Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 1 April 2013

Allergic Masuk KFC Siap 2 Perkara Di Keningau.

    Kadang ada kala terjerat dengan promosi hebat pada banner iklan yang gah terpampang di kawasan bulatan di Jalan Masak Keningau. Harga promosi RM 5.95 sen bagaikan mengajak untuk cepat datang ke permis itu. Pastinya hendak melayan selera yang tidak pernah nak puas ini. 

Kemudian menyatakan cadangan rancangan dan keinginan untuk membawa anak-anak ke permis itu. " Lapar lah..dah jam duabelas tengahari ni, kita singgah KFC lah, baru balik ke rumah.!" Inilah ajakan saya kepada anak-anak saya yang masa tu lima orang ikut ke pekan Keningau. " Tak mahu..bagus balik terus ke rumah, mama dan masak tu.." Ini kata-kata anak ke empat ( lelaki ) " Ala ayah mahu bawa ke KFC, marilah kita ke sana ...bukan selalu, kan ayah ajak tu.." Ini pula kata-kata anak perempuan yang keduadan anak ketiga. " Tak mahu..bagus ayah bawa   ke restoran yang ada juadah nasi banyak lauk pilihan..kenyang lagi.." Agak tegas suara ini, saya fikir ada benarnya kata-kata anak ke empat. Kebetulan memang perut agak lapar kerana lama melayan anak-anak bawa saya pergi membeli keperluan di Servy Keningau dan di kedai buku Evegreen  Keningau. Sesuai sangat makan nasi dengan lauk dan sayuran. Elok juga dilayan kehendak anak ke empat.

Lastly bawa mereka ke Restoran Nurjana..memang banyak pilihan lauk pauk di restoran tu dan kalau tahap kebersihan restoran ni mempunyai kad A. Anak-anak makan pun selesa dan puas memilih lauk mana hendak di makan masa itu. Bila saya tanya, anak ke empat, dia benar-benar allergic kalau sebut KFC. Sebab itu dalam gambar kami di KFC ni tiada dia, tak mahu ikut walhal mama bagi green light nak ke KFC masa itu sekali sekala kan apa salahnya, niat nak  bahagiakan anak-anak. Bukan selalu, kadang dua bulan baru sekali ke KFC. Apapun saya sayang semua anak-anak saya, yang punyai citarasa berbagai tu. Alahai anak.....))

Bolehlah menggugat selera..

anak ke 4 tak ikut ke KFC..tak ada dia sini..
ini awal bulan Feb 2013...
 Tengoklah mama sampai tak sedar
diambil gambar..entah apa pula yang
dipandang oleh yag berbaju biru..
macam ada sesuatu ja..
 nampak tak  besarnya banner IKLAN RM 5.95 sen.
..jangan lupa lihat juga kayu manis tu..
Simbol di round about menuju ke Jalan Masak
Keningau...
Perkara 1.  Permis baru KFC ke 2 di Keningau..
baru awal Feb 2013 dibuka..
Ada juga masuk dah sekali ke sini..
KFC dua tingkat..nampak pemandangan Kg.
Masjid Keningau dan Padang Keningau..

Perkara 2. Deretan pintu-pintu kedai bangunan 
baru di Keningau..yang uniknya bangunan ini
panjang hingga ke round about Jalan Masak Keningau..
Agaknya siapalah yang bertuah akan memiliki
kedai-kedai kecil ini..
Nak tengok juga apakah jualan mereka..
Menurut yang saya dengar akan ada
jualan kraftangan kat sini..
Tunggu dan lihat ja lah kan..
Masa ini belum ada yang dibuka atau digunakan..
semua pintu masih tertutup.
Keningau kini..amat membangun..

Inilah anak ke 4 etuza yg tak suka
KFC..harap tak marah dia..))

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

25 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

wah..bagusnya...makan kat sugarbun syok jugak..sedap!

Kamsiah yusoff berkata...

sekali sekala layan..tak mengapa..tiap minggu ke sana..mau muflis big boss..:)

Unknown berkata...

tak ada peruntukan kalau tiap minggu ...gaji bulan hujung blan baru terima..hehehe

Zinnia Z A berkata...

kalau saya pulak , keinginan nak makan KFC sangatlah membuak2. tapii . bila pas makan, sure rasa MUAKKKK sangat . ahaahha.

Jahirah berkata...

lain anak lain ragam n seleranya....hee baik dia xmkn kepsi...;p

Unknown berkata...

Wahh besarnya banner,,xder banner sebesar tu kat Dungun..

THE AUTHOR berkata...

Semakin membangun..
Saya suka KFC...

||aLeaSaRa|| berkata...

saya kan kalau nk tapau kfc mesti masak nasi dulu,sbb hubby kata x kenyang mkn ayam je.kalau mkn kt sana,x nak lak hubby order kfc dgn set nasi tu hah adeihh...

pnh jugak sy msk nasi,then beli kfc dan beli sayur campur kt gerai,blk umh perghh mkn x toleh kiri kanan.

dya nasir berkata...

kalau sebulan sekali ok lah..sbb bkn slalu mkn kn..hiihi

Miss N™ berkata...

kepsi dan mcd..
nur lebih suka kepsi...

Tanpa Nama berkata...

salam....jemput join segmen kathy
http://coretanhatikathy.blogspot.com/2013/04/1st-segmen-selamat-hari-lahir-by-kathy.html

Faridzuan berkata...

Oh My Ke-ep-ci! Perghhh! Sedapnya!

Tinta Lana berkata...

Salam.

Uncle, ya, blog IQRA' yang uncle masuk tu, blog saya juga..blog kedua saya, hehehe. Kat situ, penulisan saya lebih fokus pada buku, event book fair, dan percubaan saya menulis cerita.

Urmm..knapa anak uncle allergic, dia mmg tak suka kfc ya,hehehe.

Kami sekeluarga pun, bukan selalu makan kfc..tpi kalau saya teringin sgt, biasanya, saya bawak adik trus makan kat restoran kfc dishopping mall :)

Delima Zamrud berkata...

Ermmm KFC anak2 D5 xpenah tolak berebut2 memasing makan D5 dpt kulit je lah hehheh :)

Cik Nor berkata...

wah..untunglah a.etuza..ada anak tak suka mkn kfc..klu cik nor pantang nampak kfc..trus msk..haha

HeNRieTTa JoSe berkata...

mcm mcm karenah kan anak anak...tapi menghiburkan....

aReLaN berkata...

langsung tak makan KFC ke tu???sian dia. tak dapat merasa nikmat pekena KFC.hehhe

Solehah Shamsuddin berkata...

npe banner tu besar sgt. wt org kempunan je :)

JR berkata...

Anak2 JR kebanyakannya lebih suka Pizza dari KFC. JR pulak tak suka kedua2 nya, kalau masuk KFC atau Pizza JR cuma order roti....(perut Melayu tak sesuai dgn selera Mat Salih..)

Bin Muhammad berkata...

Salam,
Pesat pembangunan Keningau, entah bilalah dpt merasa menjejak kaki ke bumi Borneo ni.
Iklan tu memang besar! memang menarik sesiapa yg melihatnya!

Unknown berkata...

wah2.. mkn kepsi yer cikgu..sedapnye...

Nurul Says berkata...

suami saya pn x berapa gemar makan kfc..tapi saya dan anak2 peminat tegar kfc kih3x.. tp mahal kfc kan.. sekali sekala boleh lah

Mrs Velentine berkata...

bagus dia nda suka fast food...nda marah pun..kedai buku evergreen mcm di kk pun ada

Abang Karu berkata...

nasi ayam KFC tu sedap tu...supnya sedap :)

9n0L4 berkata...

kfc baru bukak ke cekgu. patutlah cepat je perginye. hee.