Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 19 September 2010

Aku dibesarkan dengan cara ayah dan ibuku. Haruskah begitu cara yang sama membesarkan anak-anakku pula..



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

      Masih jelas dalam sanubari ini, bagaimana ayah dan ibu ku membesarkan aku dan adik beradik yang lain. Masih terbayang bahawa kami pernah tinggal dalam pondok buruk berdindingkan bambu dan beralaskan tikar dihampar ke lantai tanah. Sungguh ngeri bila mengenang saat-saat itu, kami terpaksa tinggal di dalam pondok kecil itu ekoran dari rumah kami di mamah api, hagus tinggal abu. Pedih hati melihat rumah di jilat api dan dalam masa yang sama sayu hiba melihat ibuku pengsan kala melihat rumah di makan api. Entahlah di mana silapnya hingga rumah kami yang memang berdindingkan bambu terbakar. Namun aku yakin benar bahawa mesti ada sebabnya. Yang berkemungkinan kesilapan kami adik beradik ataupun memang itulah takdirNya dan kudrat Allah.

    Ah! bukan hendak menghebahkan corak kehidupanku suatu masa yang lalu. Tetapi aku sungguh terpanggil untuk membuat catatan sekitar tajuk di atas, kerana dalam pandangan ku dan apa yang aku nampak begitu jauh bezanya cara aku di besarkan oleh ibundaku dengan cara anak-anak masa kini dibesarkan. Aku juga nampak masih ada beberapa masyarakat yang hidupnya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang seumpama kehidupan kami suatu masa yang lalu di desaku ini.

    Dulu kehidupan kami amat melarat, tidak salah juga kalau saya katakan bahawa keluargaku sering menjadi buah mulut orang di sekeliling kami. Umpama hidup dengan cara kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Cuma saya masih ingat akan ketegasan ayah kami membesarkan kami, beliau sanggup berkorban apa saja demi menyuap nasi kepada lapan anak-anaknya ini. Aku nampak sendiri emak banyak hutang di sana-sini, kalau bukan wang tetapi ibuku meminjam beras atau padi dengan jiran-jiran kampung. Maka aku tidak hairan jika ada orang lain mengata dan menistakan keluargaku. Aku mengandaikan bahawa keadaan hidup kami begitu terhimpit berkemungkinan ibu dan ayahku berhijrah di Daerah Keningau di dalam keadaan sehelai sepinggang apabila meninggalkan Daerah Tambunan. Maknanya tidak ada apa-apa ketika berpijak di desa kelahiran lima adikku yang lain. Selain itu ayahku adalah seorang anak yatim piatu yang di pelihara oleh keluarga sepupu ayahku ekoran sejak kecil kedua ibu dan ayahnya telah meninggal dunia.

      Namun aku masih ingat ayahku tabah menyekolahkan kami. Beliau tidak pernah berputus asa, mungkin dia nampak inilah jalan yang akan meleraikan kemiskinannya. Merungkai dan membebaskannya dari kemelut kemiskinan masa itu. Aku masih ingat ayah hanya belikan kami buku-buku tulis, beg dan pen serta pensil sahaja. Tiada buku rujukan seperti sekarang. Ayah tidak pernah duduk tersimpul di hadapanku, tidak pernah menunjuk ajar, tidak pernah memeriksa buku latihanku dan tidak pernah membawa kami ke majlis ilmu seperti masa sekarang yang sarat dengan majlis ilmu seperti kem motivasi dan ceramah merata tempat. Ayah hanya berkata " rajin belajar ya nak" itu sahaja. Bongkar beg aku dan adik beradik yang lain tidak pernah sama sekali. Baru kini aku teringat semua situasi itu kerana kini aku berhadapan dengan kerenah anak-anak aku sendiri. Kerana anak-anak aku membesar dengan cara aku sendiri, apa sahaja mereka ada, tetapi masa aku di besarkan tidak pernah ada. Nampak begitu jelas perbezaan cara aku di besarkan dengan cara anak-anakku dibesarkan masa kini.

     Aku cuba mengikut cara ayah dan ibuku mendidik anak-anakku, aku cuba dengan cara berlembut dan penuh dengan kasih sayang. Rupanya cara ayahku dulu langsung tidak berkesan tidak mendatangkan semangat dan keyakinan diri anak-anakku. Kalau hanya setakat " Rajin belajar ya nak" dan itulah yang aku ungkapkan sungguh tidak mendatangkan kesan di dalam jiwa anak-anak. Aku perlu lebih tegas, lebih kan kata-kata nasihat, lebihkan penumpuan, lebihkan segalanya yang tidak pernah ayahku buat kepadaku dulu. Sungguh beda masa dahulu dan masa sekarang iaitu 25 tahun yang lalu. Kini mendidik anak harus dengan kekuatan dan kometmen ibubapa yang tinggi, jika tidak ibubapa akan menempah kekecewaan yang amat dalam.


        Ayahku memang tegas orangnya, apa dia mahu mesti ditunaikan. Tetapi dalam bab kehidupanku kini, bukan semua atas kuasa ayahku. Tetapi aku sangat yakin dan membenarkan bahawa aku diberi peluang oleh ayahku, aku bangun dari semangatnya dan pasti semangat itu adalah atas kemahuan ku sendiri setelah di beri dorongan oleh seorang ayah. Jikalau ayahku dulu hanya mampu memberi semangat, meminta agar aku belajar rajin-rajin tetapi aku hanya duduk goyang kaki tanpa bertindak kemungkinan kehidupan ku masa kini lain dari apa yang ku nikmati kini. Tetapi dengan kemahuan ku maka apa yang ayahku mahukan akhirnya tertunai juga akhirnya. Dengan kemanjadian dan apa yang aku ada kini maka aku amat mensyukuri diriku dilahirkan oleh ibu dan ayahku. Syukur alhamdulillah aku kini bekerja dengan kerajaan, bergaji dan cukuplah kalau saya katakan bahawa boleh lah aku gunakan gajiku untuk menyara hidup isteri dan anak-anak, selebihnya akan ku berikan kepada ayah dan ibuku di desa.


        Wahai anak-anakku yang putera dan yang puteri, tidak cukupkah lagi semangat yang ayah beri pada kalian, tiap masa dan kesempatan yang ada ketika bersama aku beri nasihat dan kata perangsang agar rajin dan berusahalah bersungguh-sungguh. Tidak cukupkah lagi apa yang ayah beri pada kalian, tiap keinginan kalian ayah tunaikan, ayah korbankan tenaga dan wang demi melihat kejayaan mu dalam pelajaran. KENAPA masih saya melihat anak-anakku membuang masa, masih ada yang cuba mengelak agar tidak dileteri, masih berdengkur sedang matahari kian meninggi di langit biru. Mengapa ada buku-buku berserak tidak di baca dan tidak dikemaskan. Pun demikan ayah tahu kenapa itu berlaku, dulu tiada televisyen, tiada komputer dan tiada radio & CD player. Sekarang semua benda itu ada, dan inilah benda yang amat mencuri masa anak-anak untuk belajar. Bagaimanapun salahkah mengambil masa barang sejam atau lebih dalam sehari untuk belajar. sungguh sayang masa begitu terbuang hanya dengan menoton dan berseronok dengan hiburan di kaca televisyen. kekadang saya berseluruh..nanti semua apa yang kamu tengok di TV akan keluar dalam peperiksaan besar nanti ya. Hanya itu sindiran seorang ayah yang mengharapkan kejayaan oleh anak-anak.


    Aku terkadang hairan kenapa tidak timbul semangat waja yang ada dalam diriku suatu masa lalu. Kenapa jarang yang aku lihat para remaja yang benar-benar ada kemahuan sendiri. Adapun boleh dikira, adapun orang itu pasti akan berjaya sebagaimana kami suatu masa lalu. wahai anak bangkitlah, buka pintu hati sebelum terlambat, cari kesempatan untuk mencari kehidupan sebelum pintu kesempatan akan di tutupinya. Semoga anak-anak etuza akan mampu berfikir bijak bahawa tiap nasihat dari ibu bapa dan guru - guru sekolah adalah permata dan emas berharga kerana jika di ikuti akan menjulang kejayaan yang cemerlang diperolehi oleh anak-anak tersebut. yakinilah bahawa ibu bapa ingin melihat kejayaan anak-anak dalam mencari kebahagiaan di Dunia dan di Akhirat.


" demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beiman dan beramal soleh" Surah al- asr ayat 1-3

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

7 Pesona Kata Hati Mereka:

Abd Razak berkata...

Salam...

Ambillah pengajaran dari kehidupan yang dulu. Yang baik jadi ikutan dan yang tidak baik tinggalkan..

Unknown berkata...

kadang-kadang saya terfikir harus bagaimana untuk mendisiplinkan anak-anak agar rajin dan benar2 memanfatkan masa untuk ulangkaji. Tapi..patutkah berkasar arh!!

Unknown berkata...

Wasalam Araz..
Saya kadang kala tercabar dengan sikap anak2 apabila berlengah dan tidak mantap untuk menalaah pelajaran. Saya terfikir cara saya belajar dulu..orang2 yang kuat usaha akan berjaya pastinya dengan hadap Allah tawakal dan minta rahmatnya. Anak2 bangun membaca apabila di suruh. Ini yang saya tercabar..nak berkasar serba salah. Tq Araz..

Afida Anuar berkata...

Salam etuza... bila baca kisah etuza...teringat juga kisah mak saya.... yang hidup serba kekurangan suatu ketika dulu. Mak saya anak yatim, nenek saudara yang membela beliau, tapi sebab mak saya sedar ilmu itu sangat penting, mak saya tekun belajar, hingga ke menara gading, walaupun serba kekurangan, dan mendapat tentangan dari ibu tiri beliau ketika nak sambung belajar.....

kadang2 menangis dengar kisah mak..

dan jika mak tengok kami adik beradik ada rasa malas nak belajar, mak kisahkan kisah mak... mak kata lagi...bezanya zaman dulu dengan zaman sekarang, zaman dulu, nak ilmu kene cari sungguh2 ..tapi zaman sekarang, ilmu berterabur kat mana2, atas kita je nak kutip ke tidak...

WaAllahualam..

Unknown berkata...

Wasalam..
Fidah..rasa simpati dan bangga dengan mak Afidah tu. nampaknya seolah cerita sama cuma saya ada ibubapa yg memberi peransang. Inilah perasaan saya bila melihat anak2 kami sendiri kurang kebal dengan usaha nak belajar.
Betul..dulu macm tu kena usaha kuat secara sendiri. Saya selalu berfikir dan hampir menitiskan air mata. Saya lahir di dalam lingkungan keluarga miskin. Sebab tu saya katakan pada anak2 dan kepada semua ILMU itu boleh jadi harta semasa di dunia. Moga amal dan ilmu yg baik juga kita bwa ke akhirat.

Trmasi Fidah..

.sYaFiQ. berkata...

perkongsian yang baik..
memang anak-anak zaman sekarang berada dalam zon selesa..
x leh susah..huhu..

saya sempat jugalah merasa zaman garang mak ayah..
elok pula tu anak paling nakal..
rotan,penampar,kaki sume dah rse..huhu..
kena pijak pun prnh..
sbb kurang ajar dgn cikgu..
tp tu sume sekolah rendah..

msk sek menengah..
mereka main psikologi pula..
x de belasah lagi dah..
adik2 pun dah jarang kena marah..
tapi mak saya memang hebat..
nak kalahkan anak..
guna air mata sebagai hujah..
memang x boleh lawan..
siapa sanggup tgk mak ayah menangis..

apa pun,kesusahan ini tarbiyyah yang terbaik buat kita..
sekarang baru umur 21..
kelak dah berkeluarga..
macammana la agaknya tabiat anak-anak waktu tu..

Unknown berkata...

Syafiq..
terima kasih ya. Dalam bicara anda ada nilai yg tersirat, menjadi panduan sebaiknya membentuk anak2. Rupanya tiap yang berjaya itu di dasari dengan masa lalu yang akhirnya memandu kita ke arah kejayaan. Alahmdulillah..kalaulah anak2 berkesempatan membaca pasti ada hiba bersalut sedar dalam nubari mereka.

Tq lagi sekali,....