السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bulan ramadhan adalah bulan yang amat ditunggu oleh umat Islam. Di bulan ini kita wajib berpuasa seharian dalam erti kata menahan lapar dan dahaga. Kewajiban berpuasa ini seharusnya dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh para muslim dan muslimah di serata dunia. Berpuasa sesungguhnya mempunyai fadilat dan hikmah yang luar biasa berbentuk ganjaran dari Allah kepada umatnya dan pasti janji Allah tidak ada yang dimungkiriNya.
Puasa itu bukan sahaja kita di latih menahan lapar dan dahaga di siang hari tetapi kita berpuasa pada semua aspek termasuklah puasa jiwa dari kejahatan dan nafsu yang lain. Manusia ini hakikatnya bukan hamba Alla h yang sempurna, maka pada bulan inilah kita didik jiwa kita dengan sepenuhnya dari berkata dusta, berbohong, mengumpat keji, memfitnah, berniaga secara haram, mendera dan sebagainya. Terlalu banyak perkara buruk yang dapat kita hindarkan kiranya kita benar-benar ikhlas dan mengharap rahmat dan kasih sayang Allah, terlalu banyak kesilapan masa lalu,kekurangan masa lalu yang dapat kita perbaiki kiranya kita hambaNya yang benar-benar luhur dan jujur menunaikan amalan wajib berpuasa.
Puasa pastinya mendidik kita bersabar, bersabar dalam banyak perkara yang memberikan kita ketenangan dan keharmonian hidup ini. Puasa mendidik jiwa kita bertaqwa, menunaikan solat dengan tertib dan khyusuk, puasa menuntut kita bersabar agar tidak celupar dan menyombong diri, puasa mengajak kita bersabar agar tidak mudah marah dan tidak mudah merendah-rendahkan orang lain, puasa mengajak kita menunaikan zakat dan bersedekah sekiranya kita ada kelebihan sesuatu. Puasa itu sungguh indah, nikmat yang tersirat amat banyak. Jika kita ikhlas berpuasa dan mampu meningkatkan kesabaran pasti kita akan terhindar dari semua penyakit hati yang merbahaya dalam jiwa kita. Selain itu kita akan dikurniakan peningkatan kesihatan diri dan kesihatan mental yakni pemikiran kita ke arah lebih sihat dan positif. Sungguh indahnya puasa ini. Sedar atau tidak apabila tiba bulan ramadhan di bulan inilah kita dapat berjimat cermat, dapat meningkatkan ekonomi dengan cara berjimat cermat.
Oleh yang demikian marilah kita berpuasa hingga saat akhir agar kita dapat imbalan yang luar biasa dariNya. Kalaupun bukan di dunia tetapi fadilat pahala itu kita terima di akhirat kelak. Marilah berpuasa kiranya anda seorang hambaNya yang beragama Islam. IKHLASKAN puasa kita, jujurlah dalam puasa kita pasti Allah akan melihat jernihnya hati kita itu di samping amalan yang lain di bulan ramadhan.
Sebaliknya jika di bulan puasa, terjadi pula perbuatan membazir disebabkan hendak menunjuk dan berbangga dengan kemewahan, pasti fadilat puasa itu akan berkurangan kepada seseorang itu. Kerana selepas kita berpuasa kita digalakkan untuk merayakan kemenangan kita selama sebulan menahan hawa nafsu. Tetapi kita bukan hendak merayakan dengan cara yang berlebihan sebaliknya kita di tuntut merayakan kemenangan berpuasa secara sederhana sahaja. Sesungguhnya amalan bersederhana adalah sebaik-baik amalan dan di sukai Allah.
Wallahualam. Berpuasa menzahirkan keikhlasan & kesabaran.
4 Pesona Kata Hati Mereka:
Salam...
Allah mewajibkan kita berpuasa agar kita boleh mendidik jiwa kita supaya lebih bersabar, pemurah, insaf, kasih, kasihan belas dan sebagainya. Puasa juga dapat menghakis sifat-sifat buruk seperti sombong, rakus, keras hati, tamak, bakhil, keluh kesah dan sebagainya.
Wasalam..Araz..
Puasa di bulan ramadhan membersihkan jiwa dari semua penyakit..selain itu membersihkan kita dari penyakit..fizikal yang lain. Kita bersyukurlah tibanya ramadah mubaraq ini.
Salam kepada pembaca Etuza..
Saya ada terbaca bahawa Fb ni merbahaya ..kira nak batal fbook ni?
Wasalam..
Wow..pantu raya seraya nasihat yg sangat berguna..pandu selamat jiwa selamat, ingat org tersayang.
Tq afzainizam
Catat Ulasan