Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 11 Julai 2010

Berdayakah diri ini membentuk keluarga bahagia ( soleh dan solehah)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Apa khabar semua, datang lagi mentarikan jejari menyentuh huruf-huruf pada button pc ini. Pastinya kekawan blogger dengan pantasnya mewarnakan laman masing-masing dengan info2 baru. Tahniah dari saya selaku seorang blogger yang agak perlahan menyalur maklumat sebagai santapan buat semua yang menjadi pengikut laman etuza warna kehidupan.

Keluarga, siapapun kita pastinya inginkan kebehagiaan dalam rumah tangga. Rumah tangga yang terbina janganlah di runtuhkan hanya kerana perkara-perkara yang remeh temeh. Bangunkan keluarga dengan penuh ikhlas pada kedua belah pihak yakni lelaki dan wanita atau para suami dan isteri. Niatkan dalam hati kita agar kita akan bisa membentuk keluarga sakinah yang menjadikan diri anak-anak kita  hamba yang tahu diri di sisiNya. Tetapi amat menghambakan diri, meyakini bahawa Allah itu maha hebat dan luar biasa.

Bila teringat bahawa kini ada antara kita seperti saya sedang berhadapan dengan tanggungjawab terhadap keluarga, yang di dalamnya ada anak-anak kecil yang perlukan pimpinan kita semua. Ada anak remaja yang kini membesar. Selain itu kita ada diri dan isteri yang seharusnya bersama sepakat memikul tanggungjawab ke arah keluarga sakinah. Mampukah saya membentuk keluarga sakinah ...mampukah saya memegang semua hati yang berada dalam lingkungan saya kini. Bisakah saya meleraikan kekusutan jiwa yang melanda. Yang saya pasti bahawa semakin hari semakin banyak cabaran dan halangan yang perlu dihadapi bila melihat tanggungjawab saya semakin bertambah...rasanya semakin berat berbading lima tahun yang lalu.

KepadaMu ya Allah yang maha esa berilah kekuatan pada diriku dan seluruh keluargaku agar kami semua dalam lingkungan rahmat dan engkau sayangi serta menjadi umat nabi junjungan di akhr zaman. Tiap detik yang berlalu tidak lepas doaku memohon padaNya agar diriku mampu menjadikan anak-anak kami sebagai anak yang benar2 beriman kepadaNya.

Dalam pada itu saya melihat terlalu banyak hasutan di sekeliling, di sekeliling anak-anakku dalam melayarkan kehidupan. Silap melangkahkan kaki pasti ada yang kecundang. Saya melihat di manapun ada saja hasutan itu, jika bukan hasutan sesama tetapi bisikan yang halus tidak berwajah datang menganggu semua hasrat hati membawa keluarga ke arah sakinah. Namun keyakinanku hanyalah padaNya agar perkenankan doa2ku kepada anak2 kami. Bahawa dengan berpegang teguh kepada kalimah Allah maka apa juga bentuk cabaran dapat di atasi. Semuanya atas dasar kasih sayangNya kepada hambanya yang inginkan perlindungan.

Bisakah mencapai impian membentuk keluarga bahagia dan sakinah..kepada keluargaku ini, jalan telah ku pilih bahawa hanya berpegang teguh kepada agamaNya agama Allah dan agama nabi akhir zaman. Maka jalan menuju taqwa juga telah ku pilih untuk anak2ku. Dengan harapan mereka perolehi ilmu untuk panduan kehidupan di Dunia dan akhirnya di akhirat sana.KepadaMu jua ku pohon agar dapat memberi kesempatan bagiku membawa anak-anak ke arah iman dan taqwa yang menjamin kehidupan mereka.

Selamatlah keluargaku dari musibah & selamatlah keluarga anda semua dri musibah...Amin ya Allah ya Rahim...


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

5 Pesona Kata Hati Mereka:

Zikri Husaini berkata...

Insyallah boleh pakcik... keluarga pakcik memang sangat istimewa... :-)

Unknown berkata...

terim kasih zik..apa khabar lama tak ziarah pacik..semoga sihat ya

Kamsiah yusoff berkata...

salam sahabatku
kejayaan seorang lekai bkn terletak
pada berapa gulung ijazah yg diperolehinya
atau berapa tinggi/besar rumah yg dibinanya
atau berapa buah kereta mewah yg mampu dibeli
tidak juga pd kejayaannya memperisterikan selebriti cantik dan popular

tp kejayaan sebenar ialah
keupayaannya memimpin keluarga kejalan ALLAH...mendidik anak2 dan isteri kearah kesempurnaan iman...menjadi bapa yg berjaya membentuk anak2 menjadi soleh dan solehah...

Unknown berkata...

Wasalam tuk keluarga kamsiah.
Saya benar2 berterima kasih kerana menerima warkah dri anda. Sedikit sebanyak memberikan saya kekuatan dan sokongan bahawa bagilah apa sahaja..ke arah keluarga bahagia, tetapi jika bukan memilih jalan yg lurus yakni di jalanNya maka apa juga niat tak akan kesampaian.
Syukran dan hanya Dia yg tahu membalas budi.

AhMaD FiKRY berkata...

insya Allah
semoga berjaya dan terus berjaya.
:)