Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 5 Januari 2013

Hari Pertama Buka First Aid

         Sibuknya masa hari pertama buka sesi persekolahan 2013, malah dua hari sebelum hari persekolahan juga sudah mulai sibuk menyiapkan tugasan yang diarahkan. Sebagai guru perancangan P&P ( Rancangan Pengajaran Tahunan ) kena siapkan awal-awal dan perlu diselia oleh pihak pentadbir.  Bukan mudah nak buat rancangan mingguan setahun, kena perincikan Huraian sukatan Pelajaran mengikut kemahiran dari awal Januari hingga November. Mujurlah ada bantuan maklumat pendidikan di internet. Semua maklumat pendidikan itu sekurang2nya telah disumbang idea oleh para blogger seperti kita. Terima kasih blogger di kalangan guru-guru dari negeri2 di Malaysia.

Di sekolah, sesi P&P memang telah mula di sekolah etuza pada hari pertama. Etuza terlibat program transisi tahun satu, aktiviti ini lebih kepada oreantasi menyambut murid tahun satu. Murid2 tahun satu kena bagi suntikan semangat agar mereka mengenal budaya penyayang di sekolah selain menanamkan rasa cinta dan suka datang ke sekolah. Di pakai kan mereka name tag, tali leher dan banyak lagi. Bertambah-tambah kesibukan apabila etuza diberi tugas menjadi guru bertugas minggu pertama sesi persekolahan 2013. Etuza rasa etuzalah pemula guru bertugas di sekolah etuza setiap tahun, masih lagi ingat tahun lalu ( 2012 ) juga etuza guru pertama menggalas tugas guru bertugas. Masa tu hari pertama buka sekolah, datang Nazir melawat sekolah kami, semua terkejut, ternganga pun ada, adalah sebabnya kenapa. Bayangkan masih berembun pegawai dari Jemaah Nazir datang memantau. Sama juga cerita tahun 2013 datang dua orang pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Keningau memantau proses P&P di sekolah etuza. Mujurlah apa2 saja bahagian tugas etuza siap, termasuk tugas pengisian data kehadiran harian murid di papan kenyataan sesi 2013.

Etuza rasa bertambah sibuk tugas guru selain menjalankan P&P apabila ada dikalangan murid yang mengadu sakit kepala, sakit perut dan muntah-muntah. Ha! ini yang tak best ni, di sekolah mana ada DOKTOR atau JURURAWAT nak merawat tiap murid yang sakit, kalau sekolah besar mungkin adalah klinik gigi di sekolah tu, ni sekolah etuza kat kampung lah sekolah di pedalaman Sabah pula ni.  Kalau seorang sakit tak apa, ni hari-hari ada murid sakit baru hari rabu, khamis dan jumaat mulakan sekolah dan belajar dah ada yang tak sihat, hantar murid ke rumah mak bapa dia pun ada etuza terlibat. Sibuk tak kalau macam ni? Yang merasa tak sibuk tu ..lantak dialah, tapi etuza terasalah sibuk sangat. Baru minggu pertama dan 3 hari persekolahan tau.

                                    

Hari-hari buka first aid juga tak syoklah, mana ada lengkap alat-alat perubatan sekecil kotak first aid di sekolah etuza. Kepada yang nampak gambar tu tengok tul2 tak ada benda yang specialnya nak merawat murid sakit yang teruk hingga muntah-muntah. Hantar ke hospital lah jawabnya. Berkilo2meter jauhnya tu. Kepada ibubapa di luar sana yang ada anak berwaspadalah, prihatinlah dan zahirkanlah tanggungjawab kita kepada anak-anak kita. Sekurang-kurangnya berilah :-
  1. Sediakan sarapan pagi pada anak-anak sekeping rotipun cukuplah, sebelum ke sekolah.
  2. Jagalah kebersihan anak-anak di rumah ya.
  3. Bekalkan anak-anak dengan bekalan, usah terlalu mengharap bantuan makanan di sekolah yang jam 10.20 baru diagihkan tu.
  4. Hantarlah anak ke hospital untuk rawatan jika anak-anak muntah2 dan tak selera nak makan.
  5. Pastikan keperluan alat tulis lengkap di dalam bag sebelum hantar anak ke sekolah. Supaya ibubapa tak berapa nak salahkan guru jika anak dia tak ada apa2 benda di tulis dalam buku latihan.Silap siapa sebenarnya tu..apabila anak hari-hari tak bawa apa2 pun alat tulis. 
Mohon maaf panjang sangat ke entry etuza kali ni, harap ada juga nilai murni, moral value dalam entry baru etuza ni. Selamat maju jaya kepada teman blogger yang bergelar guru. Syabas untuk anda.

@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

16 Pesona Kata Hati Mereka:

Umialya berkata...

sedaya upaya cuba siapkan sarapan pagi untuk anak2 w/pun berkejar nak keluar bekerja tapi kadang2 dorang sukar nak terima makanan di awal pagi..

apa2pun memang paksa jugak dorang makan w/pun sedikit.


Mrs Velentine berkata...

Mmg padat kerja cikgu mgu ni.ank2 kita kena pastika drg ambil srpn barulah x sakit perut

JR berkata...

Nampaknya cikgu dah jadi doktor jugak. Besar ganjarannya di sisi Allah kerja2 memberi bantuan kecemasan tu...

el berkata...

slmt tghari cikgu
:) seronok tgk cikgu sibuk tuk hari persekolahn mula2 tahun 1

Kamsiah yusoff berkata...

kat sekolah anak saya(sek rendah..)ada bilik rawatan....murid2 yg sakit,tak sihat..atau doc gigi datang..kat situ la murid2 dihantar..bilik yg ditakuti oleh anak2 hehe

Miss N™ berkata...

wahhh...bukan setakat menjadi guru je ye.. jari doktor dan jururawat pun cikgu pernah..

punyalah sibukkan...

Si Matatajam berkata...

Betoi tu..Ibu bapa tu sendiri kena prihatin pada anak2 memasing...kalau tak sihat jgn hantar sekolah gak...jenuh cikgu dok jadi doktor terjun..hi hi

Nurul Says berkata...

aduh nsb ada cikgu yg prihatin mcm cikgu Etuza

dieyna berkata...

Dieyna pun guru bertugas minggu pertama... bagus tips cikgu tu.. ibu bapa patut menyediakan sarapan untuk anak...

kinara kinatara berkata...

cikgu maaf sebab lama x singgah sini satu di atas kebizian diri sendiri jugak...maaf sesangat sebab kunjungan cikgu di blog kina di balas sepi..:)

wah sungguh bz juga cikgu ya..alhamdulillah menjadi seorang pendidik anak bangsa..mana tahukan suatu hari nanti anak didik sendiri yang menjadi perdana menteri,peguam..dan insan insan yang membangakan negara...:)

Unknown berkata...

besar peranan cikgu ni kan... biasanya awal tahun persekolahan mmg sgt bz yer cikgu?

Chic Na berkata...

jadi cikgu & doktor sekali. :)

Arina Shamsul berkata...

Selamat memulakan tugas cikgu :)

Aqu Mad berkata...

salam kenal cikgu :)

9n0L4 berkata...

wah. hari pertama dh kene pantau ye. :)

Hermanbagus berkata...

selamat cik gu :)