Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 29 September 2010

Program Isnpirasi Mahabbah di SMK. Agama Ranau memekarkan keyakinan dan iman


Kenangan putera etuza bersama kawan2nya

             Menandatangani & berbincang
prestasi puteri etuza.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
     
       Program Inspirasi Mahabbah di SMK Agama Ranau yang di adakan pada 23hb Sept 2010 bersamaan hari khamis merupakan Majlis ilmu yang paling bermakna kepada pelajar SEMEKAR dan ibubapa yang terlibat.  Program ini telah berjaya di adakan dengan penuh jaya dan lancar di mana tetamu jemputan adalah terdiri dari Pegawai ataupun Ketua Sektor Pendidikan Islam negeri Sabah, YDP PIBAGU dan semua ibubapa kepada pelajar SMK. Agama Ranau. Program Inspirasi Mahabbah telah berlangsung di tiga lokasi berasingan iaitu bertempat di Dewan As-Syafie sekolah dengan aktiviti menandatangani buku rekod pelajar dan sesi perbincangan dengan guru-guru berkenaan. Lokasi kedua ialah di Masjid Al- Bukhari dengan memuatkan aktiviti mendengar ucapan dan motivasi, acara bacaan Yasin, Sembahyang Zohor, acara Sembahyang Hajat dan terakhir acara bersalam-salaman dengan guru-guru, ibubapa dan pelajar yang terlibat PMR, SPM dan STPM. Semasa di Masjid Al- Bukhari juga telah diadakan penganugerahan AIR ZAM-ZAM kepada pelajar PMR, SPM dan STPM. Alhamdulillah sesungguhnya air zam-zam banyak fadilat dan nikmat yang tertentu. Lokasi ketiga adalah bertempat di Dewan makan di mana Hari Terbuka asrama & Jamuan Aidil Fitri telah di langsungkan dengan meletakkan En. Hairi Sulimat sebagai pengerusi acaran jamuan yang gilang gemilang ini. Sebagai ibubapa yang menghargai jasa dan pengorbanan guru kepada anak-anak saya sempat bersalam dan memeluk beberapa guru sekolah dan warden asrama. 

   Air Zam-Zam dihadiakan kepada pelajar
PMR. SPM & STPM               
      Setinggi-tinggi tahniah kepada Pn. Hajah Hafsah  Pengetua dengan gandingan mantap daripada semua warga SMK Agama Ranau, serta YDP PIBG atas kejayaan program yang sungguh besar ini. Pastinya kesan atau impak dari program ini amat besar maknanya ke dalam jiwa pelajar khususnya yang akan mengambil peperiksaan besar seperti PMR. SPM dan STPM tahun ini. Bacaan surah Yasin telah di ketuai oleh Ustaz Warimin dengan penuh khyusuk bersama semua jemaah. Pemudah cara majlis ilmu ini telah di lakukan oleh Ustaz Rezany Taufiq. Alhamdulillah majlis ini telah disempurnakan sehingga jam 1.30 petang. 

            Sesuatu yang menarik di majlis ini ialah pelancaran dan perasmian pemilihan pelajar elit SPM atau dengan gelaran lain Pelajar Bintang Harapan SPM 2010. Semoga pelajar yang terpilih itu menunjukkan komettmen dan usaha yang bersungguh-sungguh. Ibubapa yang terlibat juga seharusnya bersyukur apabila anak di bawah jagaan telah terpilih memasuki kumpulan elit SPM ini. Namun bukan bermakna pelajar yang tidak terpilih itu di abaikan tetapi mereka juga harus bersaing secara sihat. Kerana kata Pn. Hajah Pengetua SMK Agama Ranau, sesiapapun adalah layak ke kumpulan Elit jika ada usaha mendapatkan keputusan yang terbaik dan melepasi kelayakan sebagai pelajar Elit. Katanya gunakan masa yang terluang ini untuk membuktikan kejayaan dan memajukan prestasi peperiksaan PMR, SPM dan STPM tahun ini.

         Mengulas ucaptama dan motivasi dari Pegawai Sektor pendidikan Islam Negeri Sabah terdapat mesej yang ingin beliau sampaikan dengan amalan 5 perkara agar pelajar itu mendapat kejayaan dalam bidang pelajaran iaitu:-

 1. Ikhlas ( Pelajar dan sesiapa sahaja harus ikhlas )
 2. Tidak berputus asa ( rajin berusaha walaupun kadang-  kadang menemui kegagalan)
 3. Bertanggungjawab ( kepada diri sendiri, kepada guru kawan-kawan dan kepada ibubapa dan  kepada pelajaran )
4. Mengikut peraturan ( peraturan asrama dan sekolah, disiplin baik serta tidak menyebabkan masalah salah laku di sekolah dan di asrama, tidak menyakiti tidak bergaduh dengan kawan)
 5. Menjaga solat 5 waktu. Setiap masa solat datang awal dan berjemaah.
        Inilah kata-kata yang sangat berguna kepada pelajar dan ingatan kepada ibubapa juga agar tidak berputus asa dalam membantu sekolah mendidik anak-anak yang belajar di sekolah ini. Bagi penulis majlis seumpama ini amat menyentuh jiwanya, kerana inilah bukti pihak Semekar amat bertanggungjawab dan perihatin kepada semua pelajar asrama. Syukur alhamdulillah.

         Selain itu Pn Hajah Pengetua Semekar dalam ucapannya menjelaskan 14 perkara atau 14 program yang akan di laksanakan oleh SMK Agama Ranau dalam membantu pelajar lebih yakin untuk menjawab soalan peperiksaan besar tahun ini. Program ini sememangnya dikhususkan kepada pelajar elit , super elit sebagai langkah bijak dalam usaha dan hasrat Semekar menguasai keputusan straight A bagi pelajar sasaran. Beliau berkata bahawa hasrat itu juga adalah usaha memacu SEMEKAR sebuah sekolah agama yang terbaik di Negeri Sabah. Antara aktiviti yang termasuk di dalam 14 program itu katanya ialah,Smart Khem di Sungai Biru bagi pelajar elit SPM,  semoga program yang dirancang dapat menjelaskan kepada ibubapa dan pelajar bahawa sekolah ini amat bertanggungjawab demi memajukan prestasi peperiksaan yang lebih baik. Beliau akhirnya berharap dan menyeru kepada semua agar teruskan berdoa agar pelajar yang menghadapi PMR, SPM dan STPM 2010.<="" stpm="" strong="" yang="">

      Saya amat bersyukur berada dalam lingkungan majlis ini. Jika ada sesiapa yang terbaca 5 perkara yg di nayatakan oleh Pegawai dari JPI Negeri Sabah, tolong betulkan dengan menulis ke ruang komen. Terima kasih.

Saya sempat sembang ringkas dengan Tuan Aziz dan Ustaz
Jazlan. Syukur alhamdulillah mengenali mereka
Bersedia beratur untuk acara bersalaman
& bermaaf-maafan

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

9 Pesona Kata Hati Mereka:

Kamsiah yusoff berkata...

salam
saya suka mengikuti program mcm ni kat sekolah anak2...selain menambah pengetahuanv lm isu2 semasa pendidikan,ianya dpt jugak mengeratkan hubungan anatara ibubapa dgn guru2

Ustaz Abu Miftah berkata...

Assalaamu'alaikum wtb..

Sebagai sebuah pengalaman untuk dikongsi buat semua ibubapa.

Ustaz dulu memasuki SMK dengan pilihan ibubapa sendiri. Tambahan pula dgn latarbelakang keluarga yg kurang mampu ketika itu, jadi ustaz kira keputusan ayahbonda menghantar di asrama SUIS Pekan Tambunan dgn terpaksa mengikuti dua sesi pembelajaran yang berbeza disiplinnya. Pagi ke SMK Tambunan dan petangnya menadah buku-buku agama di SUI...

Dari pengalaman dan cakap2 rakan2 pelajar seguruan ketika itu, mereka terasa sangat terbeban dgn kaedah pembelajaran sebegitu. Itu memang kenyataan. Bayang saja, siang malam dgn study. Pagi ke SMK & petangnya dgn keletihan sdh berada dlm kelas agama pula. malamnya mengaji lagi d masjid n turun saja dr masjid usai solat isyak.. belajar mlm pula sampai pkl 10 mlm dan 'semuanya perlu dijalani dgn disiplin' yang ketat.

Logiknya... klu ibubapa skng lihat bebanan anak2 dgn disiplin sbegitu.. terdetik d hati 'kesiannya anak2ku'.. tidak blh ka guru-guru atau warden toleran. Bagi la mereka ruang masa dgn aktiviti yg santai...

Dulu, ustaz sendiri pun bermain dek akal dan hati juga 'rungutan-rungutan nakal' seperti kawan2 yg lain. Malah dgn persekitaran pembelajaran yg ketat sebegitu akhirnya ramai kengkawan yg 'lari' ke sekolah atau asrama biasa.

Alhamdulillah, tamat PMR n lulus cemerlang ujian sijil agama... saya dipelawa pula oleh almarhum ustaz utk sambung pembelajaran menengah d kelantan [Ma'ahad Arabiah Pasir Mas - Kelantan] dan saya menrima dengan seadaanya...

Menjejak kaki d kelantan... masuk Ma'ahad Arabiah dgn berbekal ilmu bahasa Arab yg amat cetek, ustaz berusaha juga untuk menjawab tentangan n cabaran almarhum ustaz..

bayangkan... di ma'ahad arabiah kami perlu menduduki ujian atau exam yang 'besar-besar' setiap tahun - tingkatan empat [SMU - Sijil Menengah Ugama], tingkatan lima [SPM], tingkatan 6 bwh [STU - Sijil Tinggi Ugama] dan ting. 6 atas dgn STPMnya... fuuuh.. begitulah rutin tahunan student2 aliran agama atau arab. Dah tu subjek utk SMU & STU lebih kurang 20 subjek yg hanya dipelajari dlm masa kurang 7 bulan.

Berat bukan... tapi percayalah! dlm belajar agama n akademik ada bezanya.. ada 'keberkatannya'. buktinya saban tahun student2 aliran agama n arablah yg ramai mendominasi keputusan cemerlang [seperti d kelantan, terengganu, kedah, pahang & johor]...

Ustaz juga alhamdulillah sempat mencatat nama antara pelajar cemerlang STU seluruh kelantan pd tahun 1998.. syukur kpd almarhum ustazku, ibubapaku dan rakan2ku yang menyokong...

Sesungguhnya ustaz percaya... sebenarnya ada suatu nilai tambah yg dapat diperankan dan dimainkan oleh SMKA atau sekolah aliran agama yang tidak dpt disalur oleh asrama SMK biasa... sekurang2nya selain dpd anak2 cikgu belajar akademik d sekolah... mereka juga mendapat limpahan berkat dgn belajar ilmu2 agama, begitu juga pengamalannya... malah suasana persekitaran yg terkawal n diwarnai oleh nilai2 islamik juga sebenarnya menumbuhkan penghayatan mereka pd agama sekaligus dijelmakan pada sahsiah dan pekerti.

Khuatir anak terpengaruh dgn pelbagai gejala yg tdk manis... itu wajar dan mmg itu naluri tabi'e ibu ayah yg mahu anak2 berjaya. Namun, pelbagai polemik perlu kita timbang tara dgn wajar pula. Kekadang result anak2 biasa saja seperti teman2 mereka d SMK biasa atau yg ulang-alik.. tetapi 'anak2 yg menempah pekerti' di asrama agama tentunya ada kelainan pelbagai berbanding teman2 mereka itu. Semuanya kembali kpd 'agama dlm diri'..

ilmu akademik blh dapat d mana2 tp ilmu agama, suasananya dan penghayatan tentu hanya diperolehi pd gurunya dan pada tempatnya yg tersendiri...

semoga dgn memilih SMKA sebagai medan ilmu anak2, anak2 cikgu mendapat nilai tambah khas buat diri mereka. Bukan saja cemerlang akademik tetapi tersedia menjadi pewaris ibuayah yg soleh/solehah. insyaAllah...

Syabas buat cikgu...

Unknown berkata...

Wasalam kamsiah
Itulah saya..saya memang tidak lepaskan peluang untuk bersama mereka jika ada majlis dan dengan jemputan rasmi. Saya akan datang dengan niat kerana Allah dan menyokong usaha sekolah dlm memajukan anak2. Alhamdulillah..anak2 dah biasa degan rutin asrama aliran agama ini.

Unknown berkata...

Wasalam ustaz yang saya hormati.

Saya dapt motivasi dari catatan ustaz yg amat bermanafaat bagi saya ini. betul itulah keadaan yang anak2 aliran agama lalui. Pada awalnya memang saya berdepan dengan kelemahan anak2 yang seolah meronta ingin lari dari rutin itu. Terutama putera kami. Tapi dengan dukungan semangat dan nasihat yg penuh hemah akhirnya dia kini betah dan tiada lagi kedengaran suara hendak pindah sekolah.
Benar ustaz..bukan hendak mengejar tingginya keputusan mereka walhal kurang hebat seperti pelajar lain. Cuma kiranya mampu mendapat result yg tinggi..itu bonus. Apa yang saya harapkan ialah itulah yg ustaz cakap tu, mahu melihat anak2 ada pegangan agama yang kukuh dan meresap ke jiwa mereka, tahu banyak hukum hakam, tahu perkara tentang tegahan agama. Dan saya memang mengharap mereka sekurang2 ikon dan model muslim dan muslimah yang terbaik untuk saya keluargaku dan adik2 mereka.

Majlis Inspirasi Mahabbah baru2 itu menjawab persoalan hati saya bahawa saya bertindak menyekolahkan anak2 ke asrama aliran agama adalah TEPAT dan saya yakin Allah telah memilih anak2 saya bersekolah di semekar Ranau. Syukran jazilan ustaz. Tq banyak2.
Ada gambar saya upload dalam n3 saya ini tapi sangat lambat hingga saya tertidur tak juga masuk2.
Tak apalah saya akan cuba lagi upload.

Abd Razak berkata...

Salam...

alhamdulillah, ada air zam-zam disediakan untuk menguatkan hati dan menerima ilmu dengan mudah dengan keizinan Allah

Unknown berkata...

wasalam Araz..syukran alhamdulillah..majlis ini amat bermakna dalam hidup saya. terima kasih info air zam-zam.

mastinah berkata...

salam...sy tertarik dengan kata2 ustaz Abu Miftah. "dlm belajar agama n akademik ada bezanya.. ada 'keberkatannya'.. Alhamdulillah,orang yg bljr ilmu Allah ni Insya Allah dpt di dunia..akhirat pun kita dpt...

Unknown berkata...

Wasalam mas..
Benar kita mengharap keredahan Allah dalam apa jua bidang yang kita ceburi. rasanya hidup agak pincang sebelah badan kiranya kita langsung tiada pengetahuan agama kita padahal kita adalah pengikut. Hasrat saya inilah satu jalan oleh ibubapa memberi pendedahan tentang hukum hakam agama kita. Tq

.sYaFiQ. berkata...

Terkenang pula zaman persekolahan dulu..Mak ayah datang tandatangan rekod, sembahyang hajat dan lain-lain..
Bila melihat kesungguhan mereka,rasa bersalah pula sebab x memberikan yang terbaik buat mereka..
Betapa besar harapan yang diharapkan pada si anak..
tetapi kebanyakan mensia-siakan..
Harapnya saya dan juga anak-anak pakcik sedar akan nilai pengorbanan ibu bapa masing-masing