السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Malam ini, aku duduk sendirian menghadap skrin pc aspire. Terasa mood untuk menulis maklumat baru ke laman etuza hilang entah kemana seketika. Terlalu lama aku duduk di hadapan pc sambil klik-klik ke fb rakan yang ada aku kenal ada juga yang aku langsung tidak kenal, kerana mereka menggunakan nama ringkas atau nama pangilan ibubapa mereka sejak kecil.
Masih ada sisa sebak di dadaku ini, ketika hujung jejariku mentarikan hujung jariku ke huruf-huruf dengan penuh berwaspada. Sejenak aku berfikir kenapa begitu jauh aku berfikir dan baru saat ini mood untuk membuat catatan seola kembali sedikit demi sedikit. Tetapi aku agak keliru apabila ada titis air mata di kelopak mata ini. Tak tertahan hingga menitis jua ke pipi lelaki ini. Entahlah pada malam ini, terasa ada kesedihan amat menusuk ke hati dan jiwaku rasa terpukul yang agak mendalam. Kenapa semua ini berlaku?.
Hanya pada Allah tempat ku pohonkan agar tangisan dan sendu ini berakhir jua akhirnya.
Kenapa tumpah juga air mata ini...sebagai seorang yang bergelar pendidik dan juga bergelar seorang ayah kepada anak-anak sendiri maka pastinya apa yang diinginkan ialah melihat anak-anak murid itu berjaya dalam pelajaran, begitu juga harapan yang membara itu terhadap anak-anakku sendiri. Aku sentiasa tertanya mengapa semua berlaku di hadapan mata, seolah aku disajikan dengan suasana yang menghambat hati, memukul hatiku hingga parah sebegini rupa. Atau akukah sendiri berilusi dan berimanginasi, berperasangkan buruk pada situasi yang berlaku di depan mataku sendiri. Kala melihat keadaan itu, langsung kelu lidah tidak terkata. Kekadang hatiku berkata..arh! biarlah takkan mereka tidak tahu akibat apabila melakukan perkara itu, takkan mereka tidak tahu bahayanya perbuatan itu terhadap jantung dan paru-paru mereka. Tapi jika mereka tahu kenapa membuat juga, kenapa? kenapa? kenapa? dan kenapa?..sukar untukku temukan jawapan, hanya barangkali saya mendapat jawapan apabila saya berusaha membuat penyelidikan apakah punca mereka berbuat demikian.
kenapa akhirnya tumpah juga air mata ini, fikirkan hati dan jiwa seorang ayah kepada anak-anak yng kian membesar. Tidak semua masa aku bersama anak-anakku, mereka dalam menjalani kehidupan bersekolah aku arahkan mereka tinggal di asrama, aku bertujuan agar mereka dapat berdikari, dapat berinteraki dengan kawan-kawan yang lain dan yang paling utama anak-anakku dapat belajar ilmu agama sebagai suluh hidup di suatu masa akan datang. Kala memikirkan ini hatiku terdetik dan keresahan kerana risaukan anak-anak terjebak sama dalam melakukan perbuatan merugikan ini, perbuatan merosakkan kesihatan mereka terutamanya jantung dan paru-paru mereka. Dikejauhan ini..semalam dalam keadaan sendu ku tadahkan tangan dengan berdoa kepadaNya agar di bulan ramadhan anak-anakku tidak terpengaruh melakukan perbuatan ini,
Bagaimana hati dan jiwaku sebagai pendidik tidak remuk apabila hampir kesemua bekas muridku menjamah rokok semalam selepas solat terawih, bagaimana hati tidak berbisik berkata...ya Allah kenapa mereka ini membutakan mata hati bahawa kesan merokok terhadap tahap kesihatan amat menjejaskan. Ku lihat berkepul asad dari rongga mulut, dengan gaya dan style masing-masing. Dalam kelompok itu mereka adalah bekas murid ku, bekas murid rakan ku yang pada malam itu datang berterawih di surau. Antara mereka sedang di tingkatan 1, 2,3,4 dan tingkatan 5. Ramai sungguh yang menyentuh rokok ini. Kalaupun ianya sedap sangat adakah ianya mengenyangkan? adakah sihat jantung selepas ratusan batang rokok di sumbat asap ke paru-paru. Yang aku dengar bunyi deham batuk kecil tetapi kedengaran serak dan sekan nafas tidak sihat. Hai para remaja masih lagikah nak sedut apabila terasa jantung tersumbat, paru-paru agak tidak sihat dan batuk menjadi-jadi. Batuk selesma tidak apa juga, tetapi saya tahu kalian batuk kerana kesan asap rokok yang menodakan jantungmu itu.
Kenapa air mata ini mengalir juga akhirnya, ialah aku terfikir bagaimana perasaan hati ibubapa mereka, adakah remuk macam hati saya yang pernah mendidik mereka semasa zaman kanak-kanak, dulu di usia kanak-kanak aku masih ingat wajah mereka berseri bersih dan gebu serta segak bergaya dengan pakaian sekolah serba putih. Kini aku lihat wajah itu lesu, kurang bermaya, tiada sinar nampak di wajahnya, rambut kusut dan kurang mengurus diri, selain itu bibir yang merah kini gelap hitam tidak berseri lagi. Sayang sekali rupanya semua itu terjadi kerana akibat perbuatan dan sikap mereka yang tak endahkan kesihatan dengan pengambilan rokok yang berlebihan dan tak pernah sudahnya. Pagi, petang dan malam inilah sajian mereka "MENGHAMBAKAN DIRI DENGAN ROKOK".
Dari dulu ku pendam gejolak hendak memuatkan cerita ini, tetapi aku cuba bersabar, kini aku dalam keadaan tertekan memikirkan masa depan mereka, apa tidaknya kerana remaja itu merupakan benteng negara jentera tenaga yg merupakan pelapis kita yang bergelar kakitangan awam. Ya Allah sampai masanya mereka akan sedar apabila kesihatan sudah buruk dan memerlukan kos untuk rawatan ..wahai remaja tunggulah masa itu..fikirkanlah nanti bahawa 'PENYESALAN TIDAK BERGUNA LAGI dan NASI SUDAH MENJADI BUBUR" wallahualam.

13 Pesona Kata Hati Mereka:
Salam uncle..
Kenangan lama, ada kalanya sedih, ada masanya gembira tak terkata..
Namun semua itulah berselirat mencipta memori dan kenangan.. Mampu mnitiskn air mata, di saat hati memutarkn msa, seakan-akan kembali di zamannya..
Teruskn mnulis.. ada debaran di hujungnya
wasalam..
Bukan kenangan lama tetapi satu pemerhatian terhadap kelakuan para remaja masa kini..saya selalu berdoa agar anak-anakku terhindar..pun begitu pengaruh di luar sana terlalu kuat.
Apa daya ku..aku hanya insan biasa yang tak punya apa2 kekuatan.
sedih dan sayu je baca entry uncle ni pasal pergorbanan bapa? tetiba rasa sedih plak sbb rasanya byk sy buat salah kat ayah sy... hmm...
Salam. wlupun sy sendiri dulu pernah merokok tetapi bukan atas kemahuan n tabiat peribadi. Cuma mungkin besar kerana pengaruh kiri kanan sewaktu itu n hanya salah satu bentuk hubungan sahabat sesama pekerja sewaktu itu yg ternyata pilihan itu tidak benar sama sekali. Kerana itu bukan tabiat n perangai diri lalu dengan tekad yg kuat sgt dlm hati gian yg mula dirasa itu akhirnya dpt diredam dan alhamdulillah sampai kini sy benci rokok! Salah satu sebab terbesar n kukuhnya tekad untuk menyahkan rokok dlm hidup ini kerana sy faham itu bukan diri sy n tambahan pula sy pasti sgt tentang hukum hakam perkara itu. ketika sy mula berniat mencegah org lain dlm hal kemungkaran, terdetik rasa sgt dlm di hati, bagaimana aku mau mencegah org dr yg haram klu aku sendiri blm dpt keluar dr kepompong makruh. Syukur ramadhan 2006 sy mulakan langkah tuntas merubah segalanya itu dan alhamdulillah begitu kita ada niat n hasrat yg jelas, Allah bantu n beri petunjuk pada diri ini. Kerana itulah, sy tidak malu utk berkongsi secebis pengalaman ini sebagai ustaz yg pernah termerokok. semoga ia bukan alasan untuk kita rendah diri n takut dgn perubahan diri. Kepada adik-adik yg rajin ke surau tahniah... cuma kegiatan tidak manis merokok beramai2 apalagi d masjid sgt ironi di mata kita. Adik-adik kita terbuka kebaikan pd sesetengah perkara tetapi mereka buta hukum dlm bebrapa perkara lain...
perokok2 ni...citer laa, bg laa info ke pasal keburukan rokok ni..dorang susah nak tinggalkan.
Citer ler tentang kajian rokok tu ada racun tikus, ada tar, ada najis babi laa, ada mcm2 ler..tp tak jalannn..
Bkn nak cakap pulak..mereka2 yg ada PHD pun degil mcm tu gak. Imam pun ada merokok..camne??
Salam sejahtera Choy..
Setiap malam saya melihat mereka tu Choy..mereka duduk berkelompok dan ketika lalu di hadapan mereka saya seakan tersedak kerana tersedut kesan asap yang masih dalam lingkungan. Sebagai bpa rasanya ibubapa lain juga mencegah anak2 ni..dengan cara sendiri. Kasihan masih sekolah lagi tu choy..
Hehe taklah bersedih sangat..kesedihan saya lebih menjurus kepada takutkan dosa2 dan kemurkaanNya.
Wasalam Ustaz..
Syabas & setinggi2 tahniah..syukran atas usaha gigih ustaz melawan kegiatan ini. Saya ada terbaca satu poster di Masjid Keningau iaitu " merokok adalah haram" fatwa dikeluarkan oleh fatwa negara dan ulama.
Saya gembira bila ustaz tidak lagi merokok. Itulah tanda kuat iman ustaz, kuat pegangan ustaz dan kuatnya jiwa melawan hasutan yang tidak mendatangkan kebaikan.
Saya pasti kesihatan ustaz bertambah baik, segala urusan dapat dilaksanakan dengan lebih baik. Dalam hal ini..kita dapat melihat betapa Allah yang sayangkan hambanya yang beriman memberi petunjuk dan mengkabulkan doa kita. Syukran..terima kasih berkunjung ke laman etuza lagi.
Wasalam alona..
sebab itulah dalam n3 saya bertajuk
"kenapa tump[ah juga air mata ini"..ia menandakan bahawa saya insan biasa yang kelu dan tidak tahu buat apa-apa kerana semua itu seringkali di katakan di sekolah. Terlebih-lebih lagi kepada anak2 kami sendiri. Sering menasihati mereka. Minta mereka berfikir baik buruknya perbuatan ini.
Wahai remaja..insaflah..berazamlah agar tidak menjadi hamba rokok.
Aminn
Saya doakan jga..
Hmm, benar, bagaimana pula perasaan ibu bapa mereka yang telah lama menatang mereka sejak kecil.. Pasti amat menyedihkan
saya tersentuh dengan ayat etuza :
dulu di usia kanak-kanak aku masih ingat wajah mereka berseri bersih dan gebu serta segak bergaya dengan pakaian sekolah serba putih. Kini aku lihat wajah itu lesu, kurang bermaya, tiada sinar nampak di wajahnya, rambut kusut dan kurang mengurus diri, selain itu bibir yang merah kini gelap hitam tidak berseri lagi.
kerana saya juga pernah berfikir demikian terhadap murid2 saya. Ianya memang sangat memilukan...
Oh..Choy pula ni ya.
terima kasih sudi buat ulasan di ruang ini. Apa yg di katakan tu benar semua tu Choy...
Berkali-kali menegur Choy..terutama zaman mereka di bangku sekolah rendah...bila dah remaja kurang bersua kerana distinasi arah dah lain..cuma masa ni kerap bersama tapi mereka berkelompok, rasanya kita kena cara paling sesuai..tegur mengejut bahaya mengundang padah..apapun rasanya mereka bukan tidak di tegur oleh ibubapa dan guru tetapi mereka dah gian dan tak perdulikan teguran lagi. Iyalah kita yakin pasti ada kesedaran yg timbul jika mereka boleh berfikir untuk masa depan yang lebih baik..
salam
kalau saya ditempat cikgu pun,pasti ada rasa geram,marah,sedih dan berbagai rasa lagi..bila ank2 semuda itu telah terjebak dgn rokok...ahh..anak2 yg masih mentah,hanya tahu berseronok dan mengikut kekawan buat...namun kesannya...ditanggung sepanjang hayat
Wasalam..
Eantahlah..inilah cabaran hidup remasa masa kini, terlalu ikut kata hati, walhal mereka tahu juga mana perkara baik dan yg buruk. Lagi teruk apabila mereka terlibat merosakkan harta benda orang lain..
Lagi parah..saya hanya dpat berdoa moga mereka kembali ke pangkal jalan.
Catat Ulasan