skip to main |
skip to sidebar
Mudahkan nak simpan duit
Nak kirim duit ke...
Semuanya di mesin ATM
Ni nak cerita lah ....
( gambar dari google )
Cerita ATM Mesin
Kadangkala kita kena gunakan mesin ATM untuk tujuan payment kita, semuanya cepat menggunakan mesin ATM ni. Ada hari tu etuza kena tegur, aku guna kaunter untuk kirim duit, pegawai bank tu tengok aku, lalu katanya " Kenapa tak guna mesin ATM, guna mesin ATM pun boleh tu masukkkan bank inkan wang". Aku kata " Sorrylah ...nak guna kaunter juga, boleh jugakan!" Pegawai bank wanita itupun tanpa tengok aku uruslah kemasukan wang yang aku sertakan dengan resit. Aku tak tahu lah masa tu pegawai tu stress ke atau tak, sebab sepanjang pengalaman aku dalam bab kirim wang kepada sesiapapun , atau bayar payment kereta ke aku tak pernah ditegur seperti yang aku cerita kat atas tu.
Kita lupakan cerita mengarut aku tu, cerita tupun dah basi lama dah bertahun2 lamanya. Kali ni aku nak cerita juga pengalaman aku pagi hari ini, pagi ceria bagi kaum Cina yang merayakan Tahun Baru Cina, so! awal pagi aku ke bank, Public Bank nak kirim kan wang kepada saudara di Sandakan Sabah. Ada lah lelaki di depan aku ni, hai! balik2 dia masukkan wang RM 100 ke dalam mesin ATM, tapi tak juga ATM mesin tu terima. Agaknya yang ke 10 kali dia cuba dan cuba, akhlirnya lelaki muda ni tarik dompet di poket seluar dia, dia ambil duit kertas baru dan masukkan lagi. Alamak ATM mesin tu tak juga terima tau!. Dia cuba dan terus mencuba, tak juga masuk2. Lastly dia dah putus asa dan terpaksa akur hanya beberapa keping ja wang dia di terima oleh mesin ATM. Lega lah rasa aku sebab my turn dah tiba, mujur tak ramai nak berurusan dengan ATM mesin ni hari ahad di Keningau.
Akupun tekan lah punat2 yang patut, mestilah guna Bahasa Malaysia kan. Dalam hati etuza berdoa tau! mohon agar mesin ATM sekali ja terima lah wang etuza tu nanti. Selalunya mesti etuza berdoa dalam hati agar dipercepatkan urusan, sebab kalau tak akan jem lah barisan ATM mesin tu, dan ramai yang tak akan sabar lalu nak muntahkan kemarahan. ( tau tak pa)
Alhamdulillah, sekali ja aku klik dapat masuk dan keluar resit bahawa wang simpanan saya dah kena terima. Nak tahu ke, wang etuza yang RM 10.00 dah kusut tau!, yang RM 50.00 juga kusut dan agak lusuh. takut benar aku kalau2 lah wang aku tu nanti sangkut tak kena terima. Tapi dapat pula masuk cepat lagi, so lancar dah barisan, yang di belakang aku tu pun aku tak lagi toleh dia juga lancar kot bank inkan wang dia pagi tadi.
Aku call lah adik di Sandakan tu cerita apa yang aku alami hampir sejam menunggu lelaki muda tu masukkan wang tapi tetap mesin ATM muntahkan balik. Adik aku ketawa pula ...katanya macam ni:-
Adik : La memang lah mesin ATM tu kadang2 tak mahu terima wang yang masih licin berkilat tu.
Adik : Ada aku nampak kawan, dia keronyok2kan wang ringgit dia baru ATM mesin tu terima tau!.
Adik: Dia keronyok2 ringggit dia yang baru tu, kemudian dia luruskan semula baru wang dia kena terima oleh mesin. Tapi bukanlah kusut yang keterlaluan.
Adik : Memang mesin tu akan terima wang yang agak kusut kerana mudah dan mesin tu kesan agaknya. Adalah beberapa kawan aku nampak kusut2kan wang ringgit dia.
Ok tu pendapat adik etuza di Sandakan Sabah.
Nipula kata kawan di depan etuza suatu yang telah lalu.
Kawan : Mesin ATM ni kadang2 tak mahu terima wang ringgit kita yang masih baru dan licin. saya pun tak tahu kenapa, tapi wang yang kusut kadang2 mesin ni terma cepat pula, jadi kalau tak dapat masuk wang kemudian tukar yang baru dari kocek masih juga tau mesin ATM ni tak terima, aku dah alami. saya pun tak tahu..nasiblah cepat, cepatlah, kalau lambat dan balik2 kita masukkan baru terima nasib kitalah. kena sabar menunggu. ( panjang lebar dia bercerita hari tu depan mesin ATM, di depan kami ada wanita bertudung hampir putus asa nak masukkan wang ke mesin ATM , hehehehe...)
Kesimpulannya:-
Adakah kita kena keronyok2kan wang ringgit baru sterika dengan jari baru nak masukkan ke ATM mesin?
Yang pasti pada etuza terserah, kita gunakan wang baru atau lama sama ja tu jika mesin tu memang meragam. So harap tak aplikasikan cara nak masukkan wang ringgit dengan keronyok2 kan dahulu.
Apapun nak try tu tak siapa nak halang. jangan pula hentam etuza jika dah try tetap ATM mesin tak nak terima wang kita ya. Janji tau!.
@hakciptaetuza
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini
7 Pesona Kata Hati Mereka:
selalu alami masalah ni bila nak bayar kad kredit dekat Hong Leong... mesin selalu tendang balik duit... kadang2 tu seksa rasanya...sampai berpuluh2 kali keluar masuk duit... hu hu hu...
Saya lebih suka guna sisten TAP Bank Islam untuk semua urusan, just perlu seketul tepon buruk yg ada line & kredit jer serta kena pastikan dalam akaun ada duit, senangkan sekarang ni..
Err..saya tak pasti plak hal ni.. sampai nak kena keronyok2 duit,hehehe.
Alhamdulillah, setakat ni segala urusan, baik guna duit baru ke, duit lama, saya takda masalah.. :)
tp yg tak tahan org yg beratur kat belakang la! sy pernah mengalami situasi mcm tu..bengkak tul...itu pasal sy cuba pegi ke mesin ATM pd awal2 pd b4 pergi ke sek..tp masalahnya kdg2 mesin out of service pagi2 buta cam tu..
Serius..kerap juga alami masalah mcm ni..wang baru mgkn sukar dikesan..tp xde la smpai keronyok duit..hihihi
MEMANG HEBAT
ni juga salah satu sebab MV nda suka pegang kad bank haha
Catat Ulasan