Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 2 Mei 2012

Kerohanian hidup dengan amalan membaca.Baca Tulis Faham Ingat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

      " Lepas makan  malam, kena ulangkaji pelajaran, buat kerja rumah mana yang belum siap, sebelum tidur amalkan membaca bahan bacaan dulu, ingat tu pesan bapa "  atau 
      " Adakah membuat pembacaan buku hari ini, kena rajin membaca sebab dengan membaca kita secara langsung akan banyak memahami ilmu dan kaya dengan perbendaharaan kata, kalau menulis karangan memang mudah saja kita dapat idea yang baik- baik, sebab tu orang yang rajin membaca keputusan ujian BM dia A tau"

      Hebat kan amalan membaca, mudah sangat dilakukan di mana-mana. Tetapi kenapa rakyat Malaysia dikatakan % yang amalkan gaya hidup membaca sangat kurang dan amat rendah berbanding dengan negara maju di Dunia. Sependapatkah dengan saya bahawa oarng-orang yang rajin membaca inilah golongan orang-orang yang bakal maju dalam bidang pelajaran dan apa sahaja usaha orang itu akan tercapai dengan mudah. Maksud saya orang atau pelajar yang rajin membaca luas pengetahuan dan banyak pengalaman, of course lah mesti berjaya menjawat tugasan yang tinggi dalam sektor pekerjaan. Sure percayalah.

     Jemput tengok gaya membaca dalam gambar ini.

1. Antara manfaat membaca ialah menghilangkan 
perasaan was-was, gelisah dan sedih.

2. Dapat menyibukkan diri seseorang dari
kegiatan para penganggur.

3. Mendapat berbagai ilmu yang berlimpah
serta berbagai-bagai pemahaman dari
satu masalah.
4. Menambahkan keimanan, terutama
membaca buku-buku berkaitan dengan 
agama. Sebab kitab itu penasihat dan 
pemberi peringatan.

Kalaulah macam itu diucapkan rajinlah membaca.

Etuza.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

17 Pesona Kata Hati Mereka: