Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 14 September 2010

Anugerah hari lebaran..1 Syawal yang amat bermakna


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Sebulan berpuasa di bulan ramadhan kini berakhir, bagaikan melabuhkan tirainya. Hingga pada suatu masa tirai itu akan direntangkan semula memancarkan sinar Nur kepada seluruh makhluk di alam ini. Sebulan berpuasa bagaikan menghapuskan dosa, membersihkan noda hitam di jiwa. Memberi keyakinan dan menambat hati agar kita yakni hambanya pasrah dan redha bahawa sakitnya jika berlapar dahaga, tetapi bukan sekadar itu sahaja, malah berpuasa memberikan kita ujian agar lebih bersabar dan lebih mendekatkan diri kepada Allah seru sekalian alam.


.
      Kini tirai ramadhan tidak kelihatan lagi setelah 30 hari berlangsung puasa, menjelang 1 syawal yang ceria, merupakan hari kejayaan semua muslimin dan muslimat, bagaikan kejayaan di medan perang dan semestinya kejayaan itu di sambut gilang gemilang. Seseorang yang genap sebulan berpuasa boleh diumpamakan sebagai pahlawan, pahlawan dalam mengharung hasutan duniawi dan menentang hawa nafsu dan kesombongan. Melawan hasutan dunia dengan tenang dan tabah. Maka 1 syawal itu adalah hari anugerah yang benar-benar luar biasa bagi insan yang melihat hikmah di sebalik 1 syawal. Mengapa tidak kerana 1 syawal adalah satu hari yang penuh dengan kemeriahan serta penuh dengan warna-warni ragam manusia dalam lingkungan sosial dan taqwa. terpancar keindahan di wajah dan ketulusan hati. Hilang dendam dan dengki kesumat. Mereka bersalaman erat dan ada yang berpelukan kerana mengharapkan keikhlasan utuk di maafkan dan memaafkan. Hambatan keredahan itu terasa jelas di mata, terasa ikatan kasih sayang dan kemanusian utuh dengan anugerah 1 syawal yang benar-benar menghadiahkan kejayaan kita memerangi gejala kejahatan yang menghitamkan jiwa kita.
 .

     1 Syawal kali ini memperlihatkan impian kita terlaksana. Bukankan selama ini kita hanya mampu memandang dan tersenyum kepada masyarakat atau saudara dan jiran kita. Tetapi 1 syawal merealisasikan hasrat kita dengan berjebat salam dan memeluk erat saudara dan ibubapa kita. Indahnya hikmah ini, indahnya ketulusan hati ini, indahnya warna-warna pagi 1 syawal yang allah anugerahkan kepada semua yang berpuasa di mana juga berada. Allah pasti merahmati dan memimpin kita ke jalan mustaqim dan mengampunkan dosa kita, kerana itu janjiNya dan Allah memang tidak pernah memungkiri janji. Alhamdulillah syukurilah 1 syawal sehari yang benar-benar terasa damai dengan ukuhuwa yang terjalin sebagai tanda kasih sayang Allah kepada umat nabi junjujngan maka dengan itu selayak-layak hari anugerah yang luar biasa adalah hari 1 sywal di bulan syawal. Terima kasih Allah...ampunkan dosa kami, sucikan jiwa kami dari noda-noda hitam.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

6 Pesona Kata Hati Mereka:

Kamsiah yusoff berkata...

salam
saya menyambut raya sederhana saja th ni...dgn kehilangan 2 org ahli keluarga(abg ipar dan anak buah) yg masih baru lagi,raya seakan hilang seri..

Unknown berkata...

Wasalam...
Saya simpati dengan apa yg berlaku dlm keluarga Kamsiah..apapun doakanlah mereka agar tenang di alam barzak..hari raya itu umpama kita menang dlm perjuangan..ceriakan dgn kegembiraan..dan bermaaf2an ya..salam

qamarguyz berkata...

Salam Lebaran buat Etuza sekeluarga..
cam ner beraya tahun nie? =) apa pun sy p0hon ampun maaf buat pakcik jika ada tersalah kata atau terguris rasa sepanjang berukhwah di alam maya ini..kita manusia biasa, tiada yG sempurna.. m0ga bahgia bersama famili dlm kembali kpd fitrah yg Satu

Unknown berkata...

wasalam azrai..alhamdulillah sambut sederhana ja..ada jg sedikit gambar2 kami di Facebook saya ya..klik ja dlam blog saya ni..sya jg mohon maaf..selalu comen ke laman azrai..maaf zahir batin..

Unknown berkata...

wah! best btol tgk gmbr ni byk sanak sedara dtg melawat... sy plak xde langsung sedara dtg? kawan2 je yg dtg... mmg agak sunyi sikit raya thn ni...

Unknown berkata...

kita sambut raya sederhana ja ni nick..tak apa semua sibuk buat rumah terbuka tu..agaknya. Bagaimanapun syawal ni sebulan nick boleh buat dlm tempoh itu cuma yg paling bagus ialah raya 1, 2 dan 3..tq slmat hr rya maaf jika ada salah silap ya..