Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 4 Disember 2012

Masih Adakah Amalan Mendengar Radio.


      Jika ada yang baru yang lama janganlah dibuang, sebaliknya yang lama itu kita jaga dan kita hargai juga kita hormati. Ada yang baru hari ini, maka disebabkan adanya orang lama. Sama juga dengan kehadiran teknologi. Zaman dah berubah, maka dunia teknologi semakin canggih. 

Ok, intro di atas cukuplah sebagai pemula perasa entry ni. Sebenarnya etuza nak berbicara pasal RADIO, petang tadi driving ke Bandar Keningau, on lah Radio di kereta etuza. Acara yang ke uadara ialah rancangan TAZKIRAH, subahanallah insan yang menyampaikan TAZKIRAH petang itu adalah suara lelaki yang sungguh berkarisma, bijak dan sangat sedap penyampaiannya.

Tazkiranya macam ini, etuza masih ingat, kerana driving sambil khyusuk mendengar, kebetulan seorang ja. Anak2 penat tadi naik bukit turun bukit, jam 2 .00 petang 4 lelaki tertidur semuanya kepenatan. Etuza mudahkan ya agar teman2 blogger serta teman maya dapat faham dengan cepat.

Pengisian tazkirah ( tema : mendahulukan keluarga )
  • Jika ada tetamu atau kawan2 datang ke rumah, kita tuan rumah hidangkan makanan2 yang special dan sedap2 kepada mereka. Tetapi apabila datang ibubapa kandung kita, kita hidangkan pula dengan makanan yang biasa2 sahaja, tidak special sebagaimana meraikan kawan kita. Sepatutnya kepada ibubapa lah kita seharusnya kita hidangkan makanan yang istemewa bagi mereka berbanding kawan2 kita. Sebab kita kena mendahulukan keluarga kita. Ha....etuza benar2 terkesan tazkirah dia. Sebab etuza alami dan pernah lihat pada keluarga lain
  • Kalau ada kawan datang ke rumah, di ruang tamu kita sembang dengan kawan kita itu, tiba-tiba datang si anak kita yang masih kecil meminta sesuatu,seperti minuman, si ibu atau ayah, memarahi anak itu dengan berkata " Pergi sana, pergi main ke luar, pergi jauh mengganggu ja orang tua bercerita". Ya Tuhan, menurut tazkirah, perbuatan ini salah, sangat menimbulkan perasaan sedih kepada anak. Katanya ibu atau bapa sepatutnya mendahulukan keperluan anak sendiri berbanding mengutamakan kawan yang datang berziarah ke rumah kita. Etuza benar-benar terkesan dan mengambil iktibar dari tazkirah ini. Sepatutnya jika anak meminta sesuatu ibu itu bangun dan meminta izin kepada kawan tersebut dan tunaikan permintaan anak sendiri, baru kembali ke kawan yang datang. Ingat...fikirkan sekarang pernah ke kita buat ni! marilah muhasabah diri.
Inilah dua situasi dalam kandungan tazkirah di radio on petang tadi. Etuza ambil ilmu ini dan merenung kembali bagaimana etuza membentuk keluarga. Sesungguhnya sangat kuat cabaran dalam membentuk keluarga, apa lagi jika anak2 sudah mulai remaja. Perlu kita amalkan sikologi yang tinggi dalam memelihara jiwa raga mereka. Harus kita ingat bahawa anak itu adalah anugerah Allah dan kita diamanahkan untuk membentuk anak2 agar menjadi anak yang solleh, beriman dan berguna kepada agama bangsa dan negara. 
@hak terpelihara 
etuza.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

24 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

iye bah..btul jga tu..dahulukan la keluarga

ANIM berkata...

saya masih mndengar radio hingga kini, walaupun payah nak cari radio transister (zaman dulu)di kedai letrik

Hermanbagus berkata...

Keluarga lebih dahulu :)

Tanpa Nama berkata...

Betul betul cik gu :)

dieyna berkata...

terima kasih cikgu.. terkesan di hati ni...

Chic Na berkata...

memang family first cikgu.

dgr radio time driving je tp jarang ada tazkirah camni.

JR berkata...

JR cuma berpeluang dengar radio dlm kereta....

amalina khalid berkata...

btol2..
nak atasi masalah sosial dan pepecahan ummah ni juga adalah dengan cara balik rumah dan sayangi diri serta keluarga dulu..barulah sifat kasih syg tu wujud sesama muslim..

Abang Karu berkata...

owh saya jarang sekali dgr radio cikgu huhuhuhu

boni kacak berkata...

memang sepatutnya keluarga yang diutamakan dulu..baru kawan2

9n0L4 berkata...

dgr juge tapi sgt jarang. tu pun dgr dlm kete. bagus juge tazkirah radio ni. pendek tapi terkesan. :)

ewanthology berkata...

Pegi keje naik moto, mmg tk sempat nk dgr radio.

Unknown berkata...

deqla dgr radio dalam bilik je.. hihi...kdg2 time tdo pun terpasang.. :p

Kancil 8349 berkata...

kurang mendengar radio sudah nie...tapi ada masa juga...betul tu...utamakan keluarga kita dulu

Kancil 8349 berkata...

selamat bercuti cikgu...LD tu adalah tempat Kancil membesar...bersekolah di sana dari tadika hingga ke sekolah menengah...berhati2 di jalan raya

Nyue berkata...

nyue mmg kaki tv..tp bukan kaki radio..nyue xsuka dgr radio....

Deq's Qienz berkata...

kalo naik keta compom buka radio.hihii

TiranaAduka berkata...

still setia dgn classic national

lelamaisara berkata...

saya dengar radio kat dalam kereta je.kat umah jarang dah....

Miss N™ berkata...

apapun..family kena dulu.. :)

nur masih lagi mendengar radio.. :)

Si Matatajam berkata...

Sangat terkesan di hati M jugak...

Nurul Says berkata...

terima kasih cikgu..tazkirah keduaa tu terkesan di hati saya :(

Liyana Anuar berkata...

bagus tazkirah ni.. terima kasih berkongsi~ :)

Arina Shamsul berkata...

tazkirah ni sangat baik cikgu..membuka minda dan terus memikirkan bagaimana kah layan kita dengan keluarga selama ini ..

terima kasih berkongsi ya cikgu :)