Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 11 Februari 2013

Perlu Juga Sesekali Gambar Bercerita Dalam Blog

Hari ini tidaklah membosankan bagiku, malah aku merasakan nikmat percutian bersama-sama anak-anak tersayang. Anaklah penyeri rumah, merekalah tempat bermanja dan bercerita. Sesekali aku buka internet maya, aku klik klik ja blog list yang ada dalam blog Pesona. Selain itu aku klik informasi di google nak membaca lebih lah hari ini, lagipun di kawasan etuza hujan renyai-renyai. Sudah pasti sentiasa berada dalam rumah. Peliklah kalau hujan-hujan pun masih di luar rumah.

Adalah terbaca cerita atau luahan atau juga rungutan atau juga pendapat atau nasihat lah lebih kurangnya tu. Bagus sebenarnya menasihati dan kita pun dinasihati tak ada salah mengikut nasihat terutama otai2 blogger terkenal. Cerita dalam artikel yang saya baca tu mengenai gambar dalam FB tak pula dia kata gambar dalam blog. Apapun sama lah tu di FB atau Blog sama ja laman sosial maya.

Katanya : Tak payahlah semua gambar awak diupload kat fb, nak bagi tahu seluruh dunia. Yang dah memang tak jaga aurat letak gambar style macam-macam, sama juga kalau yang bertudung pun upload gambar banyak-banyak katanya. Sama juga dengan para lelaki. Blog yang aku baca tu, kata buat apa banyak2 gambar tu...kerana tujuan kita di laman sosial maya hanya menyampaikan maklumat ja dan berkongsi informasi kepada masyarakat yang memerlukan, bukanya upload gambar banyak2 katanya. 

Selepas membaca aku terasa nak menulis, berdasarkan kata hatiku. Padaku sesekali kita letak gambar upload gambar di blog atau di fb tu tak salah asalkan niat kita betul. Cuma yang tak lari tu ialah ada saja unsur pemikiran negatif dikalangan pembaca. Marilah selalu berfikiran positif, kadang2 gambar ni memainkan peranan agar ramai golongan membaca entry kita, pun demikian memang ada yang meluat tengok gambar kita dalam internet. Tak dinafikan tu.

Dapat dirumuskan bahawa tindakan pembaca yang baik ( positif) akan melakukan sesuatu sebaik melihat gambar2 kita iaitu:-

1. Melihat gambar terus klik dan tengok apa yang menarik pada gambar kita.
Kalau dia membaca itu satu kegembiraan bagi kita.
2.Klik gambar kita yang bermacam suasana dari unsur alam, manusia dan haiwan serta material, dah puas tengok beralih ke blog lain, tetapi tak membaca entry berjela kita. Jika ini berlaku kerugian bagi kita juga pembaca tu, kerana dia tak dapat apa2 manfaat di blog kita.
3. Pembaca melihat gambar kita akan mengundang idea-idea baru akan menjana banyak informasi maka dia tidak kekeringan idea bernas untuk menulis.
4. Pembaca berpuashati sekalipun hanya melihat gambar yang kita upload, kerana memang tak disangkal gambar bagaikan dapat menyampaikan cerita berdasarkan apa dalam gambar.

Jika inilah yang berlaku aku rasa PERLU JUGA SESEKALI GAMBAR DIUPLOAD DI DALAM BLOG dan FB. Niat yang betul, ikhlas dan tidak riak akan melahirkan jiwa yang tenang dan aman dalam melaksanakan tugas sebagai pemblog keci-kecilan. 
@hakcipta etuza




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

16 Pesona Kata Hati Mereka:

Farah Waheda Wahid berkata...

setuju dengan entri cikgu ni...dan seboleh2nya janganlah kita terlalu cepat nak jatuhkan hukuman pada seseorang dan bersangka baiklah...

Unknown berkata...

betul tu FWW.tq

Amin A. R berkata...

1 gambar ada pelbagai cerita disebaliknya :)

Bunda_nora berkata...

BUNDA upload banyak gambar Zarif jer ..takper kan..

THE AUTHOR berkata...

Saya sokong..apa2 pun niat kita masa download tu..
Dan kita pun mesti sentiasa berpikir positif dulu..

Ezwan Amrin berkata...

setuju...ada gak yang upload untuk backup, manatau hard disk rosak, semua gambar hilang...tapi boleh copy balik from FB wpun quality dah jd low...hehe~

LYAfrina berkata...

setuju dgn cikgu..

tak diakui..lya suka upload gambar... esspecially pic anak lya.. gambar lya jarang. sbb blog adalah utk myimpan knangan waktu ank mbesar.. jd blog lya smuanya gambar xtvt ank2.. dan sesekali share resepi besert gambar..

Unknown berkata...

salam..cikgu..tidak dinafikan gambar penting dalam penyampaian cerita ..tetapi jangan berlebih..novel tak ada gambar pun tetap laris...hu..hu..pendapat saja..

Umialya berkata...

kdg2 gambar penyelamat keadaan, jika entri panjang2 tanpa selingan, bosan jugak, jadinya terus komen tanpa baca isipatinya

(kdg2 komen tak ada kena mengenapun dengan entri..)

Unknown berkata...

hmm...asalkan gambar tu tak melampau batas rasanya tak salah nak letak di laman sosial...kalau mcm FB tu mmg tujuan asalnya utk berkongsi ttg kehidupan pemilik akaun...bagus juga kawan2 boleh tahu perkembangan, contohnya org yg tgk profil tu akan ckp "ooh dah besar dah anak si Pian ni...lama betul tak jumpa dia..."

Abang Karu berkata...

ya cikgu...saya pun kdg2 ada letak gambar juga pada blog dan FB

tp x byk gambar saya....hehehee

Kamsiah yusoff berkata...


bg saya..tak salah jika gambar percutian,tempat2 menarik,..dikongsi bersama..mungkin bermanfaat kpd mereka yg belum pernah kesana..

Salmi berkata...

Pada pendapat saya tidak salah meletakkan gambar cuma perlulah berpada-pada.

Miss N™ berkata...

nur byk upload gmbar lain..hihih

Mrs Velentine berkata...

assalammualaikum cikgu..setuju..ada gambar tue dapat menarik minat..cuma kadang2 disalah tafsirkan

Mrs Velentine berkata...

assalammualaikum cikgu..setuju..ada gambar tue dapat menarik minat..cuma kadang2 disalah tafsirkan