Terpanggil juga lah ya nak buat entry ni, walaupun sebenarnya tak sedap hati kerana ada yang tak kena. Namun inilah hakikat keputusan UPSR 2012 di sekolah etuza ngajar ya.
Memang tak ada nama anak etuza dalam target 5 A. Tapi dalam hati saya selaku ayah dia " ada taman berbunga-bunga ~ nak juga dia dapat 5A " UPSR tahun ini. Apakan daya dia dapat 3 A 2 B sahaja. Cuma...seolah tak percaya anak etuza dapat B penulisan Bahasa Malaysia. Tu lah kata " apa hal ni Afif"
" Apa yang engkau tulis hingga dapat B ja penulisan, biasa engkaulah antara raja A penulisan di kelas? " ha ...nilah kata2 saya after lihat result dia. Terkejut dan lepas tu redha aja lah, apa nak buat dia dah buat hal penulisan gaya bahasa dia sendiri, maka apa lagi nak kata. Kira bolehlah diterima, sedang kawan dia yang dapat 5 A terus sahaja di panggil ke Dewan SK. Pekan Keningau pada 19 hb 2012 untuk bersama para Guru Besar dan terima secara rasmi slip UPSR mereka yang mendapat 5A. Nak kata apa lagi selain Syabas dan Tahniah kepada 10 murid dalam gambar yang berjaya lulus cemerlang 3 mata pelajaran bolot A. Tetapi yang 2 orang tu bolot 5 A pada lima pelajaran utama UPSR tahun 6 2012.
Untuk Leon Alexy Likon & Hijratul Aqilah Yunus ~ Ambillah kesempatan terbaik ini untuk menerima sebarang tawaran ke sekolah menengah kawalan seperti sekolah berasrama penuh sama ada di Sabah atau di Semenanjung Malaysia. Percayalah bahawa apabila sekolah itu terbaik maka akan terbaiklah semua sikap, sahsiah disiplin dan tahap pelajaran tiap pelajar yang berada dalam lingkungan sekolah yang terbaik itu. Kalau ada sekolah kawalan yang sudi terima anak etuza yang hanya score 3A 2B nak juga hantar dia bersekolah ke sekolah tersebut. Apapun pilihan etuza untuk anak-anak apabila ke sekolah menengah ialah sekolah aliran agama. Ini saja cara etuza nak bagi mereka mendalami ilmu agama Islam yakni Agama Allah.
Terima hakikat..
Inilah dia yang ditunggu.
Etuza
18 Pesona Kata Hati Mereka:
tahniah pada yang berjaya dapat 5A, yg dapat kurang A tu cuba lagi semasa PMR nanti
tahniah pada yg dpt 5A..tp tak lupa sekalung tahniah juga buat putera cikgu...3a 2b itu pun terbaik...tingkatkan usaha utk akan dtg
tahniah pada yang dapat 5a..dan pada anak2 cikgu juga tahniah moga tahun2 akan datang berusaha lebih keras lagi=)
betultuh agama mmg penting..n tang sekolah tuh mmg saya pun setuju sebabnya melalui sekolah yang baik insyaallah didikan sahsiah diri juga baik insyaallah
insyallah blh masuk sklh kawalan.. dya dulu pun cuma dpt 3A pun blh masuk sklh kawalan.huhu
Tahniah yg dpt 5A, yg dpt kurang dari itu terus berusaha krn esok masih ada utk anda membuktikan sesuatu...
wah, tahniah pada yang dapat 5 A. buat anak en etuza pun tahniah. teringat masa tahun 200, saya maik result. hehe
tahniah sekali lagi
tahniah utk afif. semoga lebih berjaya utk masa akan datang.
Tahniah pada yg berjaya dpt 5 A.. Semoga anak cikgu akan terus berusaha menjadi insan yg cemerlang.. Apa cerita puteri Sulung etuza?
Si M, owh dia sekarang ada ujian kimia, fizik dan B. Arab, after 2 minggu EXAM sem one dia, kami tiap2 minggu vedio call dgn dia, kalau seminggu tak hubung risau lain rasa...syukur setakat ni dia selesa dengan kawan2 kat mesir tu..tq Si M ya..
tahniah kpd yg berjaya...
cikgu juga telah melakukan yang terbaek tu...
tahniah pada yang berjaya dapat 5A
Betul tu Etuza... sebagai mak ayah memang mengharapkan anak kita cemerlangkan... tapi kadang tu...apakan daya.... redho ajelah...
xpelah..
tahniah juga tuk ank cikgu ye..dia dh berusaha tp mgkin bukan rezekinya..
tahniah...kepada yg dapat 5A...
tahniah buat anak cikgu dan kawan2nya :)
jika dia sudah usaha yang terbaik dan itulah hasilnya,terima sajalah cikgu,tidak dinafikan setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak2nya tetapi jangan sampai kita selaku ibu bapa merendah2kan kebolehan anak.
insyaallah pada masa hadapan,jika ada sokongan dan galakan dari ibu bapa,tidak mustahil anak2 menjadi yang terbaik :)
3a 2b tu dah okey sgt cekgu. tahniah. upsr bukanlah penentu masa depan. teruskan usaha. :)
alhamdulillah dah 2 cikgu..huhu...kina duu dapat 4a 1c..huhu..macam ne lah leyh dapat c 2..huhu..xp kita kena yakin kan kuasa tuhan..:)
Catat Ulasan