Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 4 Mei 2012

Bengkel Sumber Pendidikan Berasaskan Web Dalam P & P-Anjuran PKG Keningau

السلام عليكم ورحمة الله وبركات
( Saya ikut bengkel 2 hari - blog baru ada n3.)
special lelaki berkaca mata, saya ambil di blog mama Arina Shamsul ( Tq AS)

Sibuk dalam dua hari ini, ada jemputan Bengkel Penggunaan Sumber Pendidikan Berasaskan Web dalam P&P. Kursus atau bengkel ini khusus untuk GPM & GPB ( guru perpustakaan dan media dan guru perpustakaan bestari ). Bengkel merupakan anjuran Pusat Kegiatan Guru Keningau ( PKG) yang bermula 03hb April & 04hb April 2012 bermula jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Kemarian seharian dalam bengkel ini, dan hari ini selesai pembentangan hasil kerja kumpulan maka berakhir bengkel dua hari ini. Semua peserta dari sekolah Pedalaman Keningau seramai 31 peserta bersurai sebaik sesi bergambar selesai. Banyak info dan pengetahuan baru serta perkongsian bersama penceramah  dan peserta sepanjang 2 hari berbengkel. Saya pemilik blog Pesona EWWK nak ucapkan ribuan terima kasih kepada PKG yang berjaya mengendalikan bengkel dengan jayanya. Antara kenangan berbengkel inilah gambar kami ya.


Penceramah berpengalaman dalam bengkel ini terdiri dari 3 Pegawai PKG dari PKG Keningau ( 2 orang ) dan dari PKG Tenom ( 1 orang) mereka ialah En. Irwan. En. Rafian dan En. Mustafa. 

Bengkel lebih kepada pendedaham maklumat dan penyebaran bagaimana menaiktarafkan P&P dikalangan guru yang mengkhusus kepada GPM dan GPB dengan penekanan kepada aplikasi sumber pendidikan berasaskan Web di dalam P & P seseorang guru. Selepas diberi ceramah tujuan bengkel, objektif para penceramah membahagiakan kepada beberapa kumpulan untuk berbengkel. Masing-masing dengan kebolehan masing2 Etuza akhirnya putuskan bersama 2 rakan GPM lain untuk membuat tugas bertajuk APLIKASI BLOGSPOT DI DALAM P&P. Siap buat perbincangan dan kemahiran nak diajar maka terhasilah kerja kami akhirnya. Mujurlah ada kemahiran sedikit berblog, ada web atau blog dalam blog  saya terpilih untuk saya link kan untuk capaian tutorial blog dan aktiviti untuk murid di dalam kelas. 

Simple saja tajuk kami - buat mana patut dan menepati kehendak bengkel. Bengkel ini lebih kepada berkongsi kebolehan dalam aplikasi sumber web untuk P & P di kelas ( berasaskan web). Inilah hasil blog kami klik lah jika nak tengok, dan semoga blog Himpunan P & P ini akan hidup di awan maya.

Himpunan P&P ( Kumpulan etuza, amylia dan Julidah)

klik juga web ini - tambahan aktiviti murid.
Gambar Untuk Mewarna  
Untuk ruangan tutorial blog kami pilih blog Lyssa Fazuren.

klik Lyssa Fazuren ( Best tak )

ucapan terima kasih kepada blog lyssa, Arina Shamsul & Pemilik Blog Aktiviti Mewarna - blog anda turut menjayakan tugasan kumpulan etuza.

sekadar yang etuza tahu,
ini saja terdaya, etuza.
salam sayang semua.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

6 Pesona Kata Hati Mereka:

Kamsiah yusoff berkata...

salam
tentunya byk tips berguna yg diperolehi kan...

9n0L4 berkata...

mesti sangat bagus pengisian nya kan. ;)

Miss N™ berkata...

seronokkan bila terbabit dalam aktiviti mcm ni, macam2 pgetahuan yg boleh dapat..

Keningau Bestari berkata...

Seronok mencari e-bahan di alam siber, terlalu banyak dan pelbagai. Ada yang berbayar, ada yg hanya perlu mendaftar sebagai syarat menggunakan e-bahan yg telah tersedia...tetapi lebih banyak yang didapati secara percuma. Cuma... perlukan sedikit kreativiti agar lebih menarik apabila digunakan di dalam PnP. Tahniah cikgu Zali dan rakan2 lain yang sama2 menjayakan bengkel itu

Kancil 8349 berkata...

terima kasih cikgu...kancil dapat berkongsi cerita dengan entri nie..

dieyna berkata...

seronok pi kursus macam ni..tak ngantuk punya.. banyak ilmu dapat..