Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 4 Julai 2010

Motivasi ke arah kejayaan seorang pelajar dengan atasi masalah ini.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Lama agaknya tidak menulis di laman ini, rasanya hari ini ada kesempatan dan ada mood nak menulis sekurang-kurang blog saya ini ada paparan baru yang di harapkan ada manfaat kepada yang membaca. Sebagai pelajar rasanya perlu ketahui beberapa aspek atau perkara yang membawa kejayaan pelajar atau aspek yang membantu ke arah kejayaan yang lebih cemerlang. Pelajar harus tahu bahawa masalah yang timbul tanpa diketahui akan merosakkan akidah serta membawa kegagalan. Maka dalam penulisan ini akan di kongsikan dengan melihat bagaimana keadaan di belakang pelajar yang membawa kegagalan tetapi akan bertukar menjadi kejayaan kiranya permasalahan tersebut dapat diatasi.

Sebagai pelajar, kejayaan akedemik merupakan tonggak utama yang perlu diberikan perhatian yang serius.Pada harin ini kejayaan akedemik yang cemerlang amat penting untuk membantu para pelajar mendapatkan bidang kerjaya yang terbaik. Walaupun proses pembelajaran tersebut kadangkala menyukarkan namun hasilnya amat menyoronokkan.

Walau bagaimanapun, senario semasa menunjukkan kebanyakaan pelajar menghadapi  masalah dalam proses belajar dan pembelajaran. Berdasarkan beberapa kajian yg telah dijalankan, antara faktor utama yang menyebabkan pelajar gagal untuk mencapai kejayaan akademik yang cemerlang adalah seperti berikut:-

1. Kurangnya motivasi diri
2. Kurangnya kometmen kerohanian & didikan atau pengetahuan agama.
3. Kurangnya menggunakan perpustakaan sebagai sumber rujukan.
4. Tiada mempunyai strategi membaca, mengambil nota, dan membuat tugasan yang berkesan.
5. Ponteng kelas.
6. Tidak mengamalkan perbincangan kumpulan
7. Tidak mempunyai teknik untuk menghadapi peperiksaan.

Selain itu kajian juga menujukkan terdapat beberapa faktor lain turut menyumbang kepada masalah yang sama. Antaranya ialah seperti berikut :-

1. Keadaan rumah yang porak peranda.
2. Banyak pertengkaran dan ketegangan
3. Ketiadaan restu ibubapa
4. Disiplin yang terlalu ketat
5. Kesihatan fizikal yang lemah.
6. Sering berpindah
7. Kekurangan desakan.
8. Lebih mementingkan aktiviti luar bilik darjah daripada pelajaran.
9. Tidak mempunyai tabiat belajar yang baik.
10. Asas kemahiran belajar yang lemah.
11. Ketiadaan rangsangan.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

12 Pesona Kata Hati Mereka:

Abd Razak berkata...

Salam...

Bagi saya, penekanan terhadap ilmu agama dan ilmu dunia ni perlu ada keseimbangan, kerana ilmu agama/akhirat itu akan membimbing pelajar itu ke arah kejayaan yang cemerlang. Hidup ini wajib diwarnai dengan ilmu agama.

Kamsiah yusoff berkata...

salam..
budak2...biasalah,lbh seronok bermain,layan fb,games...kalau tak ditegur,dinasihati,di motivasikan oleh guru,ibubapa...leka lah mereka...

Unknown berkata...

wasalam..Araz.
Apa yang Araz ucapkan tu..sememangnya tiada yg tak benar. Sebab itu saya pilih sekolah aliran agama tuk anak2 saya. Cuma memang kemanapun sekolah ada saja cabaran dan pengaruh rakan sebaya yg tak baik, ibubapa dan anak perlu kekuatan tuk mengatasai semua itu. terima kasih atas peringatan Araz.
Maaf..baru up dated blog.

Unknown berkata...

Wasalam Kam.
Ibubapa juga masa kini agak leka dgn dunia ict. Cuma kita agak berdisiplin kerana sikap ingin tahu sudah berkurangan. Memang betul apa kam cakap tu, ibubapa kena tegur dengan penuh hemah tindakan salah anak2. Cuma yg saya terkilan ada golongan ibuibapa terlalu bebaskan anak2....macamanalah..nak ke hadapan. Sibuk2 juga tetapi anak2 yang Allah anugerahkan tu kita kena bantu mereka dalam pembelajaran..Tq masih setia ke blog ni.

MF berkata...

Salam ziarah uncle etuza..

"Kurangnya kometmen kerohanian & didikan atau pengetahuan agama."

Stuju sgt dgn pndpt uncle.. keyakinan kpd Allah, dn menganggap pelajaran satu ibadah mrupakan daya motivasi dlmn yg kuat bg seseorang plajar..

Ssungguhnya pmuda2 hri inilah pewaris yg akn mmimpin ngara dn umat pd msa hdpn..

Terima ksih uncle.. smoga dberikn kkuatn dn ksempatan utk terus menulis.. =)

Unknown berkata...

Wasalam..SoAl
terima kasih sudi komen ke ruang ni. Uncle..kadangkala hilang mood ni.
Iyalah kamulah genarasi..jentera tenaga manusia teraju negara..hendaknya beroleh jati diri demi nusa, bangsa dan agama.
Syukran tahniah ya.

Unknown berkata...

menarik entry kali ni... sbb mmg segelintir pelajar menghadapi masalah mcm ni...

Zikri Husaini berkata...

kalau ponteng kelas je... memang ada masalah lah nie..

P/s: minta maaf tak dapat nak balas, reply ... sebabnya zik balik kg ke johor sebulan, cuti semester..sekarang nie dah balik ke kl semula... :-)

Unknown berkata...

ambil manfaatnya..smpaikan mana2 yang baik. tq visit me site.

Unknown berkata...

eh! test.. kenapa komen sy x msuk plak?

Unknown berkata...

Nick ..maybe uncle tertekan ..tu tolak tu..agak cept mouse bergerak..mohon maaf ya..

NICK IRFAN berkata...

patut la xde komen sy? hehe xpe2 ape2pun entry uncle ni mmg best! menarik di kongsi... thnkz! :)