Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 10 November 2012

Bagaimana pengisian masa cuti yang terbaik?


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Anugerah Akademik Pada 9Hb Nov 2012

  1. Etuza diberi tugas jurugambar ja dalam Majlis Anugerah Akademik sesi 2012 di sekolah etuza.
  2. Aturcara hari khamis dah diberi diletakkan diatas meja etuza di Pusat Sumber.
  3. Kalau tengok aturcara ada lah nampak nama anak etuza dalam top three kedudukan dalam kelasnya 1 Bijak. So, etuza mengadap syukur kepada Ilahi. Balik ke rumah tak ucapkan apa2 pada anak bongsu etuza tu. Niat niat biar dia terkejut esoknya.
  4. Menjelang 9hb Nov 2012, etuza dah ready untuk ambil gambar2 penerima anugerah ni. 
  5. Tengah sembang dengan teman etuza tengok aturcara paling belakang, ada pula catatan ANUGERAH TERBAIK KESELURUHAN AKADEMIK TAHAP 1 & TAHAP 2.
  6. Amat terkejut, etuza langsung tak diberitahu bahawa anak etuza yang duduk di kelas 1 bijak dinobatkan anugerah khas terbaik dengan pencapaian 5A mata pelajaran teras ( BM,BI, DST, Matematik )
  7. Teman berbual pun tak tahu, lalu dia hulurkan tangan ucap tahniah. Etuza, kalau dapat tahu dari awal boleh lagi, sempat beli tambahan hadia kepada anak bongsu etuza tu. 
  8. Sebenarnya aturcara yang etuza dapat pada 8hb Nov cuma sekeping ja, ruang belakang kosong sebenarnya. Pada 9hb Nov baru aturcara rasmi rupanya. Pandai lah geng guru etuza tu bagi suspen.
  9. Manakala anugerah terbaik tahap 2 dinobatkan kepada Leon Alexy Likon, memang dia layak sebab sure UPSR dia gerenti 5A. Dia merupakan target untuk 5A di sekolah etuza. 
  10. Untuk Alya dan Leon CONGRATULATIONS!.Teruskan usaha dan time cuti banyakkan juga membaca.
  11. Kalau anda etuza nak tanya bagaimana kah pengisian cuti yang terbaik? Sebab cuti sekolah kali ini agak panjang. Selamat bercuti kepada semua yang bergelar guru dan murid. Buatlah apa2 yang berfaedah kala cuti ya. Happy holiday dan jaga keselamatan walau di mana.
Anugerah NILAM terbaik tahun 1 
Dapat hamper dan buku2 tulis.
Tahniah Alya.

Terharu 
Etuza bersyukur.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

25 Pesona Kata Hati Mereka: