaikan yang sangat besar di dalamnya.

Seperti sabda Rasulullah s.a.w. Berpuasalah kamu agar kamu sihat”.

Demikianlah bunyi hadis Nabi yang menerangkan keutamaan puasa untuk menjaga kesihatan, baik kesihatan jasmani mau pun kesihatan rohani.

Unknown berkata...

Wasalam Araz..di Sarawak..
Alhamdulillah..ada kesempatan jg Allah bagi pada saya tunaikan puasa 6 di bln Syawal.
Syukran Araz masih mengingati..kita teruskan usaha bermaklumat, memberi, membaca dan menerima dan akhirnya mengambil iktibar tauladan. Insyaallah..