Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 4 Julai 2010

Motivasi ke arah kejayaan seorang pelajar dengan atasi masalah ini.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Lama agaknya tidak menulis di laman ini, rasanya hari ini ada kesempatan dan ada mood nak menulis sekurang-kurang blog saya ini ada paparan baru yang di harapkan ada manfaat kepada yang membaca. Sebagai pelajar rasanya perlu ketahui beberapa aspek atau perkara yang membawa kejayaan pelajar atau aspek yang membantu ke arah kejayaan yang lebih cemerlang. Pelajar harus tahu bahawa masalah yang timbul tanpa diketahui akan merosakkan akidah serta membawa kegagalan. Maka dalam penulisan ini akan di kongsikan dengan melihat bagaimana keadaan di belakang pelajar yang membawa kegagalan tetapi akan bertukar menjadi kejayaan kiranya permasalahan tersebut dapat diatasi.

Sebagai pelajar, kejayaan akedemik merupakan tonggak utama yang perlu diberikan perhatian yang serius.Pada harin ini kejayaan akedemik yang cemerlang amat penting untuk membantu para pelajar mendapatkan bidang kerjaya yang terbaik. Walaupun proses pembelajaran tersebut kadangkala menyukarkan namun hasilnya amat menyoronokkan.

Walau bagaimanapun, senario semasa menunjukkan kebanyakaan pelajar menghadapi  masalah dalam proses belajar dan pembelajaran. Berdasarkan beberapa kajian yg telah dijalankan, antara faktor utama yang menyebabkan pelajar gagal untuk mencapai kejayaan akademik yang cemerlang adalah seperti berikut:-

1. Kurangnya motivasi diri
2. Kurangnya kometmen kerohanian & didikan atau pengetahuan agama.
3. Kurangnya menggunakan perpustakaan sebagai sumber rujukan.
4. Tiada mempunyai strategi membaca, mengambil nota, dan membuat tugasan yang berkesan.
5. Ponteng kelas.
6. Tidak mengamalkan perbincangan kumpulan
7. Tidak mempunyai teknik untuk menghadapi peperiksaan.

Selain itu kajian juga menujukkan terdapat beberapa faktor lain turut menyumbang kepada masalah yang sama. Antaranya ialah seperti berikut :-

1. Keadaan rumah yang porak peranda.
2. Banyak pertengkaran dan ketegangan
3. Ketiadaan restu ibubapa
4. Disiplin yang terlalu ketat
5. Kesihatan fizikal yang lemah.
6. Sering berpindah
7. Kekurangan desakan.
8. Lebih mementingkan aktiviti luar bilik darjah daripada pelajaran.
9. Tidak mempunyai tabiat belajar yang baik.
10. Asas kemahiran belajar yang lemah.
11. Ketiadaan rangsangan.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

12 Pesona Kata Hati Mereka: