Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 11 Februari 2013

Hangat Isu Kerakyatan Sabah

Off! baca dulu usah berfikir jauh dulu...
Tidak lama lagi akan ada pembubaran pucuk pimpinan kerajaan Barisan Nasional untuk melalui fasa pilihan raya yang juga tidak lama lagi akan di adakan pada 2013. Di sana - sini, di mana-mana rancak suara-suara yang kita dengar mempertahankan dan menegakkan pendapat masing-masing. Memang tak sah jika kita tak dengar suara pembangkang kerajaan, ada saja isu yang akan ditimbulkan. 

Dan di Sabah Isu Kerakyatan Sabah bagaikan menjadi isu utama yang ditimbulkan. Kita akan banyak didedahkan dengan berita-berita menerusi akhbar yang pelbagai memperkatakan hal isu kerakyatan di Sabah. Menerusi blog maya di internet juga kita akan melihat dan didedahkan dengan pelbagai pendapat masing-masing. Baru beberapa minit telah saya baca dua paparan di blog blogger lain yang mengkhusus isu hal kerakyatan di Sabah. Blog pertama lebih kepada pendedahan bagaimana pendatang asing tanpa izin berjumlah 200,000 pendatang tanpa izin diberi taraf kerakyatan. Kemudian blog kedua yang telahku baca, lebih kepada menghuraikan bahawa taraf kerakyatan orang2 Cina di Sabah dan Sarawak adalah berbentuk sama jika pendatang asing yang layak di Sabah diberi kerakyatan, secara logiknya blog kedua yang aku baca itu membuka lembaran sejarah tentang bagaimana tiap individu di Malaysia diberikan hak kerakyatan, tetapi tidak menyalahkan PM Pertama Negara Tunku Abdul Rahman.

Etuza dalam hal ini, memang tak nafikan ramai masyarakat dari negara jiran yang kini hidup bermastautin di Sabah. Ramai ya memang ramai mereka dan dari suku yang pelbagai. Etuza melihat senario kehidupan ini sebenarnya satu bentuk penghijrahan demi mencari kelangsungan hidup seseorang manusia di muka bumi ini. Cuma yang silap ialah ada pendatang atau pelancong yang mencari jalan mudah hendak masuk ke Sabah dan di negeri lain.Ada kuasa membendung tetapi jika amalan rasuah masih menyelinap maka sukar hendak membendung pendatang tanpa izin. Niat mereka baik sebenarnya hendak cari makan, tetapi perlulah mengikut undang-undang di Malaysia, bukan masuk suka hati saja. Kerana jika keadaan ini berlaku maka akan melemahkan ekonomi negara.

Kepada penduduk peribumi Sabah...nak kemana sebenarnya kita, Allah dah ciptakan hamba-hambanya bersuku-suku dan corak warna kulit juga bahasa. Siapa kita nak mengukur kuasaNya. Sebagai rakyat biasa, hanya mempu berfikir bahawa siapa yang menang dalam pilihanraya akan datang itulah kerajaan baru yang kita ikut. Ikut apa yang baik dari kerajaan tetapi kita usah mengikut jika hal hak beragama dan merosakkan keamanan keharmonian negara terancam akibat kecuaian pucuk pimpinan kerajaan itu. Allah tidak suka kita menghina umatNya yang lain sedangkan Allah yang ciptakan kehidupan mereka. Dan sesungguhnya apabila di akhirat kita akan dihimpunkan pada alam akhirat yang sama, jika dapat diterima SYURGA kita adalah satu yang ditentukan oleh yang maha kuasa.

Hanya satu dari etuza, sebagai rakyat biasa:-

"usah kita bangga dengan kehidupan mewah kita di bumi sendiri, tetapi syukurilah nikmat kehidupan yang Allah beri itu, kongsikan kepada yang berhak kerana hakikatnya darah kita sama, status sebagai hambaNya sama..kita sembah Allah yang satu, tetapi jika hendak berhijrah ke bumi Sabah gunakanlah kuasa undang-undang yang di gariskan oleh kerajaan. Selebihnya marilah hidup sebumbung di Sabah tanpa membuat huru hara yang merosakkan keharmonian sejagat"

@hakcipta etuzaHangat 

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

13 Pesona Kata Hati Mereka: