Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 3 Jun 2013

Fikirkan Hak Pelanggan

Assalamualaikum...

( mee goreng yg biasa ja ni ~ etuza yg masak, tak ada rambut ya)
Gambar hiasan - halal lagi bersih..alhamdulillah..

Cerita pasal makanan memang ada masanya menarik untuk dipersembahkan dalam blog. Jika tiada pasal cerita mengenai makanan memang payah juga hendak menyampaikan satu cerita mengenai makanan yang kita memang biasa makan. Paling mudah untuk sampaikan sebuah entry hal makanan ialah resepi sesuatu bahan makanan. 

Kali ini entry baru saya pasal makanan. Tidak mustahil jika kita teringin memakan sesuatu makanan yang kebetulan tiada di dapur kita, kita akan membeli makanan tersebut di tempat2 jualan makanan. Seperti saya juga tidak lari dari membeli makanan yang kita gemar itu. 

Dalam keenakan mengunyah makan itu, sehingga terbuai oleh rasa yang sedap, akan berlaku satu keadaan hingga kita terasa loya, nak muntahkan semua makanan yang kita sudah telan itu. Pasti semua orang atau pelanggan seperti kita pernah mengalami keadaan itu. Inilah yang saya alami, iaitu hampir tertelan RAMBUT panjang dalam makanan yang saya beli. Hanya Allah saja yang tahu betapa saya amat jijik dan merasa mual.

Oleh kerana pernah beberapa kali terkena, saya mulai merasa was2 dan serik hendak membeli makanan di luar. Jika pun saya membeli saya akan berhati-hati. Kepada penjual makanan di gerai2, di restoran2 di manapun ..mintalah jagalah KEBERSIHAN, hargailah pelanggan anda. Kerana makanan yang benar2 bersih dari kotoran seperti rambut akan bertahan dan pasti pelanggan akan berterusan membeli makanan yang anda niagakan. Kebersihan itu penting, jika hendak membuat makanan jualan pakailah tudung kepala bagi wanita, sesungguhnya orang-orang yang menjual makanan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jualan yang dijual yakni kebersihan terjamin pasti murah rezekinya. Dalam agama Islam kebersihan amat-amat ditekankan, begitu juga dengan anutan agama lain. Kebersihan itu tetap perkara yang dilihat.

Oleh kerana peristiwa ternampak rambut dalam makanan baru-baru ini, maka saya mulai berhati2, hanya akan membeli di tempat yang benar2 terjamin kebersihan. Susah juga mengelak untuk tidak membeli, kerana waktu itu kita berada di tempat yang memang perlu membeli  makanan untuk mengalas perut. Dan akhir sekali saya nak kata " Lebih jimat jika memasak sendiri makanan itu dan lebih terjaga kesahan kebersihan makanan kita".
@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

15 Pesona Kata Hati Mereka:

ewanthology berkata...

mungkin tidak disengajakan tetapi tukang masak boleh mencegahnya dengan memakai tudung bagi wanita dan memakai topi bagi lelaki.

Tinta Lana berkata...

Salam.

Saya pernah makan disebuah gerai.. nampak anak lipas kecil didalam sebuah mangkuk sup..huu..

Saya tak pernah singgah lagi kat kedai tu sejak haritu.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum....

menghilangkan selera kalau terjumpa sesuatu yg tak sepatutnya ada di dalam makanan....

antynid berkata...

kalau nida jmpa rmbut dlm mkanan,mmg xkn mkn la..geli.. hihi

Unknown berkata...

terus terang gerai jualan tu, saya dah tak datang membeli dah..harap2lah tak jumpa rambut lagi, apa2 macam lipas tu...apakan daya mybe mereka tak sengaja..

Miss N™ berkata...

errr,,,pernah juga alami, siap rambut tu beruban lagi..selera mmg terus terbantut nak mkn...

rasa nak tkeluar balik..huhuh...
lepas tu, mmg akan beli mknan dekat situ dah la..huhuh

||aLeaSaRa|| berkata...

3 benda yang saya pantang masa makan luar..lalat banyak....nampak tikus dan ada rambut dalam makanan ayoyo....

Bunda_nora berkata...

assalam,

pada bln puasa thn lps bunda kepsr ramadhan membeli kuih muih..bunda ternampak ada rambut dlm kuih yg sedang di masukkan keplastik..bunda tegur...penjual tu cuma buang rambut tu je tanpa membuang atau mengganti kuih yg lain..bunda tak kata apa...balik rumah bunda buang je kuih tu..biarlah rugi rm1.00 dari mkn kuih yg sah2 nmpak rambut berselirat..

Umialya berkata...

pernah terjumpa lipas di dalam kuah laksa, mula2nya ingatkan asam keping...

Cik Nor berkata...

kna selalu berwaspada bila membil makanan kat luar...

Unknown berkata...

nmpk sdp mee goreng cikgu buat.. siap bgtau xde rambut..hihi.. lawak la cikgu ni.. dulu pernah juga jumpa rambut dlm makanan yg kita beli kat kedai mamak.. sejak tu mmg was2 nk beli kedai mamak lagi.. kena tgk jugak kebersihan kedai tu.. huhu..

Deq's Qienz berkata...

nmpk sedap mee goreng y simple tuh :)

Kamsiah yusoff berkata...

kalau saya nak beli makanan kat luar..saya akan perhatikan perkara berikut
-kalau penjual lelaki,dia tak merokok
,pakaiannya bersih,pakai topi /kopiah
ada tuala kat leher utk lap peluh

-kalau wanita,semestinya bertudung dan nampak bersih,tak bermakeup..

-kata ustaz,jika membeli dari mereka yg tak menutup aurat,makanan yg dimakan tak berkat,kita seolah bersubahat dgn mereka..

dulu saya suka beli nasi lemak kat depan rumah ,satu hari saya terpandang kuku suami kakak tu(yg menolong beliau berniaga)..bkn main panjang lagi...sejak hari tu,saya terus stop jd pelanggannya

JR berkata...

Kalau org putih yg terjumpa benda2 pelik dlm makanan, mereka siap pergi buat laporan polis dan saman pemilik restoran dgn harga juta-juta kerana menghilangkan selera makan mereka seumur hidup....

dya nasir berkata...

bru2 ni pun dya dh terkena..terus hilg selera mkn..