السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Keikhlasan adalah dituntut ketika kita bekerja dengan siapa sahaja. Fitrah manusia apabila bekerja akan diberi imbalan yang setimpal dalam bentuk wang sebagai ganjaran atau berbentuk barangan yang boleh diterima. Bila kita melakukan kerja dengan ikhlas kerja kita lebih mudah dan kita akan disenangi oleh orang di sekeliling kita di mana juga kita berada. Namun terdapat juga golongan manusia yang ikhlas tetapi sebenarnya tidak memerlukan imbalan. Jikapun ada imbalan orang yang ikhlas itu terus bersyukur kepada Allah.
Keikhlasan melakukan kerja bukan terhad hanya dengan kita bekerja di sektor kerajaan atau di sektor swasta, tetapi keikhlasan itu juga di tuntut ketika melakukan kerja-kerja rutin di rumah dan di mana-mana. Dan sudah pastilah kita semua amat dituntut untuk ikhklas menunaikan tanggungjawab kita sebagai hambaNya dengan menunaikan solat dan amalan yang lain.
Sesungguhnya apabila kita sentiasa meletakkan rasa ikhlas dalam sanubari kita dalam apa juga kerja yang dilakukan itu, pasti kita akan mendapat kesan yang nyata sekali. Tanpa sedar kita telah melakukan yang terbaik untuk diri kita, keluarga dan kebaikan juga kepada masyarakat di sekitarnya. Orang yang ikhlas biasanya akan bekerja dengan gigih, sabar dalam menagani semua permasalahan yang timbul, merasakan bahawa tiap kerja itu bukan beban tetapi menganggap bahawa itu tugasnya dan merupakan tanggungjawab yang perlu di pikul. Orang yang ikhlas juga akan menganggap sesuatu kerja yang berat itu sekadar kerja yang ringan sahaja. Maka dengan rasa keikhlasan seumpama itu orang tersebut boleh menyelesaikan kerjanya dengan mudah dan lancar. Demikianlah keadaannya apabila seseorang itu ikhlas dalam tanggungjawab yang dipikul.
Sesuatu yang menarik apabila kita sentiasa ikhlas dalam sesebuah organisasi atau di mana juga, kita akan melihat banyak hikmah yang diperlihatkan oleh Allah yang maha esa di hadapan kita tanpa kita sedari. Umpamanya kita akan merasa berpuas hati dengan kerja kita, orang lain juga merasa puas dan bangga dengan hasil kerja kita. Kita akan mendapat keselesaan yang luar biasa apabila tempat kita bekerja sentiasa ceria, kemas dan bersih. Kita akan dapat beramah mesra, saling tolong-menolong dengan baik tanpa halangan di organisasi kita. Selain itu orang yang datang ke organisasi kita akan merasa sangat gembira dengan layanan kita dengan ikhlas hati. Dan sesungguhnya banyak perkara dari perkara kecil hinggalah ke perkara besar akan kita lihat sendiri apabila kita pertaruhkan keikhlasan dalam bekerja atau juga dalam melakukkan apa juga kerja di rumah kita sendiri. Kerajaan kita sebenarnya amat menggalakkan kita agar ikhlas dalam melakukan kerja walhal dalam komunikasi pun kita digalakkan sangat agar sentiasa ikhlas agar " Budi Bahasa Budaya Kita" dapat direalisasikan.
Oleh itu ikhlaskan hati kita dalam menggalas apa juga cabaran. Anggaplah tiap kerja yang berat itu ringan kerana dengan berfikiran seperti itu kita akan mampu melakukan serta menyelesaikan kerja itu dengan mudah dan lancar.
Ikhlaskan hati ketika solat, terbitkan rasa khyusuk dalam solatmu.
7 Pesona Kata Hati Mereka:
salam:)
segala kerjabuat yang berlandaskan keihklasan semmgnya satu amalan yang pasti ada keberkatannya..
Wasalam Ktini..terharu mendapat ulasan ikhlas anda, anda yg pertama menyapa setelah lama x membuat n3..syukran kita bersama mengambil manfaatnya. Amin
salam, lama tak singgah ke blog ini... itu sahaja..
wasalam..tq zik..sememangnya kita x lepas dr kesibukan dlm mengatur kehidupan kita sehari2..
salam
percayalah...jika kita melakukan kebaikan walau sebesar zarah sekalipun,jika inaya ikhlas dari hati kita,kita akan merasa amat puas...
wasalam Kamsiah..
Betul tu..
Sebaliknya apa yg kita buat jika tidak ikhlas tidak akan diberkatiNya. Ikhlaskanlah segala yg kita beri..semoga ada hikmahnya tu kamsiah..tq ulasan yang murni itu. saya sangat hargainya
Salam Fakeh..trmasi info ni ya..insyaallah
Catat Ulasan