Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 11 Februari 2013

Hangat Isu Kerakyatan Sabah

Off! baca dulu usah berfikir jauh dulu...
Tidak lama lagi akan ada pembubaran pucuk pimpinan kerajaan Barisan Nasional untuk melalui fasa pilihan raya yang juga tidak lama lagi akan di adakan pada 2013. Di sana - sini, di mana-mana rancak suara-suara yang kita dengar mempertahankan dan menegakkan pendapat masing-masing. Memang tak sah jika kita tak dengar suara pembangkang kerajaan, ada saja isu yang akan ditimbulkan. 

Dan di Sabah Isu Kerakyatan Sabah bagaikan menjadi isu utama yang ditimbulkan. Kita akan banyak didedahkan dengan berita-berita menerusi akhbar yang pelbagai memperkatakan hal isu kerakyatan di Sabah. Menerusi blog maya di internet juga kita akan melihat dan didedahkan dengan pelbagai pendapat masing-masing. Baru beberapa minit telah saya baca dua paparan di blog blogger lain yang mengkhusus isu hal kerakyatan di Sabah. Blog pertama lebih kepada pendedahan bagaimana pendatang asing tanpa izin berjumlah 200,000 pendatang tanpa izin diberi taraf kerakyatan. Kemudian blog kedua yang telahku baca, lebih kepada menghuraikan bahawa taraf kerakyatan orang2 Cina di Sabah dan Sarawak adalah berbentuk sama jika pendatang asing yang layak di Sabah diberi kerakyatan, secara logiknya blog kedua yang aku baca itu membuka lembaran sejarah tentang bagaimana tiap individu di Malaysia diberikan hak kerakyatan, tetapi tidak menyalahkan PM Pertama Negara Tunku Abdul Rahman.

Etuza dalam hal ini, memang tak nafikan ramai masyarakat dari negara jiran yang kini hidup bermastautin di Sabah. Ramai ya memang ramai mereka dan dari suku yang pelbagai. Etuza melihat senario kehidupan ini sebenarnya satu bentuk penghijrahan demi mencari kelangsungan hidup seseorang manusia di muka bumi ini. Cuma yang silap ialah ada pendatang atau pelancong yang mencari jalan mudah hendak masuk ke Sabah dan di negeri lain.Ada kuasa membendung tetapi jika amalan rasuah masih menyelinap maka sukar hendak membendung pendatang tanpa izin. Niat mereka baik sebenarnya hendak cari makan, tetapi perlulah mengikut undang-undang di Malaysia, bukan masuk suka hati saja. Kerana jika keadaan ini berlaku maka akan melemahkan ekonomi negara.

Kepada penduduk peribumi Sabah...nak kemana sebenarnya kita, Allah dah ciptakan hamba-hambanya bersuku-suku dan corak warna kulit juga bahasa. Siapa kita nak mengukur kuasaNya. Sebagai rakyat biasa, hanya mempu berfikir bahawa siapa yang menang dalam pilihanraya akan datang itulah kerajaan baru yang kita ikut. Ikut apa yang baik dari kerajaan tetapi kita usah mengikut jika hal hak beragama dan merosakkan keamanan keharmonian negara terancam akibat kecuaian pucuk pimpinan kerajaan itu. Allah tidak suka kita menghina umatNya yang lain sedangkan Allah yang ciptakan kehidupan mereka. Dan sesungguhnya apabila di akhirat kita akan dihimpunkan pada alam akhirat yang sama, jika dapat diterima SYURGA kita adalah satu yang ditentukan oleh yang maha kuasa.

Hanya satu dari etuza, sebagai rakyat biasa:-

"usah kita bangga dengan kehidupan mewah kita di bumi sendiri, tetapi syukurilah nikmat kehidupan yang Allah beri itu, kongsikan kepada yang berhak kerana hakikatnya darah kita sama, status sebagai hambaNya sama..kita sembah Allah yang satu, tetapi jika hendak berhijrah ke bumi Sabah gunakanlah kuasa undang-undang yang di gariskan oleh kerajaan. Selebihnya marilah hidup sebumbung di Sabah tanpa membuat huru hara yang merosakkan keharmonian sejagat"

@hakcipta etuzaHangat 

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

13 Pesona Kata Hati Mereka:

Kamsiah yusoff berkata...

betul ke pendatang indonesia dan filipina mendominasi keadaan disana...?

Unknown berkata...

Kamsiah! sekali pandang kalau di bandar,tapi hakikatnya orang2 peribumi di Sabah ada di kampung2, kan orginaliti penduduk ada kampung dan desa, so kalau gabung semua kampung Sabahan..banjir lautlah kadazanDusun melayu Dusun tu, sabah ni luas kita jangan lihat satu tempat. Di keningau masih ok...kami majoritinya.
KadazanDusun yang muslim cara hidup sama di Semenanjung, ada kenduri dan lain2 acara...sama ja.

Unknown berkata...

Pernah pergi Lahad Datu kah? paling teruklah PTI disana tau ka...bayangkan penigkatan pnduduk sabah dr 2.8 juta kepada 3.7 juta, hanya dlm 2 tahun saja..berapa ramai anak seorang rakyat utk bertambah bgitu pantas??? 10 tahun lagi?? apa akan jadi??

Unknown berkata...

Saya orang Sabahan.
Memang ramai org filipina & indon.

ZWAN SABRI berkata...

Dalam isu ni zwan x berani nak komen lebih2 sebab takut menyentuh sensitiviti penduduk Sabah.. btw, setuju dengan bro Etuza.. :)

Kekzamanis berkata...

1st thing yang kena buat adalah bendung & cegah rasuah berhabis2an.. Semua ni hanya sebab still ada yang suka mengamalkan rasuah.. Erm..

THE AUTHOR berkata...

Hemmmm...perkara ni mesti diselesaikan secepat mungkin...

Unknown berkata...

terima kasih komentar anda.
Kadang2 saya seram bial ada suara2 mengatakan orang2 Sabah akan hilang hak..menakutkan.

Unknown berkata...

apapun balik kepada sentiasa berdoa padaNya. Insha Allah

ewanthology berkata...

yg penting keharmonian kena jaga

JR berkata...

Bagi JR kesilapan yg lepas mungkin telah menjadi sejarah, apa yg penting kesilapan terdahulu tak wajar diulangi oleh generasi sekarang cuma untuk mendapat kuasa di dunia yang cuma bersifat sementara, sedangkan di akhirat nanti kita akan disoal segala yang dilakukan di dunia. Hidup cuma sementara, jika hendak terus berkuasa biarlah ia berlangsung secara jujur dan telus supaya kita tak terbeban ketika berada di mahkamah Allah nanti...

Unknown berkata...

amat setuju dengan JAY Ar

Mrs Velentine berkata...

setuju..apa yg dicanang sebenarnya nda lah seburuk mana....kita sabahan masih lagi berada di bumi sabah