Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 2 Oktober 2010

Selagi bergelar manusia, ada kesilapan



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Memberi dan menerima kemaafan itu antara sikap terpuji. Sedangkan Nabi mengampunkan umatnya, inikan pula kita manusia biasa yang tidak terlepas melakukan dosa dan kesilapan sesama manusia. Memaafkan mereka yang pernah melukakan hati memang bukanlah satu perkara yang mudah.
Namun seandainya kita ini mempunyai tahap keimanan yang tinggi terhadap Allah SWT  maka itu bukanlah satu perkara yang terlalu susah untuk dilakukan. Rendah diri, bersihkan hati dan terimalah kemaafan kita sesama manusia. Itu lebih bermakna daripada menyimpan dendam kesumat di hati. Kelak merosakkan diri sendiri. 
Dalam melalui kehidupan selagi bergelar manusiatidak akan lekang melakukan kesilapan sama ada kita sedar ataupun tidak. Sama ada terhadap diri sendiri ataupun orang lain. Jadi sudah menjadi lumrah apabila melakukan kesalahan mohonlah maaf dan ampun, dan sebagaio manusia kita juga perlu menerima kemaafan yang dihulurkan oelah seseorang itu.
Hidup lebih aman dan damai seandainya kita semua dapat mensucikan hati dan pastinya dapat mengelakkan permusuhan dan pertengkaran sesama sendiri. Dalam melakukan perkara itu semua haruslah adanya keikhlasan agar segala perbuatan baik itu akan dibalas jua dengan perkara yang baik oleh allah SWT. maka Syawal yang sudah menjelang dan kini kian melabuhkan tiranya ini adalah masayang terbaik untuk saling memaafi dan buanglah segala sengketayang bersarang di hati.

"Taubat yang sungguh-sungguh memadam api serakah" Salam alika 
    

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

4 Pesona Kata Hati Mereka:

Tanpa Nama berkata...

salam...

drpd Anas bin Malik r.a berkata bahawasanya Nabi s.a.w bersabda bahawasanya: "3 golongan yang mendapat kemanisan iman iaitu: Allah dan Rasulnya lebih dicintai daripada segala-galanya, seseorang yang mencintai orang lain kerana Allah, dan membenci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya sepertimana bencinya daripada terjerumus ke neraka."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sering kali persengketaan berlaku antara umat Islam itu sendiri kerana mereka tidak mengamalkan hadis sahih ini. Mereka tidak merasai kemanisan iman itu. Mereka selalunya mencintai dan menyayangi orang lain bukan kerana Allah ta'ala...Andaikan saja, CINTA KITA TERHADAP ORG LAIN ADALAH KERANA ALLAH,KERANA UNTUK MENCARI REDHA ALLAH, sudah pasti kita akan lebih menyayangi saudara2 kita dengan setulus hati. Bersedia utk berkorban demi mereka...

knpa prlu sy maafkan dia?bukan slh sy? acapkali kita menuturkan kata itu apabila berlaku perselisihan antara kita dengan sahabat kita dan sebagainya. Ketahuilah sahabat2, bumi ni milik Allah. Kita CUMA menumpang sebentar utk berteduh. Kenapa prlu bertingkah sesama kita? bukankah ianya membuang masa shja? alangkah baiknya, kalo kita berganding bahu menyelesaikan mslh umat yg makin meruncing mutakhir ini..
Sma2 kita fikirkn...=)

p/s: uncle...maaflah pnjg pulak komen sy kali ni...hehe =)

mastinah berkata...

salam..komen tanpa nama tu,sy sebenarnya..ntah napa jd tnpa nama pulak...=)

Unknown berkata...

Wasalam.. Mas.
Pcik baru ada masa ni..hari ini jauh berjalan ke SMKA Ranau. Lawat Kolam Air Panas Poring jam 7.00 ptng baru smpai daerah Keningau.
Mas..sekarang manusia di kuasai oleh nafsu,mereka sangguip membunuh pbila hilang pertimbangan yakni sukar memaafkan. Padalah paling mudah memadam api amarah, dengan cara ingat kehebatan Allah, ingat api neraka ..jika ingat itu pasti terbit belas ehsan.
Apapun ..insyaallah selagi ada insan seperti kita kasih sayang antara sesama berlandaskan redha dan rahmatNya pasti sedikit sebanyak ukhuwa dan dakwah islamiah dilaksanakan.
Maafilah insan biarpun mungkin dia lah yang bersalah. Kita maafkan demi keranaNya. Sesungguhnya Allah maha pengampun & pemurah..inikan pula kita manusia yg ditadbirNya. Wallahualam.

Unknown berkata...

Wasalam mas..x apa..teruskan melawat laman etuza warna..kita harus saling menyokong. Selagi ada kelapangan masa..tq