"Sesiapapun dengan tidak mengira suku bangsa ,anutan agama,lokasi daerah dan tempat adalah bebas melawat laman etuza warna-warna kehidupan. Ilmu biar sedikit cuma kita kongsikan bersama. Percayalah bahawa tidak akan ada apa-apa yang berlaku ke atas dirimu, melainkan atas kemahuan dan keyakinan sendiri."
Pesona Kata Kau
TEXT
CODE SHOUTBOX
Waktu2 Solat Kita..
Suka Komen Pesona
BelahanJiwaKu
Tiap detik waktu seiring dengan masa ingatanku tidak pernah padam, di manapun aku berada ku seru namamu,ku lafazkan doa mewangi untukmu, ku panjatkan kesyukuran kerana memilikimu, kamulah sahabat yang paling aku cintai, Ya Allah robbal alamin, selamatkan zuriatku ini dari hasutan duniawi, beri mereka nur kasihmu, sebagaimana kasihMu pada RasulMu, sayangi kami & jauhi kami dari bala dan seksa api neraka.
Acara atau program gergasi dalam agenda Pendidikan Negara Malaysia dengan mengadakan Program KM1M ( Kem membaca 1 Malaysia) dan di peringkat Negeri Sabah berjaya dengan lancar dan jayanya diadakan di Dewan Datuk Sri Lee Tsen Sekolah Menengah Ken Hwa Keningau pada 24hb Okt 2012
Kami dari SK. Penagatan, Keningau diamanahkan agar dapat mengurus bahagian pendaftaran yang mensasarkan 4 angka jumlah jemputan, murid rendah, murid menengah, ibubapa tiap sekolah di Daerah Keningau dan VVIP dari sektor Jabatan lain di merata tempat di Sabah.
Selaku bahagian AJK pendaftaran dari team sekolah etuza nak mengucapkan terima kasih kepada pihak PPD Keningau dan BTP Keningau serta Guru Besar sekolah etuza, atas kepercayaan yang diberi. Selain itu setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada AJK khas pendaftaran dari sekolah etuza yang dimandatkan khas dibarisan hadapan pendaftaran pada hari itu, iaitu:-
* Encigu Rosdi Rusiman
* Pn. Ralamlayti Sain
*Pn. Philipah Jegih
*Pn. Noratiqah David Abdullah
* Pn. Nurhaini Abd Rahsid
* Pn. Mariana Apok
*Pn. Ahini Haisin.
Membaca adalah amalan yang baik, jika tak membaca kita tidak akan tahu atau sesuatu maklumat itu kita lambat akan tahu. Membaca bagaikan kita mengetahui apa sahaja beritu di mana-mana di dunia ini. Sebab itu ada kata- kata hikmat iaitu "BUKA BUKU BUKA DUNIA". Kita tidaklah dikatakan 'BAGAIKAN KATAK DI BAWAH TEMPURUNG" Nanti ditanya itu ini kita tidak tahu marah pula bila digelar seperti katak.....). Maka membacalah agar kita tidak ketinggalan. Yang nak ambil periksa SPM 2012 tu baca lah betul2 agar faham soalan baru nak jawab ya.
KM1M pada 24hb Okt sangat lancar, semua sunyi sepi membaca selama 33 minit 32 saat. Etuza nak tanya berapa saat bersamaan 33minit 32 saat ? dan kenapa jumlah minit dan jumlah saat itu berjumlah 33minit dan 32 saat?. Siapa sudi nak berinformasi, drop komen dan tahniah terlebih dahulu kerana anda blogger yang sangat sporting.
Betul tu Etuza. Membaca umpama membuka dunia. Ilmu di Dunia amat luas, seluas dunia. Jadi, jika kita ingin mengetahui keluasan ilmu itu, bacalah jawapnya.
Membaca memang amalan yg baik, sebab tu lah ayat pertama yg Allah turunkan ialah Iqrak (bacalah). Masyarakat maju suka membaca, tapi masyarakat kita lebih suka membaca cerita2 hantu dan hiburan tak menentu...
HENRY RIDLEY KUALA TEMBELING JERANTUT 1911
-
Henry Ridley and houseboat, Kuala Tembeling, Malaysia, 1911
Henry Ridley berdiri di tepi rumah bot di Kuala Tembeling di Malaysia,
tahun 1911. Beliau me...
'Kami tolak Azlan Man jadi MB' : umno perlis
-
SEMBILAN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Perlis
menolak pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar negeri itu.
Perkara i...
Terima Kasih JM!!
-
Petang semalam sampai saja ke rumah ternampak beberapa surat dalam *post
box*. Salah satunya dari seseorang yang sangat istimewa yang JR tak pernah
jangk...
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
-
Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan
sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor.
'Duduklah dengan ka...
18 Pesona Kata Hati Mereka:
tapi org kita susah mau membaca msuk library pun payah cikgu
Soalan tu saya tak nk jawap knp mesti 33mn 32 saat tp walau apa pun tahniah juga kerana program dpt berjalan dgn lancar.
wah..kina suka membaca...huhu..bestnya..banyak x buku2 kat situ....novel ade?
membaca jambatan ilmu kan!
Betul tu Etuza. Membaca umpama membuka dunia. Ilmu di Dunia amat luas, seluas dunia. Jadi, jika kita ingin mengetahui keluasan ilmu itu, bacalah jawapnya.
gambar cikgu2 ni..hehe
yeah... membaca jambatan ilmu...tp baca buku yg baik2 je la.. :)
harap kempen ni mendapat sambutan berterusan la kan ^_^
Setuju! buka buku bagaikan buka dunia. Tapi susah nak buat budak-budak jadikan membaca tu satu amalan.
dulu kini selamanya suka membaca... yeh
Membaca memang amalan yg baik, sebab tu lah ayat pertama yg Allah turunkan ialah Iqrak (bacalah). Masyarakat maju suka membaca, tapi masyarakat kita lebih suka membaca cerita2 hantu dan hiburan tak menentu...
Saya suka membaca Cikgu...hobi saya adalah membaca cikgu..hi hi .. Ni la jawapan M masa sekolah rendah dulu..
sdg susah hati slps tu jumpa "buka buku bagaikan buka dunia". Terus tahu apa yang perlu dilakukan sebagai persediaan.
tahniah cikgu sebab dapat jalankan program. mudah-mudahan ramai yang tersedar dengan adanya program macam ini.
33 minit 32 saat = 2012 saat
DYA suka membaca lebih2 lagi buku2 motivasi..
skrg bukak fb..hahaha
saya dah update
selamat hari raya aidiladha :)
mebaca best sangat.. n baguslah program berjalan lancar =)
membace amalan mulia kan cekgu. ;)
Suka membaca jika ada masa terluang... tak kira apa pun mediumnyer.. blog..ebook.. newspaper.. novel... asalkan Boleh dibaca hehe
Catat Ulasan