Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 11 November 2012

Adakah yang rasa sama 6 perkara tu?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segmen menarik dari blog KINA

nampak tak tangan etuza tu, best segmen dalam gambar.
Gambar2 etuza tu di ambil ketika etuza melawat di Pulau Labuan ya
pada 2011. Ada jg manfaat gambar tu dalam segmen KINA ( klik )

Kadangkala dah berumur macam etuza ni tak laratlah nak join segmen. Tapi bila nampak segmen KINA ni di laman CIK NUR alamak tertarik nak join, bukanlah nak riak diri tapi best lah segmen dia ni. Segmen yang lain pun oke juga cuma etuza nak katakan tertarik dengan segmen KINA ni. Dia kata cuma share 6 perkara tentang anda ( diri sediri ). Rasa2nya ada juga yang nak tahu siapa etuza sebenarnya ya, ( ada kah..kikkk!! ) tak apa yang pasti etuza tahu kalau tuan punya segmen KINA mestilah dia nak tahu siapa etuza kan. Ok lah 6 perkara ~ adakah kita sama, yang blogger lelakilah ya.

List 6 tentang etuza.( Nak bagitahu yang ringan ja ya )
  1. Seorang yang sangat penyayang kepada anak2 & Isteri ( che!! ngaku dia)
  2. Suka keindahan semulajadi, suka tengok bunga2an, suka tengok yang indah2. Kerana terasa amat dekat dengan Allah yg mencipta keindahan itu.Sebab itu blog etuza ada saja entry tentang bunga. Bila lihat yang indah hati berbisik zikir " subahanallah". ( aik kan Dia yg cipta alam ni )
  3. Tak suka dengar orang mengumpat keji orang lain, kerana sesungguhnya diri kita sendiri banyak kekurangannya. ( ala terumpat juga tu ) alamak ngaku lagi dia.
  4. Suka berterus terang, tak suka dibohongi, kalau anak sendiri yang membohongi amat kecewalah etuza.So, harap ada kawan blogger yang tak suka dibohongi macam etuza.
  5. Seorang yang peramah...alamak betul ke tu!. 
  6. Suka membaca info hal keagamaan dan info motivasi kerana dapat memantapkan kerohanian dan mendapat motivasi serta keyakinan diri.
Alamak ke tag pula.....TQ KINA.
  1. ( ala banyak lagi lah tapi KINA nak 6 ja....)
  2. Nak tag GFS harap2 diorang tak marahkan etuza ya. Please.Kata KINA kalau tak ikut pun tak apa, cuma kalau ikut BONUS untuk KINA yang ahli GFS jg.
Untuk segmen
etuza ada 6 perkara.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

26 Pesona Kata Hati Mereka:

Miss N™ berkata...

sejujurnya nur akaui, memang cikgu etuza seorang yang penyanyang kepada ank dan isterinya.. :)

dan mmg cikgu juga seorg pencinta alam semula jadi, lihat sajalah blog cikgu, byk bunga2 yg nur sendiripun kadang2 tak pernah kenal bunga yg cikgu tunjukkan..

apapun, cikgu, selamat bersegmen.. :)

kinara kinatara berkata...

thanks cikgu sebab sudi join:)


kina pom suka alam semula jadi...indah dan tenang...dan betul 2 mendekatkan diri dengan yang maha pencipta...:)



p/s:cikgu US yang kina maksudkan adalah uitm segemat...(maaf atas sedikit kesilapan)

JR berkata...

Selamat bersegmen..gud luck!!

Tinta Lana berkata...

Assalammualaikum.

Uncle..uncle memang seorang yang peramah ^_^ hehehe.

Uncle tak membeza-bezakan orang..kdg2 saya rasa entry saya merapu, takda apa yang bagus..tapi uncle tetap singgah dan tinggalkan komen. Terima kasih uncle.. :)

Unknown berkata...

OOOO maaf ya KINA..tq betulkan..

Arina Shamsul berkata...

saya sebenarnya pandang raut wajah cikgu cara penulisan dan cara penyampaian pun dah boleh kenal cikgu serbasedikit.

dan apa yang dinyatakan itu memang itu yang sll saya terfikir sebelum ini mengenai cikgu :)

beruntung isteri dan anak2 :)

Unknown berkata...

deqla percaya cikgu mmg punya ciri2 di atas... :)

Mrs Velentine berkata...

peramah..kita sama cikgu..

Tanpa Nama berkata...

salam.

deqja suka dengan pantai. kalau nak ketenangan deqja suka g situ. duduk seharian pun takpa. tenang sangat.

ummiross berkata...

Salam petang, selamat bersegmen etuza..

boni kacak berkata...

selamat bersegmen... :)

p/s : kalau nak tgk post2 lain, saya ada sediakan kat bahagian sidebar.. :)

MalizaMah berkata...

slmt bersegmen yerk.
terima kasih singgah santai leeza.
3. salam perkenalan.

Kamsiah yusoff berkata...

wahh...tiada rahsia lagi ttg cikgu hehe

dya nasir berkata...

dya pun peramah.haha..

TiranaAduka berkata...

salam cikgu
1st time tiba di blog cikgu.
Salam kenal dari tirana aduka

محمد رازيق berkata...

selmat bersegman bro. ade ciri2 baik tu cikgu. hehe. salam kenal

Liyana Anuar berkata...

cikgu mmg suka alam semulajadi..nampak sangat~ :)

Unknown berkata...

terima kasih yg drop komen ya..jemput datang lagi ..semoga ada ukuhuwa antara kita, selamat menyambut maal hijrah..

lelamaisara berkata...

percaya semua ciri2 yag disenaraikan ada dalam diri cikgu...:)

saya belum join lagi..agak busy juga la sekarang ni...;)

Unknown berkata...

terima kasih lelamaisara..

Cik Ai berkata...

no 1 & 2 tu mmg ketara lah Cikgu Etuza..kalo x kasi tau pun tgk dlm blog pun mmg dah tau.heeehe

Si Matatajam berkata...

Sepanjang M kenal Cikgu, mmg betoi Cikgu sorang yg penyayang dan sukakan alam flora..

Abang Karu berkata...

selamat bersegman cekgu ^_^

QasehnyaRania berkata...

cik lobak singgah dari segmen yg sama salam kenal..
new follower ;D

http://lobaksusue.blogspot.com/2012/11/segme-2-6-perkara-tentang-saya-ii.html

Solehah Shamsuddin berkata...

selamat bersegmen cikgu :)

NORSHAHFEZA HAMSAN berkata...

dr segmen yg same,,2,4,5 ade pesamaan sikit2 la=)