Betullah bahawa kehidupan ini satu perjalanan
Selagi kita ada nyawa, selagi itu berbagai rupa bentuk
pengalaman yang kita akan lalui.
Berada di awanan biru sangat mengujakan diriku
sesungguhnya berada di awanan biru satu situasi
yang sangat mengasyikkan, satu keadaan bahawa
kita seolah-olah sedang terbang lepas di awanan biru.
Subahanallah...alhamdulillah huAllahu Akhbar.
Betapa besar kuasaNya dan betapa kasih Allah
kepada kita sebagai hambaNya yang memegang
Kalimah Allah, Nabi Muhammad itu rasulullah.
Lihat awanan biru ini...kita berada jauh di udara..
Tenang dan begitu damai...
Sekali lagi saya katakan
Subahanallah
Sungguh nikmat kehidupan ini.
Terima kasih Ya Allah..
memberi saya peluang nikmat
yang sungguh luarbiasa
dalam kalung kehidupanku.
Kadang kala saya merasa bagai mimpi..
bila mengingati saat dan seketika berada
di awanan nan biru..
Aduhai hebatnya melihat alam..
Rupanya inilah nikmat bila
seekor burung terbang di awan biru..
Menikmati indahnya dunia ini..
Sungguh nikmat..
Subahanallah..
Akan tetapi nikmat berada di awanan biru ini..
hanya seketika sahaja.Sedang realiti
sebenar-benarnya ialah kita harus
berpijak di Bumi nyata.
Sebab itu kta harus kembali ke fitrah asal..
bahawa kita tidak miliki sayap untuk terbang..
Had keupayaan kita sangat terbatas.
Kepada yang selalu menikmati indahnya
berada di awanan biru..
sesungguhnya apa yang saya rasai ini
anda semua merasainya.
Jadi mari kita besarkan impian..
Besarkan doa..
Untuk menakluki dunia..
InshaAllah..
tanpa terduga anda akan
melihat keindahan bumi Allah ini
seluas-luasnya.
Sebelum undur diri...
Mari baca ALFATIHA UNTUK
MH370 & YANG TERKORBAN MH17
Semoga mereka diampunkan dosa
dan ditempatkan di sisi orang-orang yang
beriman di alam barzak.
Hummm ini juadah di awanan biru
Sedap..Nyammm!!!
Hakcipta@etuza
4 Pesona Kata Hati Mereka:
Bila berada di awan biru, terasa diri begitu kecil...sekecil zarah, kerana ketika itu seluruh hidup diserahkan kepada kuasa Dia Yang Maha Kuasa. Dengan kuasaNya diizinkan kita selamat mendarat, jika Dia tak mengizinkan di situlah saja pengakhiran perjalanan hidup kita....
subahanallah JR..betul..tiap saat doa kepadaNya memohon keselamatan..alhamdulillah...
saya ni gayat,,kecut perut bila berada di tempat tinggi :-)
Asalam adinda B M..tq ya..nanti saya terjah blog awak ya
Catat Ulasan