Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 29 Mac 2013

Memukul Anak Bukan Cara Terbaik Mendidik Anak

Dulu masa menimang anak pertama bahagia bukan kepalang, hanya Allah yang tahu kebahagiaan itu. Masih kuat dalam ingatan bahawa pernah ibu dan ayah kandungku berkata " mendidik anak ni bukan perkara mudah, bila besar nanti lagi hebat cabaran mendidik anak, masa bayi dan kanak-kanak boleh lah goyang kaki tapi ingat...anak ni bukan binatang yang boleh di ikat tali ke batang kayu...tetapi kamu harus mendidik jiwanya dengan kasih sayang dan tidak menyakiti anak" inilah kata-kata ibu dan ayah suatu masa lalu. 
Benar kata ibu ayah, kuatnya cabaran mendidik anak saat mereka meniti remaja. Cuma terfikir olehku bahawa tidak pernah mendidik mereka, tidak pernah membesarkan mereka dengan kata-kata kesat, mengherdik, menengking dan sepak terjang tanpa sedar tubuh badan anak dikasari. Anak-anakku membesar dengan suara pertama ke telinga mereka adalah azan dan iqmah. Sayang sekali, apabila anak remaja ada orang luar yang memukul anak kita, menyakiti anak kita, memberi rasa kesakitan di tubuh badan dengan hanya anak remaja kita itu tersilap kata. Dan pastinya apabila di alam persekolahan ada kala anak-anak kita terpengaruh dengan cara anak-anak orang lain berbicara. Sebab ada juga kita mendengar ada remaja lain yang mengatakan perkataan seperti perkataan tersebut di bawah. Sedaya upaya kita sebagai ibu bapa memberitahu dan menegur anak kita bahawa kata-kata kesat seperti itu tidak baik diamalkan kerana akan mengundang perkara buruk dalam kehidupan kita.

Terasa sedih apabila anak kita dikasari dengan hanya anak remaja kita itu tersilap sepatah kata. Pendidikan agama ku utamakan untuk pendidikan anak-anak, dan tidak pernah mengajar anak-anak dengan suara kebencian, dengan kata-kata kesat. Perkataan seperti di bawah ini benar-benar ku elakkan, kerana jika terucap kata itu bagaikan doa. Lihatlah kata ini:-

* BODOH KAU
* BEBAL KAU
* MATI KAU
* KURANGAJAR KAU
* CELAKA KAU
* AWAS KAU BODOH
*BABI KAU
*ANJING KAU
* ANAK DERHAKA KAU
* MAMPUS KAU..

( saya tak pernah kata dan hina anak saya dengan kata-kata kesat ini ~ Kerana ku tahu sejak sebelum ada anak kata-kata ini telah sediaku ketahui  bahawa kata kata kesat ini tidak mengandungi kebaikan tetapi mengundang PADAH  dan saya beragama ISLAM, ISALM tidak ajar dengan cara kasar ini  ~ Terima kasih )

Ya Allah sungguh tidak pernah ayah dan ibu anak-anak ku mengatakan ini kepada anak-anakku yang kini meniti remaja. Sungguh tidak sama sekali menagajar mereka dengan kata-kata membunuh seperti di atas. Sebagai ayah ku didik anak-anak dengan mengenal kesilapan mereka, menghubung kait dengan hukum Allah bahawa hidup ini sementara dan kita perlu membuat amalan yang banyak agar amalan itu benteng kita di akhirat. Ku beritahu mereka bahawa suatu masa mereka akan meninggalkan keluarga seperti mereka tinggal di asrama atau pergi melanjutkan pelajaran ke universiti. Maka masa itu AMAT penting memegang budi pekerti dengan antara lainnya tidak berkata kasar kepada kawan-kawan sebilik dan kawan-kawan sepermainan di padang bola. 

Entahlah, inilah namanya manusia, tiap manusia itu ada ujian masing-masing. Dan paling mudah nak faham bahawa manusia macam kita ada perasaan dan hati, hati dan perasaan itu kala kesabaran tergugat maka terucaplah kata yang pihak lain tidak sukai, tetapi perlukan MEMUKUL perlukan TENDANG  kerana dengan cara PUKUL dan TENDANG itu tidak akan menyelesaikan kesalah fahaman, tetapi sebaliknya bawa mereka untuk berbaik dengan cara yang berhikmah. Beri motivasi, beri nasihat dengan bersungguh-sungguh bahawa kedua - dua pihak ada kesilapan masing-masing. 

Kepada anak remajaku, semoga semua nasihat ayah dan ibu kau semat dalam dirimu apabila engkau kembali ke asrama, bahawa USAH pernah lagi berkata kesat kepada kawan sebaya atau kepada kawan sekolah yang lebih umur kerana padahnya anakku sendiri akan terima, kerana hati budi dan cara orang lain berbeza dengan cara ayah mendidik kamu. Mungkin ada antara kawan sebaya mu, kawan sekolah mu yang lebih umur BERANI dan tidak MALU membuat kejahatan kerana itu habit mereka. Tetapi anak-anakku bukan ku didik cara itu, tolong tidak anggap saya kasar mendidik anak. Dan ku sedar anak ku bukan sempurna, mereka ada kelemahan sebab itu mereka terbuat silap. " KepadaMu ya Allah pelihara anak-anak remajaku dari di sakiti oleh orang lain, Ya Allah ampunkan dosa anak-anak remaja ku dan lindungi mereka dari mengasari orang lain" Amin ya rabbal alamin.
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

10 Pesona Kata Hati Mereka:

Chic Na berkata...

setuju. rasanya cara berlembut lebih berkesan kat anak2.

Unknown berkata...

terima kasih Chic Na

Miss N™ berkata...

pukul bila perlu sebenarnya...
jgn pukul tak tentu pasal...
itu mmg bukan cara yg terbaik....

AspenMyL berkata...

Tentang kata2 yang keluar dari mulut ni...memanglah penting sangat Tuan Rumah kan? Lagi2 dari mulut mak ayah

Aspen pun ada cerita tentang sebutan mulut: h
http://mylovelicious.blogspot.com/2013/03/ajar-diri-sebut-yang-baik-baik.html

Unknown berkata...

ye betul.. suka entri ni cikgu... kata2 mmg 1 doa.. kalo nk mrh skalipun x perlu la kuar perkataan mcm tu.. cuba la sebut pndai, cerdik, bertuah, atau perkataan yg baik2 je... dan kata2 itu jgn la kasar tp biar nmpk tegas dlm kelembutan... anak2 ni kalo kita berkeras dgn dia, dia pun lagi la berkeras dgn kita.. dah nama pun ibu bapa borek anak rintik kan..hihi.. deqla xde anak tp bole kan bg pendpt psl anak...? ;)

IntaNBerliaN berkata...

betoi tu... sebab tu kita kene guna bahasa yg baik2 ni kan.. semua tu doa

IntaNBerliaN berkata...

alhamdulillah dah dpt adiah tu... :-)

9n0L4 berkata...

kasar ni kesan jangke pjg ni. anak tak respek parents nnt. cume takut je.

Unknown berkata...

betul..didiklah dgn bijaksana... baru anak2 hormat dan sayang pada ibubapa..... jadi insan yg cukup sempurna....

Mrs Velentine berkata...

mengawal amarah itu yang patut kita buat dulu..kerana bila kita boleh kawal diri kita maka pastinya cara didikan juga berubah